Booking.com
Booking.com

9 Aug 2014

BERAYA KAT PERAK PULA

Assalamualaikum dan Salam Syawal buat semua. Raya sakan ke zumal nie sampai ke Perak? Idak ler begitu teman nak kabor, cuma melawat saudara mara sebelah tok aje. Kali terakhir datang ke Perak nie masa Santai Bersama Blogger bulan 3 dulu. Drive dari Kangar pastu park kereta kat umah nie pasti naik pula train ke KL. Rasa macam mengembara pun ado... 

Semalam zumal sampai Perak dalam pukul 5 petang. Alhamdulillah perjalanan zumal selamat. Syukran. Bila dah ada di perantauan nie teringat pula pada bebudak yang kena tinggal kat Perlis. Sempat juga ambil gambar masa nak datang semalam. 

Dah lama zumal tak kurung Teh dengan Kabu tu sejak kematian saudara mara mereka. Liat la sikit bila nak kena kurung tu. Tapi bila ada ahli baru dalam kumpulan dorang jadi kurang la rengekan tu. Ahli baru tu, Boboi dan Net. Nakalnya mengalahkan tuannya jadi kucing2 senior diam jela tengok gelagat dorang tu. Alhamdulillah... Hari ni rasa rindu pulak kat bebudak empat ekor tu... Tak sabar zumal nak balik Kangar besok petang... Masa kat Perlis tak sabar nak datang sini. Kalau nak tau itulah zumal.

Hari nie pepagi tok duk komplain zumal tak bawak susu dia. Tok lebih banyak minum susu dari makan. Maklum la ada problem nak menelan. Makin kering tok zumal akibat kurang makan. Dalam pukul 8 pagi zumal keluar mencari susu. Susu tepung takde jual kat 7E. Lagipun fikir zumal mana la ada kedai yang buka pepagi gini. Memang betul telahan zumal tu. Nasib jumpa satu pasaraya yang dah buka. Kedai tu je yang dah buka jadi zumal terjah aje la. Jumpa susu Anlene jer. Susu macam yang tok guna tu kat farmasi je ada jual. Harga pun boleh tahan. Kalau kat Perlis susu Nestle Diabetic RM70.70. Kat sini tak tahu ler. Beli Anlene je la jimat sikit lagi pun untuk sementara waktu jer.
Pasaraya terawal buka kat pekan Bagan Serai
Kalau korang datang Bagan Serai nak cari pasaraya pada awal pagi boleh terjah pasaraya kat gambar atas tu. Lokasinya belakang KFC. Pasaraya nie luas dan banyak juga pilihan barangnya. Terdesak macam zumal nie boleh la kan. Macam nak promote pun ada.

Dalam 10 pagi lebih Tok Andak ajak kitorang ke Lembah Beriah. Tujuannya untuk bawak tok untuk rawatan Islam dengan Ustaz Azhar. Kitorang ke sana dengan berpandu arah Eddy sepupu zumal yang tinggal bersama Tok Andak kat Bagan Serai nie. Kami semua tak pernah pergi tempat tu jadi sesat la jadinya. Nasiblah phone zumal ade Waze. Dengan berpandukan Waze kami pun selamat sampai kat Lembah Beriah tu. Jauh juga la pada zumal yang biasa jalan hanya 5km jer setiap hari.

Sampai kat sana dah hampir pukul 12. Janji dengan Ustaz Azhar dari pukul 10 tau. Jauh jarak masa tu. Maklum la sesat. Sesat sampai simpang ke Taiping bayangkan la betapa jauh nak patah balik. Tak pe la boleh gak zumal makan angin sambil jamu mata kat Bukit Merah. Jamu mata tengok pemandangan jer k.

Sampai kat rumah Ustaz Azhar, kitorang berbual sikit dan pastu terus beliau buat rawatan kat tok. Tak de pun gangguan makhluk halus pada tok maybe tok terbawak kisah2 filem seram kot. Lepas habis rawatan tok, zumal pun dirawat juga atas saranan Tok Andak. Dah datang pun jadi tak salah nak try. Rawatan secara Islam nie lebih baik dari jumpa bomoh2 tu. Boleh jatuh khurafat kita. Alhamdulillah selesai rawatan tu zumal rasa lega sikit. Sakit kaki pun hilang. Almaklum la asyik kejang selama ni macam orang mengandung. 

Slot hari nie tak selesai kat situ je. Petang kami ziarah Tok Cik yang kurang sihat. Bulan Mac lalu tak sempat pun zumal singgah jadi hari nie penuhkan jadual dengan berkunjungan sanak saudara.

Lagi satu hari nie zumal dapat ilmu sikit macam mana nak tahu ular yang masuk rumah kita tu ular atau bukan. Bukan tu adalah jin. Kalau nak tau dia ular ke jin tengok cara dia duduk. Uztaz cakap kalau dia duduk memanjang jer kat tepi dinding atau memana tempat bermakna jin la tu. Ular yang betul dia akan duduk dalam keadaan berlingkar cam lingkaran ubat nyamuk tu. Kita tak boleh bunuh jin sebab buruk padahnya nanti. Jadi kalau jumpa ular dalam rumah elok korang tanya sama ada dia luar ke bukan. Tu la ilmu yang zumal dapat hari nie. Ok la korang semua, setakat nie jer perkongsian zumal. Tata titi tutu...

Korang rajin kan? Tolong klik link kat bawah yer...

21 comments:

  1. Alang2 kt perak.mai la grik.sggah umh...haha.

    ReplyDelete
  2. PERNAH DINAIKI ULAR HITAM KECIL TIKA SEDANG SOLAT...MUJURLAH ULAR TU XMEMATUK N SEGERA LARI SETELAH CIKPUAN NI TERKEJUT..

    ReplyDelete
  3. Semoga selamat & lancar perjalanan serta ceria selalu... :)

    ReplyDelete
  4. padat jadual tu nmpaknya.. hehe
    nice tips pasal ular tu..
    anyway, saya tag zu mal yer...

    http://pening-pala.blogspot.com/2014/08/segmen-nostalgia-aidilfitri-2014-by.html

    ReplyDelete
  5. Dkt ngan kg Cikna tu.....;-)

    ReplyDelete
  6. Seronok btol kucing2 tu yer...hihi

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum dan salam singgah di hujung minggu..wahh..raya sakan Zu Mal yer...kucing pn turut rasa seronok..

    ReplyDelete
  8. Angkut la sekali kucing tu balik perak. Konfem hilang rindu. Hehe

    ReplyDelete
  9. Nice sharing :) Comel la kucing2 tu ^^ Klik iklan sini yer :)

    ReplyDelete
  10. ish. rasa macam nak tampar2 je kucing tu. comel sangat. hahahaha..

    nice info pasal ular tu. baru tahu.

    ReplyDelete
  11. tak pernah lagi jejak perak...teringin jugak nak kesana..

    ReplyDelete
  12. wahh Zumal ke bagan serai ye? rumah tok ana pon kat bgn serai..

    dlm ceramah ustaz kazim ada gak sebut psl ular / jin ni.. katanya kalo ada ular masuk rumah, sblm halau tu tanya elok2 dlu kalau kau ular aku nak bunuh, kalau kau jin mohon pergi lah..

    moga2 kita sentiasa dilindungi hendaknya.. amiin

    ReplyDelete
  13. eeee...comeynye bebudak 4 ekor tu..Geram Cik Mimie tengok..Cik Mimie ade sekor je, die pnye mngada-ngada mngalahkan budak2..Menci!! HEHEHE

    ReplyDelete
  14. http://karyaku-paridahishak.blogspot.com/2014/08/ceritera-merdekaku-by-dunia-zumal_12.html

    ReplyDelete
  15. Selamat beraya Zumal... Tidak kira dimana, semoga dipermudahkan segala urusan dan bahagia selalu

    ReplyDelete
  16. Area perak zizie baru sempat sampai ipoh & taiping aje... atotomey nya anak2 zumal.

    ReplyDelete