Booking.com
Booking.com

31 Aug 2014

Meh Join BlogList CikAyue

Assalamualaikum dan Salam Merdeka semua.

Dalam membalas kunjungan Ayie tadi terjumpa segmen nie, zumal check zumal belum pernah follow Cik Ayue nie. Sambil follow terus join segmen beliau. Nak support klik la banner di atas yer.


PERLIS INTERNATIONAL POWER BOAT RC MERDEKA RACE 2014

Assalamualaikum, Salam Merdeka, Salam 1 Malaysia dan Salam 1 Dunia buat semua. Sempena Hari Kemerdekaan, PPBRC bersama Kerajaan Negeri Perlis menganjurkan Perlis International Power Boat RC Merdeka Race 2014 selama dua hari iaitu 30 dan 31 Ogos 2014 di Tasik Melati 2, Perlis.

Zumal tahu event nie akan dilangsungkan sejak bulan 6 lalu. Eksited giler nak pergi tengok. Dalam pukul 3.30 petang zumal sampai di Tasik Melati. Cuaca masa tu masih panas. Zumal tak tunggu sampai habis la. Nanti makin gelap pula muka zumal yang memang gelap nie. Majlis berakhir pukul 6.00 petang tapi pukul 5.00 petang zumal dah sampai rumah. Pertandingan Power Boat nie disertai beberapa pasukan dari seluruh Malaysia dan beberapa negara jiran seperti Thailand, Singapura dan Brunei.

Tapak permulaan race 

Khemah para vvip

Ini la power boat rc

Memecut laju 10 lap 

Antara peserta

Antara peserta

Antara power boat dari sebuah kelab 

Booth spare part dari Thailand

Para pengunjung

Yang ni tak masuk race cuma dipamer jer 

Bagi korang yang dah baca tu sila klik pautan-pautan di bawah yer. Terima kasih dan jangan lupa datang balik yer.

Pautan 1
Pautan 2
Pautan 3
Pautan 4
Pautan 5
Pautan 6
Pautan 7

DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA : HARI DINANTI DAH TIBA

Assalamualaikum, Salam Merdeka, Salam 1 Malaysia dan Salam 1 Dunia buat semua. Alhamdulillah hari dinanti kini menjelma jua. Seperti korang tahu zumal setiap hari duk beraptai jadi hari nie la hari penentunya. Bukan nak jadi pemenang kawad atau perbarisan tapi bagi zumal cukup sekadar berjaya menjadi peserta dalam hari kebesaran negara kita iaitu sambutan hari kemerdekaan. 

Syukur perbarisan pagi tadi berjalan lancar dan cuaca pula sangat cerah. Zumal sampai di perkarangan ofis dalam pukul 6.47 pagi. Setelah sarapan kami warga JKM bergerak ke tempat perbarisan yang hanya di luar kawasan ofis jer. Tapi yang sedihnya kami terpaksa menunggu lama untuk perbarisan dimulakan. Maklum la bukan hanya perbarisan yang menjadi acara sambutan. Sambutan dimulakan dengan doa, sajak serta koir. Tak ada gambar sebab sebagai peserta kita tak boleh berjalan merata tempat. Tunggu dalam baris jer. 

Dalam jam 10.15 pagi baru kontigen JKM bergerak melalui pentas utama dimana DYMM Tuanku Raja Perlis menjadi tetamu diraja. Selain itu Raja Permaisuri Perlis, Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis turut ada bersama selain MB Perlis dan vvip yang lain. Masa lalu depan pentas utama tu kontigen kami melambai ke arah Tuanku dan zumal nampak Tuanku membalas lambaian kami tu. Hehe. 

Kontigen JKM melintasi pentas utama
Gambar oleh Pengarah JKMN Perlis

Kontigen JKM melintasi pentas utama 
En. Syaffrey dan En. Shariman
Adik comel nie berbaju Jalur Gemilang
Bagi zumal hari kemerdekaan ni macam hari raya tau. Nak tau kenapa tak? Sebabnya setiap kali perbarisan kami pakai baju baru. Sebab tu juga semangat nak rai tu pun meluap-luap. Hehe. 
Abam2 JKM
Adik Akak JKM
Hari nie tak banyak gambar lagi zumal tak ambil gambar hari nie. Rasa macam tak berapa nak jelas ambil gambar masa matahari tengah terik memancar.

Bagi korang yang dah baca tu sila klik pautan-pautan di bawah yer. Terima kasih dan jangan lupa datang balik yer.

Pautan 1
Pautan 2
Pautan 3
Pautan 4
Pautan 5
Pautan 6
Pautan 7

SALAM KEMERDEKAAN KE 57 : DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA


Di sini 
Di tanah ini
Aku
Dilahirkan
Aku 
Dibesarkan
Dengan penuh nikmat
Dengan sejuta rahmat

Di sini
Di bumi ini
Aku
Akan mencurah bakti
Aku 
Tegakkan pertiwi

Wahai bangsaku
Sedarilah semua
Di sini
Segalanya bermula
Dan 
Di sini
Kita menumpah taat setia

Kerna
Di sini
Di tanah ini
Di bumi ini
Lahirnya sebuah cinta...


Nukilan : Ahmad Zu Mal Md Rayi
Tanggal : 31 Ogos 2014


30 Aug 2014

THE VERSATILE BLOGGER AWARD

Assalamualaikum dan Salam Merdeka buat semua. Alhamdulillah kini baru berkesempatan menyahut seruan Cik Nadyya dan Cik Mimie yang tag zumal dalam segmen ini. Seronoknya rasa macam dapat award tau. Hehe. 

Untuk ketahui syarat-syarat segmen ini korang boleh rujuk sini. Boleh dak buat camtu? Segan betoi zumal nie kan. Secara ringkas dalam segmen nie zumal perlu cerita 7 perkara tentang diri zumal dan perlu tag 15 orang blogger. Satu cabaran besar nie. Hehe.

7 Things About Me

1. Senyum
Kalau korang nak kenal zumal senang ja, zumal nie orang yang suka senyum. Kalau dok nampak gigi tersenyum tu zumal la.

2. Pendiam
Bagi orang yang tak kenal mungkin anggap zumal sombong tapi kalau korang dah lama kenal baru korang tau zumal nie pendiam dengan orang yang zumal tak kenal ja. Kalau dah kenal sampai esok sembang pun tak habis.

3. Bisnes
Bagi kawan-kawan yang kenal zumal. Korang mesti tahu yang zumal nie berniaga macam-macam. Sejarahnya bermula sejak darjah 6 lagi. Masa tu zumal dapat hamper sempena hari perpaduan rasanya. Dalam hamper tu banyak snek dan gula-gula. Nak makan pun tak semua zumal suka jadi petang tu zumal try buka meja depan rumah. Buka meja nak jual la. Laris kot. Lepas tu zumal mula lebarkan sayap perniagaan dengan buat ais krim Malaysia pula. Hari-hari dapat duit, jadi zumal terus berniaga hingga rumah tu jadi macam kedai. Sejarah bisnes pula zumal pernah buka cyber cafe, buka warung nasi campur, jual nasi lemak, kedai aksesori wanita, jual kuih, kurma dan macam-macam lagi. Tengok la kerana minat tetiba jadi panjang ulasan zumal.

4. Kulit Sensitif
Zumal nie ada problem sikit bab kulit nie. Zumal tak boleh pakai sebarangan produk kerana kulit zumal mudah mengelupas. Misalnya pencuci mula, syampu dan minyak rambut. Kalau habis kena beli yang jenis tu saja kalau pakai jenis lain maybe mengelupas kulit nie.

5. Demam
Zumal sejak kecil selalu demam. Tak tahu la apa sebabnya. Tapi kalau makan ubat memang akan cepat lega.

6. Cucu Tok Wan dan Tok
Zumal nie memang rapat dengan arwah Tok Wan dan Tok. Dari kecil tinggal dengan dorang. Sampai sekarang kalau zumal berjauhan dengan tok mesti tengah malam menangis tau. Ops pecah rahsia.

7. Kucing
Zumal suka bela kucing. Tapi kekadang akan jadi hulk bila kucing cari pasal tapi lepas tu kami baik balik. Hehe.

Nak tag sapa yer?
1. Khir Khalid
2. Abah Zuki
3. Cik Nor
4. Jia Razia
5. Zizie
6. Mamaniza
7. Ayue
8. Cik Akak
9. Yumida
10. Akif Imtiyaz
11. Tasha Aqisha
12. Fiza Aizzawa
13. Yun Sing
14. Mama Amir
15. Kisah Si Dairy 

Segmen Pencarian Bloglist by Syaz Harzays Minme

 klik sini
Assalamualaikum, Salam Merdeka, Salam 1 Malaysia dan Salam 1 Dunia buat semua...

Dalam berjalan-jalan kat blog rakan-rakan tadi terjumpa pulak banner duk lip-lap kat blog Syaz dan ia membuatkan zumal terjoin. Hehe...

Sapa nak join sila cepat sebab segmen akan tamat 31 Ogos 2014.
Untuk join klik pada banner yer.

LAGU TEMA KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 57 : DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA

Assalamualaikum, Salam Merdeka, Salam 1 Malaysia dan Salam 1 Dunia buat semua. Semakin dekat semakin mendebarkan bila menanti sambutan hari kemerdekaan tahun ini. Al maklum la zumal pun terlibat dalam perbarisan nanti. Dah tahu apa tema kemerdekaan kita tahun ni? Belum? Sedihnya korang nie. Di sini lahirnya sebuah cinta adalah tema sambutan kemerdekaan ke 57 ini. Jom dengarkan bersama.
video
Pukul 8.00 pagi tadi zumal telah pergi ke sesi taklimat untuk plan B sekiranya berlakunya hujan lebat esok pagi. Kalau hujan lebat maka tiadalah perbarisan tapi majlis sambutan akan tetap dijalankan dan itulah sebabnya taklimat diadakan pagi tadi. Tak best la kalau hujan, mesti dah tak meriah sambutan hari kemerdekaan kita. Macam majlis hari jadi tak ada kek gitu. 

Bagi korang yang tak terlibat mesti akan bercuti panjang hujung minggu ni kan. Alhamdulillah la. Petang ni zumal nak ke Tasik Melati untuk review satu event khas merdeka. Nak tahu? Sentiasalah berkunjung ke sini yer. Bye semua...

29 Aug 2014

DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA : RAPTAI PENUH PERBARISAN KEMERDEKAAN KE 57 PERINGKAT NEGERI PERLIS

Assalamualaikum, Salam Merdeka, Salam 1 Malaysia dan Salam 1 Dunia buat semua. Alhamdulillah selesai juga raptai untuk perbarisan kemerdekaan pada pagi tadi. Esok dapat la zumal dan rakan2 berehat 1 hari sebelum hari sebenar perbarisan. Pagi tadi cuaca agak baik dan perbarisan berjalan lancar. 

Pagi tadi kontigen JKM dah ramai anggota. Jadi adik2 zumal yang selalu ikut perbarisan bersama zumal tak la kena 'usik' dengan penonton 'nakal' macam sebelum ni. Penonton ni hilang terus patriotik bila nampak aweks kawad yer. Sebelum nie zumal jadi ketua kontigen rasa geram gak kat mereka yang nakal tu kerana kontigen zumal hilang fokus nak berkawad tau. Hari nie ramai abam2 JKM join diam pulak u all yer. Hehe sori sebab berleter sikit. 

Kiri sekali En. Syaffrey ketua kontigen kami 

Dah nak gerak nie 

Boleh jadi model JKM nie 

Kontigen paling banyak bendera 

ATM menanti masa untuk pertunjukan 

Masa ni perbarisan dah tamat dorang tunggu zumal untuk taklimat

28 Aug 2014

DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA : RAPTAI PERBARISAN SIRI 2

Assalamualaikum, Salam Merdeka, Salam 1 Malaysia dan Salam 1 Dunia buat semua. Hari ni zumal ada lagi raptai untuk perbarisan kemerdekaan nanti. Kali ni ada dua sesi. Pertama bersama semua kontigen, sesi kedua lepas taklimat di ofis. Alhamdulillah hari ni cuaca baik walaupun pada awalnya nampak macam nak hujan. Syukur.

Hari ni memang betul2 perbarisan disebabkan cuaca mengizinkan. Cuma pihak urusetia meminta kami untuk ulangi semua perbarisan setelah selesai sesi pertama tapi atas nasihat adik2 zumal ni dorang tak sanggup dah. Masa tu dah pukul 11.00 pagi dan ada yang belum makan kot ada yang pengsan. Siapa yang susah. Zumal jugak kan.

Menanti giliran kami mula bergerak

Sedia

Taiko pun teringin selfie 

Sempat lagi whatsapp dengan pakwe yer

Macam2 gaya

Setelah selesai perbarisan, kontigen semua masuk ke padang menanti atur cara seterusnya


Masih bertenaga 

Dorang tengok perbarisan kontigen lain

Pertunjukan depan stage utama 

Hebat

Penerangan kepada ketua kontigen 
Pada pukul 3.00 petang ketua kontigen adakan taklimat khas untuk menerangkan serba sedikit tentang raptai penuh esok dan hari kemerdekaan nanti. Macam yang korang lihat dalam gambar2 kat atas dan dalam entri sebelum ni, hanya 12 orang je yang sertai raptai. Tapi esok jumlah kekuatan kontigen menjadi 40 orang. Maybe la. Sebab tu la ada taklimat. Lagi satu hari ni dapat baju korporat untuk dipakai semasa perbarisan hari kemerdekaan sebenar nanti. Selepas taklimat kami semua berlatih berkawad sekitar ofis dengan kekuatan kontigen yang lebih besar.
Taklimat kat ofis

Jangan suruh zumal cakap 

Sekarang baru ada abam2 JKM 

Kawad keliling ofis

Kiri kanan, kiri kanan 

Laju adik kita sorang ni
Tak sabar tunggu hari kemerdekaan nanti. Apa yang pasti mesti haru biru. Hehe.

Kepada yang rajin tu apa kata korang klik link kat bawah nie... Terima kasih semua...

Terbaik
Ohsem
Tertarik
Hebat
Havoc
Cun
Gojes


27 Aug 2014

DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA : RAPTAI PERBARISAN SIRI 1

Assalamualaikum, Salam Merdeka, Salam 1 Malaysia dan Salam 1 Dunia buat semua. Di sini lahirnya sebuah cinta lagi. Rasa feel lebih dengan tajuk tu. Alhamdulillah hari ni bermulalah raptai pertama untuk perbarisan kemerdekaan tahun ni. Tahun ni ada 3 kali raptai sebelum hari kemerdekaan sebenarnya. Tahun lepas sekali jew. 

Awal pagi tadi hujan jew. Kekadang lebat kekadang renyai-renyai tapi apakan daya terpaksa turut serta juga. Demi negara tercinta gitu. Bukan hanya zumal yang semangat gitu bahkan kawan2 dari JKM yang turut serta pun bersemangat hari nie. Ada budak tabika pun semangat nak sertai perbarisan malu la kami jika kami tak bersemangat macam adik- adik kecil tu.

Raptai hari ni zumal tak berkawad lagi sebab koata kontigen tak banyak yang datang kerana hujan. Jadi hari ni kami tengok koir, perbarisan ATM, dan yang penting ada taklimat. Lagi satu urusetia suruh kami belajar macam dorang kawad. Boleh kew?

Zumal rasa JKM adalah jabatan yang lebih semangat walaupun hujan kami setia tunggu sampai selesai majlis. Walaupun tak ada jabatan lain yang berbaris tapi kami ke hulur ke hilir cari tempat untuk masuk baris dalam hujan tu. Meh tengok gambar kami semua...
Adik kita nie nyanyi koir lagu patriotik 

Makan2 lepas raptai. Nie kat ofis.

Inilah kontigen zumal

Semangat nak bergambar tu yang lebih. Hehe 

Iklan untuk KKM 

Inilah barisan kita. Mood macam duk kawad 

Taklimat kepada ketua kontigen. Hari ni boleh perasan jadi ketua.

Lari bawah khemah dah.

Abam  ATM pun join bawah khemah masa hujan
Hanya mereka yang tak lari bila hujan
Tersenyum pula abam sorang ni