Booking.com
Booking.com

19 Jul 2014

Tanda Ingatan Tulus Ikhlas

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua. Dalam sedar atau tak kini kita berada dalam fasa terakhir Ramadhan. Dalam bersiap untuk menyambut Syawal yang bakal tiba ni jangan pula kita abaikan ibadah kita kerana dalam 10 malam terakhir nie adanya 1 malam yang lebih baik dari 1000 bulan iaitu malam Lailatul Qadar.

Syawal ini rasanya cukup sederhana untuk zumal. Macam tahun sebelum-sebelumnya juga. Kenangan kemeriahan Syawal suatu masa lalu hanya tinggal di sanubari. Walaupun begitu, tahun ini sedikit mengembalikan nostalgia masa zumal bersekolah dulu kerana zumal berutus kad raya antara rakan-rakan blogger yang zumal kenali. Kenal dalam laman maya jer. Mungkin jikalau ada event dan kelapangan nanti kita bertemu.

Dah bertahun rasanya tak terima kad raya. Kad pertama datangnya dari Pha Is. Puisi dalam kad raya Pha Is sedikit sebanyak mengimbau kenangan. Pha Is, zumal minta maaf sebab kad raya zumal simple jer. Terima kasih yer Pha Is. Bagi yang belum berkenalan dengan Pha Is boleh la KLIK SINI untuk berkunjung ke blog beliau.


Kad raya kedua pua datangnya dari Mommy Irra. Kad raya Mommy Irra pun padat dengan ucapannya. Hehe terharu zumal. Kad raya sesi kedua zumal yang agak panjang sikit isinya sebabnya idea baru datang. Bagi yang nak berkenalan dengan Mommy Irra boleh KLIK SINI yer.


Rasanya minggu depan ada kad raya lagi akan sampai kot. Rasanya je la. Hehe. Kad raya sebagai pengganti diri dan sebagai tanda ingatan. Tahun depan zumal akan lebih bersedia. Insha Allah kalau panjang umur dan di murah rezeki. Thanks semua yang support zumal. Selamat berhujung minggu ^_^


















11 comments:

  1. seronok laa dia dapat kad raya... :)

    ReplyDelete
  2. wah bestnyaa. dapat kad raya jugak =)

    ReplyDelete
  3. blh la nanti gantung kat dinding ... heee .

    ReplyDelete
  4. Lya dah dapat aritu hehehe .Zumal tunggu kad dari Lya la pulak yerr ..TUNGGU ..Bila la nak sampai yerr ..

    ReplyDelete
  5. TERBAIK !!!! Moga2 semua kad raya selamat samapi ke destinasinya ..Tahniah jugak untuk Zumal dapat kad raya ..

    ReplyDelete
  6. Woahh. Bestnyaaa dapat kad raya. Yelah kan zumal, bila dh besar ni, rasa raya tu mcm biasa je. even setahun sekali.

    ReplyDelete
  7. Cantik2 kad raya yang bloggers kirim, kan? Saya mintak maaf x sempat nak beli atau pos kad raya sebab banyak benda tengah serabut nak fikir. Harap Allah permudahkan segala urusan.
    Life is beautiful... Don't waste it.

    ReplyDelete
  8. wahhh.. nina xsempat la nk hantar kad raya. huhu. kena tunggu thn depan pula

    ReplyDelete
  9. seronok dapat kumpul kad raya.. hihi..

    ReplyDelete
  10. Cepat sungguh masa berlalu... raya dah hampir... :)

    ReplyDelete