Booking.com
Booking.com

2 Jul 2014

Tak Macam Jimat

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan  buat semua. Kali ini zumal nak kongsi sedikit pasal perbelanjaan kita terutama dalam membeli makanan sempena Ramadhan ini. Jimat ke tidak?

Ada orang kata kalau kita masak nasi dan beli lauk je bunyinya macam jimat tapi bagi zumal tidak pula. Daripada pengalaman zumal sendiri kalau kita beli lauk confirm kita tak beli sejenis jer. Nafsu. Kalau boleh mesti ada 3 jenis lauk kita beli. Ye tak? Walaupun masak nasi sendiri kos kita tetap besar. Lain pula kalau kita tapau nasi dan lauk  bersama kosnya mesti kurang sebab dari segi logik takkan kita nak tapau tiga empat jenis lauk kat atas nasi tu. Kosnya dapat dikurangkan. Ini cuma pandangan zumal. Korang pula camne?

21 comments:

  1. masak sendiri lg jimat..hihi. walaupon lauk x sesedap dekat kedai.. sekali sekala nk beli lauk tak pela.. :)

    ReplyDelete
  2. Masak sendiri la jimat ..Hehehe ..Sebab kita beli lauk yang nak masak tu bukan kita beli dua ekor ikan secubit ayam seikat sayur ..Kita beli tuyk seminggu ..jd berbaloi2 masak sendiri la hehehe
    Menabung MR NUFF ...

    ReplyDelete
  3. Nik tak terfikir pulak . Tapi basically kalau kita masak sendiri , kita dah prepare ayam , ikan and else dalam kuantiti mungkin untuk seminggu . So Nik rasa lagi jimat masak sendiri kot .

    ReplyDelete
  4. rasanya kalau ramai isi rumah masak sendiri lbh jimat tapi setakat nk mkn berdua mcm zumal n toknya elok beli saja kot...

    ReplyDelete
  5. kalau aku, aku bungkus 2-3 lauk pun, aku makan utk 2 hari. so agak jimat gak l sbnr nyer. yg penting, kena kawal nafsu.

    ReplyDelete
  6. saya suka masak sendiri
    hari2 membeli...rabak le poket

    ReplyDelete
  7. kalau lagu tu hg kena bukak posa kat masjid la..option ni hg xpernah amik lagi kan try tengok kot2 berhasil ka ;-)

    ReplyDelete
  8. bagi Fiza kalau masak kat rumah mmg jimat.. tp kalau nak beli pun tak salah.. bawa duit ikut bajet cukup2.. jgn bawa beg duit..

    ReplyDelete
  9. masak sendiri lbh jimat . tapi klu nak membeli kuih muih yg kita mmg tak rajin aka x de masa nak buat sendiri , better belilah .

    ReplyDelete
  10. Bulan puasa ni, salah satu cabaran kita ialah menahan diri dari beli makanan berbuka secara berlebihan.. dugaan & cabaran juga tu kan..

    ReplyDelete
  11. Saya masak kat rumah. 2jenis je. Lauk dan sayur.
    Bw :)
    Salam singgah dari irra
    http://www.irrayyan.com
    Irra follow blog ni
    Selamat berpuasa ^^

    ReplyDelete
  12. bagi akak kalo masak kt rumah lg jimat

    ReplyDelete
  13. sy dulu zumal masa kat arau dulu...kebiasaanya...bila pergi bazar hanya bawak duit kecil...bwk dlm RM5. Dompet mmg tak bwk...takut terlebih belanja je.

    Entri terkini MINDAKABUR : Muat-Turun Video Youtube Dengan Cara Edit Pada URL Video

    ReplyDelete
  14. kalau ikut kan nafsu, buat apa pun akan merugikan.. kalau izan g bazar, pusing 2 kali pun tak tahu nak beli apa.. so, masak sendiri lagi mudah..hihi

    ReplyDelete
  15. Nasib baik kalau kat melaka, mmg ada student package.. :D

    ReplyDelete
  16. masak sendiri lebih jimat ! makanan pun habis dan tak membazir. hehe

    ReplyDelete
  17. masak sendiri lah paling jimat. telur rebus nasi putih pun dah kenyang ooo.. ikan masin sekor ke kan. hehehe

    ReplyDelete
  18. Klu bulan puasa ni mmg tak jimat klu makan beli je.. masak sendiri lagi elok. Kdg2 nafsu sblum berbuka tu mmg tinggi, tapi bila buka minum air dgn makan sikit dah kenyang hehee..

    ReplyDelete
  19. Kite tak kisah asalkan ada makanan :3

    ReplyDelete