Booking.com

12 Jul 2014

BERSAMA ELAKKAN KEMALANGAN

Sumber: mullerwoodfieldacura.blogspot.com 
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua... Seperti biasa musim perayaan pasti kemalangan jalan raya akan meningkat.

Antara sedar atau tidak, kemalangan ini selalunya bermula dari kelalaian kita atau pengguna jalan raya yang lain. Kemalangan sebenarnya boleh dielakkan. Yang penting kita harus peka, berwaspada dan mengikut undang-undang jalan raya.

Pengalaman sendiri zumal terlibat dalam kemalangan di musim perayaan ketika dua atau tiga tahun lalu. Memang silap zumal la, lalai ketika memandu. Masa tu bersama tok nak balik beraya dari Perlis ke Bagan Serai, Perak. Bertolak dari Perlis pada awal pagi, zumal guna jalan dalam. Bila sampai Sungai Petani zumal masuk highway pulak. Ketika melepasi tol Juru, zumal teruskan perjalanan. Zumal nak keluar kat exit Bandar Baharu. Ketika tu lagi empat hari nak raya, jalan pun masih sunyi. Kira-kira 8km sebelum sampai exit tu. Gedegang! Zumal terlanggar pembahagi jalan kat tengah highway tu. Nasib tak ada kenderaan follow maybe kalau ada, zumal dah tak berblog rasanya. Maybe kat batu dua. Habis pecah lampu depan sebelah kanan dan kemek dari lampu depan tu sampai la kat belalang Viva yang zumal bawak tu. Zumal terus drive ke tepi highway, nasib boleh gerak lagi. Alhamdulillah tiada kecederaan. Puncanya terlelap. Pada korang jangan la lalai macam zumal. Terbang RM1150 yer. Musim raya la katakan. Bengkel tu la dapat duit raya. Zumal kena stay Perak lebih seminggu tunggu kereta siap. Bukan yang first time sebenarnya. Hehe.

Tadi masa otw nak beli juadah berbuka di Repoh Beriani House, satu situasi berlaku. Sebenarnya tidak ada apa berlaku. Cuma nak kongsi sebagai ingatan kepada semua. Sebuah super bike di laluan yang sama dengan zumal lintas terus jer simpang tiga di situ sedangkan lampu isyarat tu masih merah. Masa tu ada MPV pada laluan yang lampu isyarat tengah hijau nak meneruskan perhalanannya nasib tak tercium motor tu. Apa yang zumal nak kongsikan, tak boleh ke ikut undang-undang? Kejap lagi awak boleh lalu bila dah hijau. Maybe awak rasa awak ada banyak duit la kalau disaman. Ye la motor awak pun dalam lingkungan RM ratusan K. Tapi kalau kemalangan siapa yang susah? Maybe kalau bukan awak yang kena orang lain kena sebab nak elak awak tu. Jangan pentingkan diri di jalan raya dan ikutlah undang-undang. 

Itu saja zumal nak berleter. Selamat berbuka puasa dan selamat berhujung minggu...



14 comments:

  1. scha pun pernah eksiden jugak. terlanggar divider kat parking shopping mall. trauma seminggu :(

    ReplyDelete
  2. nak dekat2 musim raya ni mmng selalu sangat dengar pasal kemalangan yg menyayat hati. harap tahun ni takdelah..

    ReplyDelete
  3. Tolong la ikut undang2 ..Janganmain redah jer ..Tak kena takper lg la kalau kena bukan setakat kita yg susah tapi org lain pon akan susah

    ReplyDelete
  4. suka sangat orang kita ni redah lampu merah. seolah olah sempat tapi kalau tak sempat, naya kesemuanya. alahaiii..

    ReplyDelete
  5. berhatihati dijalanraya sbb nk sambut raya esok lusa...selamat bersahur zumal..

    ReplyDelete
  6. hati-hati memandu...kadang nak cepat je lupa tentang sekeliling...

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah tak pernah lagi eksiden :)

    ReplyDelete
  8. zaman sekarang kemalangan pun dah macam musim. moga Allah lindungi kita semua dari kemalangan sempena perayaan ini :)

    ReplyDelete
  9. salam pagi isnin singgahh klik2...

    ReplyDelete
  10. Dah nak menjelang raya ni mmg kena berhati2lah... t kasih atas peringatan Zumal..

    ReplyDelete
  11. puncanya kadang2 para pemandu ni selfish.. pikir dya je nak cepat..

    ReplyDelete
  12. Betul tu Husna... Ramai pengguna jalan raya yang selfish...

    ReplyDelete
  13. selalunya time2 raya kemalangan akan meningkat.. berhati2 di jalan raya ye

    ReplyDelete