7 Jun 2014

Santai Sabtu #3 Dapur Bujang

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua... Dah makan ke belum? Apa menu anda petang atau malam nie? Zumal biasanya makan petang-petang... Malam tu boleh rehatkan perut. Petang nie zumal masak spaghetti. Zumal namakan 'Spaghetti Ala Zumal'. Hehe.

Nak try resepi zumal tak? Mudah jer. Korang kena ada spaghetti, sos pasta, daging burger, Nacho's cheese, telur.





Mulanya korang panaskan minyak, tumiskan sos pasta dengan api perlahan, masukan gula dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan daging burger yang dicincang...
Bila nampak macam kat atas tu korang tambah air sedikit. Bila air dah mendidih pecahkan telur kat dalam masakan korang tu... Masak la sampai kuah tu jadi pekat. Siap.

Akhir sekali rebuskan spaghetti korang tu... Bila siap hidangkan dan selamat menjamu selera... Untuk rasa lebih sedap letakkan Nacho's cheese.

Pagi tadi zumal merempit ke Padang Besar beli stok kurma untuk bisnes Ramadhan nanti dan untuk hadiah kepada peserta Segment Just RT This! Balik tu rasa amat letih sekali. Lepas zuhur zumal terlena diulit mimpi sampai la pukul 5.00 petang. Haha.

Lepas asar keluar beli bahan memasak pula... Dan terhasil la juadah kat atas. Malam nie zumal nak ke kelas Al Quran pula... Bye2...

Menarik di sini
1. Aplikasi terbaru untuk pengguna Samsung 
2. Kepada Instagramer korang berpeluang menang Galaxy S 5
3. Peluang keemasan untuk menangi baucar pelancongan 

14 comments:

  1. Wahh.. seronok makan smbil menonton tv ni.. Salam ceria hujung minggu Zumal.. :)

    ReplyDelete
  2. Zumal makan dengan tok sambil layan upin ipin ;)

    ReplyDelete
  3. saya slalu beli sos prego. tak pernah letak daging burger dlm spageti. nice sharing!

    ReplyDelete
  4. Sya tutup mata boleh buat. Hahaha. *riak*

    Eh, sorry. Tapi, mmg senang kan nk buat? hehe. dah lama tak makan.

    ReplyDelete
  5. Wahh sedapnyerr ..Nanti nak try buat la ..simple njer nampak caranyerrr .. Blh la sediakan tuk anak2 nnt

    ReplyDelete
  6. Mazni: sos pasta adabi ni ada dua jenis satu perisa asli dan satu lagi perisa cendawan... Nanti try la :)
    Scha : wah tutup mata pun boleh yer... Terbaik
    Akif : inilah resepi paling simple Lya :)

    ReplyDelete
  7. Baru je semalam beli Prego. Dah lama tak merasa spagetti. Itu yg terus beli semalam. Adabi tak pernah cuba lg...

    Entri terkini MINDAKABUR : Anak Kecil Terpisah Daripada Ibu Bapa Semasa Konsert Berlangsung

    ReplyDelete
  8. Resepi zumal banyak jenis hentam jer :))

    ReplyDelete
  9. wahh..kuah spagetti buat sendiri ye..rajin zumal..:) nampak sedap!!

    ReplyDelete
  10. slalunya guna prego..xpenah guna yg laen..nnti nak try..n xpenah letak daging burger..nak kene try jugak..hehe

    ReplyDelete
  11. pandai zumal masak.. spageti kalau mkn dgn prego xsedap sgt. suka goreng letak mcm2. nanti nk try la

    ReplyDelete
  12. Zumal nie takde la pandai sangat... Tapi zumal minat memasak nie :)

    ReplyDelete