Booking.com

23 Jun 2014

Majlis MB Perlis Bersama Pemohon Skim Bazaar Ramadhan 2014

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua... Petang semalam zumal turut serta dalam Majlis MB Perlis Bersama Pemohon Skim Bazaar Ramadhan yang diadakan di Dewan Warisan Kangar pada jam 3.00 petang. 


Majlis ini diadakan untuk memberi pencerahan kepada pemohon Skim Bazaar Ramadhan yang pernah zumal nukilkan disini hujung bulan lepas. Skim Bazaar Ramadhan diwujudkan untuk membantu peniaga Melayu yang ingin menjalankan permiagaan di bazaar-bazaar Ramadhan pada bulan puasa nanti. Skim Bazaar Ramadhan menawarkan pinjaman sebanyak RM1000 dan RM3000 untuk peserta yang layak. 

Alhamdulillah atas inisiatif pihak kerajaan ini moga dapat memberi nafas baru kepada peniaga Melayu yang ingin menjalankan perniagaan di bulan Ramadhan nanti. Skim ini juga adalah kerjasama Persatuan Peniaga, Penjaja Kecil Melayu bersama Bank Rakyat. Skim ini agak mudah kerana para pemohon hanya perlu mengisi borang tanpa memerlukan jaminan dan kertas kerja seperti selalu. 

Bagi pemohon yang ketinggalan, adalah dimaklumkan bahawa pinjaman akan disalurkan tiga hari sebelum puasa. Harap maklum.

Menarik di sini:

5 comments:

  1. alhamdulillah . dapat memberi peluang kpd yg berhajat tapi x de modal .

    ReplyDelete
  2. Tinggal beberapa hari je lagi dah nak Ramadan...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah Moga segalanmya dipermudahkan

    ReplyDelete