13 Jun 2014

Kabu Ke Klinik

Assalamualaikum dan Salam Jumaat buat semua... Dalam jam 3.30 petang tadi zumal bawak Kabu ke Klinik Haiwan. Semalam sebenarnya Kajol seekor ja yang telah menghembuskan nafas akhir. Tok tersalah pandang dan ingatkan Kabu pun telah pergi tapi Kabu hanya tidur. Hari ni zumal el kerana demam tapi zumal tengok Kabu pun masih tak sihat jadi zumal bawak Kabu ke Klinik Haiwan untuk menerima rawatan.
Zumal bawak Kabu dalam kotak kasut 

Kabu tak selera makan 
Zumal isi Kabu dalam kotak kasut dan bawak Kabu menaiki motosikal ke klinik. Kabu nie tak nakal sangat lagi pun dia tak sihat. Doktor haiwan katakan Kabu terkena penyakit hawar. Penyakit ini boleh berjangkit sebab tu yang lain-lain mati mungkin kerana kurang antibody. Doktor pun inject Kabu dan berikan antibiotic dan vitamin untuk Kabu.
Moga Kabu kembali sihat. Nanti Kabu boleh la main dengan adik-adik barunya. 

4 comments:

  1. Kalau hantar ke klinik haiwan mahal tak kena cas zumal?

    ReplyDelete
  2. Semoga Kabu cepat sembuh :) Comel namanya ^^

    ReplyDelete
  3. Caj paling murah biasa zumal kena ialah RM5.00 macam semalam caj dia RM 15.00

    ReplyDelete