22 Jun 2014

Dibiarkan Tidur Bersama Najis Kucing

Gambar Ihsan Google
Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua. Semalam Malaysia digemparkan dengan penemuan remaja OKU dikurung di Nilai, Negeri Sembilan. Zumal ingin juga berkongsi pengalaman sendiri bertemu seorang warga emas yang dibiarkan tak terurus oleh ahli keluarganya suatu masa dulu.

Semasa sihatnya warga emas yang sebaya arwah tok wan zumal, beliau seorang yang aktif dalam aktiviti masyarakat dan minat memelihara kucing. Beliau juga seorang pesara guru seperti tok wan.

Beliau didapati menghidapi penyakit kencing manis tahap kritikal sehingga terpaksa kakinya dipotong. Mulanya hanya di ibu jari kemudian sehingga ke bawah lutut.

Zumal dan arwah tok wan pernah beberapa kali di rumah beliau atas urusan sebuah pertubuhan kemasyarakatan. Sebelum akhir hayat beliau kami ada melawat kali terakhir kerana pada masa tu hari raya. Kali ini keadaan beliau sudah tidak terurus dan menyedihkan zumal, kucing yang beliau pelihara dikurung dibawah katil beliau dengan dikelilingi jaring besi. Dan ada yang membuang najis di atas katil beliau tapi tiada siapa yang membersihkannya selagi beliau tidak uruskan sendiri. Disebabkan beliau tidak lagi berupaya jadi semua dibiarkan sahaja oleh keluarga beliau. Zumal rasa macam nak nangis melihat keadaan beliau. Mengapalah lakukan demikian? Beliau juga berhak mendapat layanan yang baik.

Tok wan kata nanti masa beliau tak larat entah macam tu juga zumal lakukan seperti sahabat beliau tu. Tapi sehingga akhir hayat ton wan  zumal jaga tok wan dengan baik. Tak sanggup la buat begitu. Kalau kita tua, anak cucu buat begitu apa kita rasa pula. Fikirkanlah.

Berbalik kepada kisah warga emas tadi, beberapa bulan selepas itu beliau meninggal dunia. Tinggal la isteri, anak2 dan cucu di rumah itu. Mungkin mereka rasa senang dan lega setelah warga emas itu pergi. Kesenangan tu hanya beberapa tahun, akhirnya rumah tu hangus dalam kebakaran. Tiada apa yang dapat diselamatkan. Mungkin itulah balasan Allah. Zumal harap kisah ini jadi teladan buat semua bukanlah membuka aib sesiapa kerana tiada nama yang zumal titipkan disini. Ia hanya sekadar pengalaman hidup yang zumal pernah lihat sendiri. Wassalam...

18 comments:

  1. Sayangi org tuakita selagi mereka masih ada..Iktibar dari kisah ini..Jangan aniaya org tua kita sbb kita tak tahu nasib kita dikemudian hari .Allah nak belas kejap jer ..

    ReplyDelete
  2. Huhuhu.. dulu masa kecil mereka jugalah yang menjaga kita kan.. kenapa selepas mereka tua kita takleh jaga mereka, kan? :')

    ReplyDelete
  3. Huhuhu.. dulu masa kecil mereka jugalah yang menjaga kita kan.. kenapa selepas mereka tua kita takleh jaga mereka, kan? :')

    ReplyDelete
  4. sedih baca kisah ni zumal. part kucing tu, kenapa di kurung bwh jeriji? kan susah dia nak pergi cari mkn

    byk pengajaran yg di ambil dri kisah ni
    moga kita semua menghargai apa yg kita ada, berbakti pd org tua...

    ReplyDelete
  5. sangat menyentuh hati citer zumal moga dijadikan iktibar pada yg sihat kuat...siapalah yg mahu sakit, kan

    ReplyDelete
  6. Ya Allah..
    balasan Allah. cepat atau lambat je :')

    ReplyDelete
  7. astaga, smoga mnjadi pedoman dan pngajarn utk kita..

    ReplyDelete
  8. smoga menjadi pengajarn buat kita..

    ReplyDelete
  9. Iktibar tauladan, pengajaran & peringatan buat kita semua.. astagfirullah.. saya sgt terkesan membaca entri ni. T kasih atas perkongsian Zumal.

    ReplyDelete
  10. Untuk part kucing dikurung tu sebab kucing tu peliharaan warga emas tu jadi kucing tu tak dibenarkan masuk ke kawasan lain dalam rumah berkenaan hanya boleh ada atas dengan bawah katil ja...

    ReplyDelete
  11. ish kejam sungguh, sanggup ahli keluarga sendiri buat gitu. alahai.. semoga kita dijauhkan dari sifat lupa diri begitulah, abang :(

    ReplyDelete
  12. perkara begini ada berlaku dalam masyarakat cuma jarang menjadi diketahui umum . semoga kita lebih menghargai warga emas wpun kita bkn ahli keluarga mereka .

    ReplyDelete
  13. sampai hati dorang buat mcm tu kan.. sedih.. dibiarkan dalam tempat yg kotor.. Allah maha besar..

    ReplyDelete
  14. Subhanallah.. membela orang sakit ni memerlukan kesabaran dan sanggup menghadapi dugaan(fizikal dan mental), bukan calang2 orang yang mampu.. apalagi kalau masa sihatnya bukan jenis yang 'disukai/.sayangi'..

    ReplyDelete
  15. Allah Maha Adil ..
    Betul.. mereka juga manusia... masa kita kecik, kita dimanja2kan.. bila dh tua, lgilah nak manja2 dgn anak cucu..

    ReplyDelete