17 May 2014

SS #2 Aktiviti Sihat

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua. Hari ni zumal nak kongsikan episod Santai Sabtu zumal pada minggu ini. Dengan cuaca panas membahang macam nie ramai yang memilih aktiviti indoor je tapi zumal pilih aktiviti outdoor. Apalah aktiviti outdoor tu yer. Ala cuma membersihkan laman. *hampeh betul zumal nie kan* 

Nampak macam sikit je kan? Biasalah dah last baru amik gambar. Haha *klentong la tu* Walaupun sikit dan laman rumah pun tak besar mana tapi agak penat juga. Bermandi peluh zumal buat kerja tu. Rumput rampai tu segar bugar sangat sampai ada yang tinggi orang. Bukannya lama sangat tak jaga. Bulan lepas pun dah dibersihkan. Nanti sebelum puasa kena bersihkan lagi sebab bulan puasa nanti mesti penatnya extra. Baik buat awal2 kan.

Dah hujung2 kutip rumput2 tu ada juga yang datang nak menolong walaupun hanya tolong tengok. U all nak tau siapa yang datang tolong tengok tu? Meh tengok gambar nie...


Teringin betul Teh nak menolong zumal. Itu pun nasib zumal tak lepaskan 5 ekor anaknya sama. Kalau tidak sampai sekarang kerja tu belum siap. Pasti dorang akan tolong menyibuk sama. Lega kerja2 yang sepatutnya dah siap. Esok nak membasuh baju pulak. Harap2 cuaca baik dan tekanan air tak menekan perasaan zumal besok. 

Dah selesai semua kerja zumal pun berehat sampai layan Kuch Kuch Hota Hai kat tv3. Hai terimbau kenangan lama pulak. Hehe. Ini je titipan pada segmen Santai Sabtu zumal. Terima kasih kepada semua yang sudi singgah membaca bebelan zumal ini. Selamat berhujung minggu yer. Wassalam ^_^

13 comments:

  1. Wahh rajinnya abg Zumal... salam hujung minggu.. semoga ceria selalu.. :)

    ReplyDelete
  2. Sekali sekala je zumal nie rajin :)

    ReplyDelete
  3. Aktiviti Sabtu yang menyihatkan dan bersih halaman! :)

    ReplyDelete
  4. rajin betul..hehehe.. nak tak nak kena la rajin kan, dari tgk rumput tu tumbuh pnjang mcm kawan dah..:p

    singgah dari segmen kak mia..dan baca 10 pkara gadis lakukan dlm 1 min..:)

    ReplyDelete
  5. Betul tu nak tak nak kena buat juga :)

    ReplyDelete
  6. bagus2....badan sihat rumah bersih...kucing menyibuk tu comel je hehe...

    ReplyDelete
  7. heheh.. peluh keluar byk tu zumal. kucing pun nk menyibuk gak dgn tuan dia.

    ReplyDelete
  8. Tu pun nasib sekor je yang menyibuk kalau 5 lagi datang boleh pengsan dibuatnya :)

    ReplyDelete
  9. rajin2, boleh tlg kemas uma sewa ayie skali ni,hehehe =P

    ReplyDelete
  10. Nanti zumal pergi kemaskan yer... Hehe :)

    ReplyDelete
  11. uiii..rjinnye!! tlg kemas dpn umah skli? :p

    ReplyDelete
  12. kucing tu pun nak dtg membantu gak kot.

    ReplyDelete
  13. Haha datang "menolong" menyibuk sama xD

    ReplyDelete