Booking.com

6 May 2014

Selamat Hari Ibu Untuk Tok...

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat anda semua... Bulan nie ada sambutan Hari Ibu ek. Hari ni teringat nak beli sesuatu untuk tok. Tengah hari tadi zumal pergi Senheng Kangar. Belalang ofis jer. Ternampak pelbagai barang diletakkan di meja promosi. 

Belek punya belek berkenan pulak water dispenser. Mudah sikit tok nak buat air. Kalau dulu kena masak air guna jug kettle tu. Tapi tok dah tak larat buat semua tu. Nak jalan pun tak larat. Jadi kalau beli water dispenser nie zumal hanya perlu isi air masa pagi je, pastu tok just tadah air je kat situ.



Moga tok gembira dengan hadiah zumal tu. Walaupun tak seberapa tapi itu jer zumal mampu.

U all kalau singgah rumah zumal jangan terkejut lak masuk rumah tengok ruang tamu rumah macam dalam pantri ofis korang lak. Semua untuk memudahkan tok menguruskan dirinya. Kini tok tak perlu pergi dapur yang jauh tu. Tepi kerusi tok dah ada belaka. Complete set untuk makan minum. 

Hari ni balik rumah terkejut gak rumah terkemas rapi. Mak Lang datang rumah kemaskan dapur bujang zumal tu. Almaklum la zumal tak masak. Jadi macam sarang spiderman 2 jer. Thanks Mak Lang, lepas nie zumal jaga dapur tu elok2. Hehe. Selamat Hari Ibu buat para ibu di seluruh dunia...
Anda ohsem jika klik SINI 
Klik Bola Merah 

12 comments:

  1. untung tok dapat cucu cam zumal ^^ moga tok sihat selalu

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah mak tok zumal mesti suka tu. Sekarang dispenser lebih mudah dan praktikal, tak perlu nak masak air tiap kali nak bancuh air.

    ReplyDelete
  3. Senanglah nak guna air panas nanti. Dah tersedia ada. hehe

    ReplyDelete
  4. Cucu ygbaik nie ...
    Alhamdulillah mesti sejuk hati tok dpt hadiah ..

    ReplyDelete
  5. setuju dengan lola..
    untung tok zumal dapat cucu macam zumal ni..

    ReplyDelete
  6. Semoga kehidupan Zumal bertambah keberkatannya... aamiin.. :)

    ReplyDelete
  7. Untung dpt cucu zumal :) kim slm kt tok..

    ReplyDelete
  8. Balik ofis zumal sampaikan salam zizie ok :)

    ReplyDelete