Booking.com

16 May 2014

Selamat Hari Guru 2014

Dalam Kenangan: Cikgu Haji Mohd Alim Ismail
Assalamualaikum dan Selamat Hari Guru kepada semua para pendidik di seluruh Malaysia. Pada tahun 2014 ini hari guru disambut dengan tema Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi.

Dalam hidup kita, ibu bapa adalah guru pertama kita. Macam tu juga zumal. Zumal dibesarkan oleh seorang guru yang amat berdisiplin. Guru yang zumal maksudkan adalah Cikgu Haji Mohd Alim Bin Ismail (1930-2010). Beliau pernah berkhidmat di beberapa buah sekolah di negeri Perlis di mana beberapa buah sekolah zaman beliau sudah tidak lagi wujud seperti Sekolah Siam, Sekolah Rendah Lelaki Kangar, Sekolah Rendah Perempuan Kangar yang kini menjadi sejarah. Cikgu yang zumal maksudkan itu juga adalah tok wan zumal. Arwah amat garang. Memang anak cucu dan anak-anak jiran takut dengan arwah. Sebelum bersara sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Jejawi beliau pernah menjadi guru kaunseling dan guru disiplin.

Semasa zumal kecil arwah tok wan akan ajar zumal ABC dan sebutan dan ejaan dalam Bahasa Melayu, silap debut memang kena rotan la jawabnya. Arwah buat kan dinding ruang tamu rumah kami masa tu macam kat bilik darjah tau. Ada carta ABC dan macam-macam lagi. Zumal masa kecil terutama masa tadika ke darjah satu memang menghadapi masalah sikit dalam pembelajaran. Kira-kira darjah dua baru zumal boleh membaca dengan baik. Semua atas inisiatif tok wan mengajar di rumah. Kira-kira arwah tok wan seperti Cikgu Osman Baku yang ditayangkan di TV2 setiap Selasa pada jam 9.30 malam. 

Dalam keluarga, lima orang daripada tujuh orang anak tok wan adalah guru. Suatu masa dulu zumal pun bercita-cita untuk menjadi seorang guru. Sampai sekarang zumal masih idamkan cita-cita itu. Tapi laluan zumal belajar dulu memang terpesong jauh untuk ke arah cita-cita itu. Mungkin suatu masa nanti zumal nak juga mengajar kat depan walaupun bukan sebagai guru. Entah la boleh ke tidak. Terima kasih tok wan kerana telah banyak berjasa kepada zumal. Kehilangan tok wan amat terasa hingga kini mana tidaknya setiap butir perkataan beliau merupakan nasihat. Al Fatihah.
  
Sempena hari guru ini zumal nak tujukan ucapan selamat hari guru teristimewa buat guru-guru zumal yang telah memberi tunjuk ajar kepada zumal sehingga menjadi seorang manusia. Kalau la ada cikgu-cikgu yang mengenali zumal lagi, terutama cikgu Tadika Bunga Raya, Repoh (1989-1990) Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera (1991-1996) Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan (1997-2003) Universiti Utara Malaysia (2004-2008) Terima kasih cikgu, jasa dan pengorbananmu amat dikenang.

12 comments:

  1. esok omak den sambut hari guru hehe

    ReplyDelete
  2. SelamatHari Guru untuk insan bergelar guru ... Wahh bestnyerr tok wan sendiri yg mengajar ..Ok la tu dengar kata sikit kan ?? Apapon satu jer yg Lya leh katakan TANPA SEORANG GURU SIAPALAH KITA HARI INI..Kita hari ini adalah kerana jasa seorang insan yg bergelar GURU ... Selamat hari cikgu untuk semua cikgu2 kat dunia .........

    ReplyDelete
  3. cikgu garang tanda cikgu sayang :))

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Guru kpd semua warga pendidik. Semoga sentiasa tabah dlm merealisasikan matlamat membentuk generasi yg cemerlang... aamiin.. :)

    ReplyDelete
  5. Best tuh tok wan yg ajar kan..selamat hari guru utk semua guru di msia

    ReplyDelete
  6. oh..zumal dari keluarga pendidik rupanya. al-fatihah utk tok wan zumal, semoga cita2 zumal tercapai dan slmt hari guru kpd yg bergelar guru...:)

    ReplyDelete
  7. Selamat hari guru kepada semua ^_^

    ReplyDelete
  8. garang sbb syg hehe
    selamat hari guru :)

    ReplyDelete
  9. selamat hari guru buat guru2 sekelian.
    menabung sini.. :)

    ReplyDelete
  10. Aik :0 Guru kaunseling juga guru disiplin?

    ReplyDelete
  11. Zumal pun konfius dengan cerita arwah tapi dari pengalaman jumpa pelajar2 arwah dorang cakap arwah garang. Memang beliau guru kaunseling merangkap guru disiplin sama sebelum jadi guru besar. Zaman kita guru kaunseling nie baik je tak garang pun cuma guru disiplin ja kita nampak macam singa lapar ^_^

    ReplyDelete