5 May 2014

Review : Toyota Camry 2.0G X

Assalamualaikum dan Salam Isnin buat semua. Ramai sudah tahu bahawa Toyota telah melancarkan edisi barunya dalam keluarga Camry. Untuk pengetahuan anda Camry baru ni bukan pengganti yang lama tetapi ia adalah edisi khas sebagai tambahan untuk varian Camry ini. Model yang zumal perkatakan ini adalah Toyota Camry 2.0G X atau lebih mesra dengan panggilan Toyota Camry X.
Toyota Camry X ini tampil dengan lebih gaya. Ia juga dapat memberi kesan maskulin dan tampak ranggi dari model sebelum ini yang kita tengok agak biasa sahaja. Model ini telah menghilangkan tanggapan bahawa model Camry hanya sesuai untuk golongan pak cik, mak cik sahaja tetapi model baru ini turut sesuai bagi golongan eksekutif muda atau mereka yang mementingkan kenderaan yang nampak agak sporty.

Keistimewaan model ini adalah ia dilengkapi dengan sistem navigasi beserta kamera undur, ia juga hadir dengan kerusi kemasan kulit dark brown. Ia menampakkan ciri kemewahan untuk model Camry X ini. Selain itu ia turut tampil dengan rim 17 inci berwarna dark silver yang tampak sporty dan maskulin. Camry X juga hadir dengan dark bezel headlamps. Ciri-ciri ini bakal memberi impak positif dalam persaingan Toyota untuk model Honda Accord baru. Sudah pasti ia akan sengit di pasaran negara kita.

Bagi anda yang berminat dengan model Camry X ini, silalah berkunjung ke bilik pameran Toyota berhampiran anda. Berikut merupakan harga terkini bagi model Toyota Camry X ini :

Semenanjung Malaysia : RM159,900.00
Sabah : RM161,379.60
Sarawak : RM161,429.60
Langkawi : RM105,900.00
Labuan : RM106,760.50

Berikut pula perbandingan harga Camry X dan varian Camry lainnya.
Sumber: Paultan.org
 Jika anda ingin melihat test drive yang telah dijalankan sila KLIK SINI 




12 comments:

  1. memang elegan lah...tapi macam mahal je..hihi

    ReplyDelete
  2. Nao Mei: mahal sangat. Orang Langkawi dan Labuan untung la kan cik akak :)
    Dzureen : sekadar review je dik... Hehe :)

    ReplyDelete
  3. Aww.. sebab faktor pengangkutan kan? *budak baru habis ujian Geografi*

    ReplyDelete
  4. cantik.. harga pun boleh tahan tu...

    ReplyDelete
  5. Mula2 beranagn dulu sambil duk review pasni mana tau rezeki lebih bolehler beli satu ya Zumal ..

    ReplyDelete
  6. Insha Allah... Lya doakan la zumal dapat beli satu. Zumal doakan semua dapat amik sorang satu. Hehe :))

    ReplyDelete
  7. boleh tahan jugak harga dia eh.. rasa macam nk dok langkawi sebab takda cukai. hehee

    ReplyDelete
  8. perkataan kereta pakcik makcik tu mengingatkan saya pada seseorang . dia kata kereta camry , kereta org tua ... hehehee

    ReplyDelete
  9. Mmg menarik ni... semoga tercapai apa yg dihajatkan Zumal... aamiin.. :)

    ReplyDelete
  10. elegan giler kot,, tapi vios pun ok :D

    ReplyDelete
  11. Betul tu vios 2014 pun design menarik :)

    ReplyDelete