Booking.com

15 May 2014

LIEBSTER AWARD PART 3

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia... Pada mulanya zumal jawab Liebster Award nie zumal combine serentak 4 jawapan daripada 4 orang blogger. Tapi untuk kali ini dan untuk part 2 zumal jawab asing2 pula sebab terlebih idea nak jawab.
Kali nie zumal ditag oleh Aimi Syafiqah (terjah disini)

1) Assalamualaikum 
Waalaikumussalam

2) Nama blog apa?
Blog ini namanya dunia zumal 

3) Cerita sikit nama blog tu bersempena apa?
Untuk pengetahuan Aimi dan kawan2 zumal agak pening dalam menentukan nama blog ini masa tengah buat dulu. Akhirnya zumal pilih dunia zumal sebab ada kaitan dengan nama zumal sendiri dan dunia tu merujuk kepada perihal kehidupan zumal cam diari la gitu...

4) Still study? Kalau ya, dekat mana?
Dah tak study dah. Dulu amik degree kat UUM. Tahun 2012 ada bercita-cita nak sambung Master dan dah memang dapat surat tawaran pun tapi disebabkan pensyarah feveret zumal tak jadi penyelia master tu kerana ke Manchester jadi zumal simpan je la surat tawaran tu. 

5) Kalau ada dua pilihan, selalu buat macam mana untuk menentukan?
Zumal pernah buat istikharah untuk pilih kerja, masa tu dah kerja kat area Shah Alam dan jumpa pula kerja kosong kat Klang Jaya.  Perasaan zumal rasa yang kat Klang Jaya tu lebih baik jadi zumal pun kerja la situ... Mungkin sebab buat istikharah la perasaan tu hadir....

6) Do you believe that everyone deserve a second chance?
Zumal percaya selagi kita bernafas tu kita masih ada peluang dan jangan sia2kan.

7) Kalau ya, kenapa? Kalau tak pun, kenapa? (Refer soalan 6)
Selagi Allah belum menarik nyawa kita selagi tu peluang kita masih ada. Jadi kita buatlah apa yang lebih baik. 

8) What is your dream?
My dream? Kalau aku kaya, hari-hari hari raya... Macam yang Awi Rafael dreamkan tu... Zumal teringin jadi blogger sepenuh masa dan usahawan... Tak mau la kerja dengan orang. 

9) Time betul betul down, apa yang anda fikir untuk tak berputus asa?
Zumal fikir masa depan tok dan zumal... 

10) Pernah rasa terlampau kecewa tak dengan seorang insan yang bernama sahabat? Best friend especially.
Pernah. Dua kali. Sekali sorang best friend tak bagitau dia kahwin dan tak jemput kenduri dia. Lepas tu masa nampak dia online tak tegur kita dan tak balas teguran kita...
Kedua. Dia kawan kita lepas tu cakap isteri dia nak offer kita kerja kat tempat isteri dia. Bila dah terima dah nampak tak macam kawan pun, dia bos kita kuli. Kalau isteri dia buat gitu tak apa la sebab kita kerja bawahnya tapi yang so sahabat tu buat kita cam kuli batak dia lak, bagi arahan itu ini macam kita nie terikat sangat sebab terima tawaran isteri dia tu. Sakit hati dan makan hati je la...

11) What do you think of my blog?
Pada pandangan zumal blog Aimi memang terbaik sangat taw. Cantik tersusun dan tak makan masa untuk loading... Sebab tu zumal minta Aimi editkan blog zumal dulu :))

Akhirnya terjawab juga semua... Zumal tak tag sesiapa kat sini yer. Tapi kalau zumal ditag lagi zumal akan jawab sebaik mungkin...

17 comments:

  1. wah byk juga kene tag ye zumal..

    ReplyDelete
  2. sampai 2 kali kena tag.. pojaan ramai ni.. hahaha

    ReplyDelete
  3. as salam. soalan2 tu zumal jwb dgn penuh tertib ye? suka abe kie baca. done follow here.

    ReplyDelete
  4. Untung ler kena tag .... :D

    awksweetgitu.blogspot.com mai la singgah :D

    ReplyDelete
  5. Fiza pun kalau ada peluang, nak kerja sendiri, tp takde kepandaian nk buat businees, boring la mkn gaji nie..

    ReplyDelete
  6. moga sama-sama kita jadi kaya hahaa

    ReplyDelete
  7. Salam perkenalan Zumal..
    Best baca Q&A ni..

    ReplyDelete
  8. Wahh rajinnya Zumal.. terbaik lah.. :)

    ReplyDelete
  9. Terima kasih kepada yang sudi singgah di blog zumal :))

    ReplyDelete
  10. Blogger ramai peminat la ni
    Ramai yg tag tu hehehe ..

    ReplyDelete
  11. Logo liebstar award ni macam lagi lawa je :D
    by the way, sekarang kerja kt mana eh?

    ReplyDelete
  12. [Infinite Last Romeo Giveaway by Fiqa Nsz]

    Do not miss the chance to grab the prizes offered!
    Top Referral will take home the top prize Infinite album Last Romeo (official original album),
    Lucky Draw offers nine winners to win prizes such as MP3 shuffle, Infinite Replica Jersey, Notebook, Infinite Key Holder and prepaid reload!

    This giveaway runs for one month, from May 15 until June 15, 2014.
    Come and join now before its too late!

    http://fiqansz.blogspot.com/2014/05/infinite-last-romeo-giveaway-by-fiqa-nsz.html

    ReplyDelete
  13. Lya:Ala zumal bukan artis pun... Hehe :)
    Zizie: Kalau ada yang tag lagi pun zumal suka... Hehe
    Ibnu Ramli: zumal kerja kat JKM Perlis
    Fiqa:Insha Allah nanti ramai join yer :)

    ReplyDelete
  14. Hehehe..kne tag jugak ye....boleh knl zumal srba sedikit

    ReplyDelete
  15. Buat kerja kawan memang susah.. Beginilah jadinya huhu :/

    ReplyDelete