18 May 2014

Kepentingan Paya Bakau

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua... Masa form 6 dulu sekolah zumal pernah adakan lawatan ke hutan paya bakau di Kuala Gula, Perak. Lawatan nie diadakan untuk student yang ambil Geografi untuk STPM tahun tu. Dalam tahun 2003 masa zumal upper six. Tujuan utama lawatan diadakan adalah untuk memberikan pengetahuan lebih mendalam terhadap kepentingan paya bakau kepada para student.

Zumal terpanggil untuk menceritakan tentang kepentingan paya bakau kerana tadi terdengar tentang penebangan hutan paya bakau yang berleluasa. Secara kebetulan kejadian tu berlaku di tempat yang pernah pergi tu iaitu di Kuala Gula... 

Kenapa paya bakau penting... Paya bakau ini merupakan zon penampan yang mana ia dapat melindungi daratan daripada ombak, ribut serta tsunami. Dengan itu hakisan pantai dapat dielakkan daripada berlaku. 

Selain tu paya bakau ini adalah ekosistem untuk hidupan akuatik seperti ketam, belacak dan ikan-ikan. Jika paya bakau ini musnah maka pupus la para penghuni kecil ini. Paya bakau merupakan tempat pembiakan haiwan akuatik kerana keadaannya agak terlindung.

Sedar atau tidak hutan paya bakau adalah sumber penting untuk kehidupan manusia. Ianya sesuatu yang amat penting untuk manusia kekal bernafas iaitu oksigen. Kalau tak ada oksigen konfem dah ada kat batu dua...

Selain tu hutan paya bakau nie boleh juga dimanfaatkan sebagai aset eko pelancongan. Kampung2 di sekitar hutan paya bakau ni boleh menjalankan perniagaan homestay atau chalet kerana hutannya menarik untuk dikunjungi...

Macam kat Kuala Gula tu, hutan paya bakaunya menjadi tempat persinggahan burung laut yang berhijrah. Ini pun berguna untuk menarik kedatangan pelancong ke hutan paya bakau. Dulu masa zumal pergi melawat kat Kuala Gula, kat sana ada Santuari Burung Laut. Sekarang tak tahu la masih wujud atau tak.

Kayu bakau ini menjadi tarikan manusia kerana ianya bernilai komersial yang tinggi. Pohon bakau ini sering dijadikan tiang utama untuk pembinaan rumah kerana ia amat kuat. Malah kayu bakau ini tak dimakan anai-anai. Selain tu kayu bakau ini sering dijadikan arang kayu. Harga kayu bakau ini lebih mahal daripada kayu kayan yang lain. 

Begitulah yang dapat zumal gambarkan betapa pentingnya hutan paya bakau. Semoga kita semua memelihara hutan paya bakau. Selamat malam semua.

7 comments:

  1. anda di tag dalam segmen ni http://pencontengruang.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award.html

    ReplyDelete
  2. Mmg penting kan... klu tak, sedikit demi sedikit tanah kita terhakis...

    ReplyDelete
  3. Pelihàralah untuk kepentingan generasi akan datang :))

    ReplyDelete
  4. Huhuhu kite minat subjek Geo ini juga :) Peliharalah hutan paya kita :')

    ReplyDelete