Booking.com

31 May 2014

Segment: Just RT This!

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua...

Pada hari ini zumal ingin melancarkan segmen khas untuk mereka yang ada akaun twitter. Segmen ini sangat mudah. Kalau tak ada akaun pun anda boleh buat akaun twitter anda sekarang...(jika tak ada boleh langkau syarat)

Syarat utama:
RT status di bawah... Kalau anda nak follow pun boleh...

Banner Segmen 

Syarat kedua:
Follow SINI

Syarat ketiga:
Follow SINI

Syarat keempat:
Sila buat entri bertajuk
 'Segment: Just RT This!
Copy & Paste banner segmen dan
backlink ke entri ini.
Kemudian sila send entri penyertaan di ruang komen di bawah...

Syarat terakhir :
Klik SINI
Klik SINI
Klik SINI

SEGMEN INI TAMAT PADA 31 MEI 2014
PEMENANG AKAN DIUMUMKAN PADA 5 JUN 2014 

Zumal akan pilih 5 pemenang menggunakan random.org

Hadiah Utama:
Wang Tunai RM50

Hadiah ke 2-5
Kurma Yusof Taiyoob 500g

SENARAI PESERTA DI SINI

(Updated 1 Jun 2014)

Gumbira

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat anda semua. Zumal selalu hidup berdua je dengan tok. Tapi pada petang Khamis, ayah dan ibu saudara zumal datang dari Kelantan yang zumal panggil Pak Cik dan Mak Cik. Sedikit sebanyak dapat beri keceriaan buat tok dan zumal. 

Pagi tadi temankan Pak Cik dan Mak Cik makan laksa di Kuala Perlis. Makan dekat Restoran Kak Su... Restoran nie pernah masuk dalam rancangan Jalan-jalan Cari Makan yang popular kat TV3.

Dalam pukul 4 petang lebih, kami sekali lagi ke Kuala Perlis. Tapi bukan pasal laksa tapi sebab nak hantar Pak Cik ke jeti untuk ke Langkawi. Pak Cik nak shopping dan kebetulan rakan2 sekerjanya pun ada yang bercuti di Langkawi.


Ramai betul orang nak ke Langkawi. Banyak rombongan dari luar. Ada rombongan dari Kota Belud Sabah seramai 83 orang tengah beratur bersama. Disebabkan Pak Cik pergi ke Langkawi jadi zumal la kena ganti nak drive kereta. Inilah first time zumal pegang stering Toyota Corolla Altis yang paling latest tu. Hehe. Kalau nak dikirakan kepuasan memandu, zumal bagi 4 bintang je berbanding Honda Accord versi yang jadi Perdana tu lebih sedap drive. Tapi kalau kecanggihan lebih kepada Altis serta rupa luarannya yang cantik. Macam review kereta pulak. 

Lupa pula nak cerita, hari ini zumal ambil cuti kerana nak rai tetamu. Bukan selalu dorang datang sini. Selain tu dapat juga ziarah saudara-mara lain bila mereka ajak zumal bersama. Venue Sukma tak dapat juga pergi. Hehe. Tak pe la masa pembukaan zumal dah tengok. Maybe penutup pula zumal pergi. Tak cerita pasal tok yer. Tok ada dirumah jer. Tapi kami bawa pulang laksa Kuala Perlis untuk tok. Makan juga separuh. Tak apa la tok boleh makan. Zumal tak la susah hati sangat. 

Kepada rakan-rakan blogger lain bila waktu bersesuaian zumal akan berblogwalking yer. Sekarang nie tak sempat pula. Selamat berhujung minggu semua...

Menarik di dalam :



28 May 2014

Wordless Wednesday : Sabar

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia

Tazkirah Ustaz Kazim 
Bila ada orang mengumpat kita, memfitnah kita, bersabar jangan bersedih hati...

27 May 2014

Sekitar Perasmian Pembukaan SUKMA Perlis 2014

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua.  Semalam merupakan hari yang amat bersejarah kerana pada hari ini dirasmikan Sukma Perlis 2014. Ini merupakan kali pertama Perlis menjadi tuan rumah maka tidak hairanlah jika ada permasalahan yang timbul bahkan turut menjadi isu panas dan kontroversi. Zumal menghadirkan diri dalam jam 8.00 malam di Kompleks Sukan Negeri Perlis.

Kehadiran orang ramai amat menggalakkan hingga zumal terpaksa mengecilkan diri yang tidak kecil ini. Majlis dirasmikan oleh DYMM Tuanku Raja Perlis yang turut merasmikan nama baru Stadium Utama kepada Stadium Tuanku Syed Putra. Pelbagai pertunjukan menarik dihidangkan kepada para pengunjung yang hadir antaranya pertunjukkan hiburan dan bunga api.

Bagi persembahan zumal rasa ianya berjaya juga tapi penguatkuasaan larangan merokok tu rasanya tidak berjaya dan ada beberapa orang remaja yang sengaja menghembuskan asap rokok pada pengunjung yang sedang menonton upacara pembukaan tadi. Zumal yang tengok pun rasa geram dan sudah semestinya orang yang dihalakan asap tu rasa lebih berat dari zumal. 

Walauapapun zumal harap Sukma Perlis akan berjalan lancar setelah ianya dirasmikan tadi. Nanti zumal akan updatekan dari venue pertandingan yang terpilih. Untuk malam ini zumal kongsikan gambar dan video untuk tatapan anda. ( kualiti gambar dan video mungkin korang memuaskan)






26 May 2014

Review Jadual Pertandingan Sukma Perlis 2014

Assalamualaikum dan Salam Sukma buat semua. Seperti yang anda semua tahu Perlis buat pertama kali menganjurkan Sukma pada tahun ini. Pelbagai isu dan kontroversi mewarnai persiapan Sukma Perlis ini. Walaupun begitu perkara tersebut telah dapat diatasi dan ada plan backup. Sukma Perlis berlangsung dari 24 Mei hingga 4 Jun 2014. Majlis Pembukaan Rasmi akan diadakan esok iaitu 26 Mei 2014.
Venue Sukma Perlis

Zumal sebenarnya belum sempat terjah venue-venue Sukma kerana kekangan masa dan cuaca. Hari ni zumal akan cuba ke venue yang ada acara menarik. Pada entri kali ini zumal nak kongsikan jadual pertandingan untuk Sukma Perlis kali ini untuk rujukan semua. Sebarang maklumat mengenai Sukma Perlis boleh la dirujuk di sini. Ok sekian dahulu buat masa ini. Wassalam.

Menarik disini :
1. About relationship
2. It's Not Ok
3.Video Hari Gawai dan Pesta Keamatan 
4. Starlight Cinema is Back !

Terima Kasih Nuffnang

Assalamualaikum dan Salam Isnin buat anda semua. Anda bercuti ke kerja? Zumal kerja. Hari nie kat unit zumal hanya ada beberapa orang jer. Kebanyakan staff cuti kerana esok cuti Israk Mikraj di Perlis jadi dorang sambung la dengan cuti esok. Zumal pula target tak nak ambil cuti, el ataupun mc pada bulan nie. Maklum la gaji zumal dikira mengikut bilangan hari bekerja. Bila tak cuti banyak la fulus nanti. Boleh buat modal tambahan untuk bisnes kurma zumal.

Walaubagaimanapun zumal rasa bersyukur sebab Nuffnang pun prihatin kat zumal kerana berikan zumal extra income dalam dua hari ini. Bila zumal adakan entri tentang Sukma Perlis tu makin meningkat pengunjung ke blog zumal dan makin banyak income yang zumal dapat daripada iklan CPC Nuffnang. Walaupun CPC jer tapi bila ada yang berkenan dorang akan klik juga. Alhamdulillah tercapai la hasrat para pengiklan tu. Sekarang zumal perhatikan ada iklan Lactacyd, Nestum, Downy, Darlie, Vanish, Libresse dan lain2.
Terima kasih tidak terhingga kepada rakan2 blogger serta pengunjung yang sudi berkunjung dan klik pada iklan2 yang dipamerkan. Terima kasih juga kepada Nuffnang yang memberi peluang untuk zumal jana income. Syukur, Alhamdulillah...


25 May 2014

Giveaway RM300 By Blog Pancing Elih

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia...


Jom kita support Elih
Syaratnya cukup mudah
Dan hadiahnya pula lumayan
Apa tunggu lagi...

Tarikh tutup 4 Jun 2014 


24 May 2014

Skim Bazaar Ramadhan 2014

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua. Bermula jam 3.30 petang tadi bertempat di Dewan Kemas Alor Tampang, Beseri Perlis zumal hadir ke Majlis Penerangan Sempena Kempen Penambahan Ahli anjuran Persatuan Penjaja, Perniaga Dan Pengusaha Kecil Melayu Negeri Perlis.

Dalam majlis tadi telah diterangkan tentang kepentingan para peniaga menyertai persatuaan yang antaranya memudahkan penganjuran majlis berkaitan perniagaan serta memudahkan penyaluran bantuan kepada peniaga yang menjadi ahli. Selain itu ia melayakkan peniaga mendapat perlindungan insuran kepada ahli.

Di samping itu pada majlis ini diterangkan mengenai Pinjaman Skim Bazaar Ramadhan sempena kedatangan bulan Ramadhan pada akhir bulan hadapan. Skim Bazaar Ramadhan ini menawarkan pinjaman antara RM1000 sehingga RM3000 bagi mereka yang ingin berniaga di bulan puasa nanti. Skim ini diutamakan kepada perniagaan makanan dan minuman di bazaar2 Ramadhan di seluruh negara dengan kerjasama Bank Rakyat dan persatuan penjaja di seluruh Malaysia.

Bagi yang berminat boleh la terus ke persatuan di negeri masing2 selewat-lewatnya 31 Mei 2014 ini. Bayarannya pula perlu dibuat setelah Ramadhan berakhir dalam tempoh dua bulan. Bagi yang berminat tu mulakan langkah anda segera. Selamat berniaga :)

Penerangan oleh pengerusi persatuan 

Semasa pendaftaran 
P/s Bagi anda yang memerlukan pinjaman perniagaan selain skim ini anda boleh sertai Skim PPUK untuk maklumat boleh hubungi atau whatsapp zumal di 0125747869. Hanya yang serius jer.

23 May 2014

Segmen : Cari Followers Mei !

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia

Mari beramai-ramai kita support Suriana dan sebagai ganjarannya anda akan disenarai dalam bloglistnya...

Apa tunggu lagi klik banner untuk join.
Tarikh tutup : 31 Mei 2014

21 May 2014

1st Mini Giveaway By Atikah Aziz

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia...


Dengan lafaz Bismillah
Zumal sertai GA ini

Dan

Anda

Semua

Dijemput

Turut

Memeriahkan GA ini...

Zumal tag Khir, Pha Is, ZizieLyaHafiza, Ninaa
Anna

LIEBSTER AWARD PART 7

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua...
Kali ini kali ke 10 zumal kena tag dalam Liebster Award...
Kali ini fiemi yang tag zumal. Zumal minta maaf kerana mengambil masa yang lama untuk publish Liebster Award nie. Sekarang plan data dah betul2 habis kouta jadi zumal gunakan WiFi ofis jer. Hari nie kebetulan kerja yang menimbun zumal telah diselesaikan jadi boleh la zumal meluangkan masa untuk menjawab dan menaip segmen ini... (Alasan macam la kerja banyak sangat kan)

Jom ikuti Q&A fiemi

1) Bila start masuk dalam dunia blogging
Zumal masuk dalam dunia blogging sejak tahun 2011 tapi blog asal tu zumal dah tak guna. Blog duniazumal nie bermula sejak tahun 2012.

2) Percaya tak dengan magic
Magic nie bila tengok macam boleh percaya jer mungkin kesilapan mata tengok kot.

3) State your best past time memories
Kalau dalam family, masa bersama arwah tok wan memang saat sangat indah pada zumal.
Dalam berblogging nie saat indah adalah masa zumal dapat sertai Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014...

4) Jikalau mesin masa doraemon itu wujud, apa yang nak diubah dalam masa lepas
Kalau la ada zumal nak pergi masa arwah tok wan masih hidup mungkin akan beri lebih perhatian pada kesihatan tok wan zumal. Zumal sayang sangat pada tok wan kerana tok wan yang besarkan zumal...

5) Looking back for the past 3 years, how much do you think you changed
Dulu hidup zumal agak terawang-awang sekarang zumal bersyukur sangat sebab ada kerja walaupun bukan kerja tetap :)

6) Who do you see in yourself for the next 10 years
Kalau boleh zumal nak jadi full time blogger ataupun setidaknya sebagai usahawan berjaya...

7) And apa yang akan dibuat untuk pasti kan perkara itu berlaku
Zumal akan maintain jaga blog ini dan akan sertai apa2 event untuk blogger bagi mengenali otai2 blogger... Kalau dalam bisnes, zumal memang sentiasa buat bisnes part time sekarang nie...

8) Siapa idola dalam hidup
Idola zumal adalah Tun Dr Mahathir kerana beliau seorang yang bersemangat dan berkarisma...

9) Nyatakan prinsip hidup korang
Prinsip zumal maintainkan usaha confirm berjaya

10) Apakah perubahan dalam hidup korang setelah korang start blogging
Setiap hari zumal teringat kat blog... Kadang2 rasa susah hati kalau tak tengok blog atau baca komen u all. Yang penting zumal akan sentiasa pastikan dapat berblogwalking ke blog rakan2 yang telah berkunjung ke blog zumal sebagai menghargai mereka kerana sudi support zumal dalam dunia blogging ini :))

11) Apa pendapat korang pasal blog saya
Ok ini jawapan zumal. Blog fiemi cantik dan kemas. Memang zumal tak dapat lawan fiemi la... Bagi anda yang sedang baca tu jom terjah blog fiemi :))


Untuk fiemi sekian sahaja jawapan dari zumal... Jangan risau zumal tak tag yer :))

20 May 2014

Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1

http://www.bubblynotes.com/2014/05/segmen-bloglist-bubblynotescom-48-jam-1.html
Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1 bermula dari 20/5/2014 SEHINGGA 22/5/2014, jam 9.45 a.m... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tidak, retis atau tidak dijemput untuk memeriahkan segmen ini... Tujuan? Pertama, haruslah nak pilih 10 orang blogger yang bertuah untuk masuk bloglist Bubblynotes.Com dan nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow untuk semua blogger2 yang menyertai segmen ini. Pemenang segmen akan dipilih oleh pakcik Random.Org...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com 
2. Buat entri bertajuk: Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian pastekan coding seperti tutorial di bawah ini...

 
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen di bawah. 

Simple dan mudah kannn??? Segmen copy+paste paling awesome kot bagi iolss... 

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org) 
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/5/2014.

19 May 2014

Pesaing iPad Mini

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua. Hari ni ada kekangan sikit untuk zumal online. Al maklum la plan data guna terlalu banyak jadi semput la sikit nak online.

Hari ini zumal nak review satu gadget yang sangat ohsem kiranya boleh bersaing sengit dengan iPad mini keluaran Apple. Tablet keluaran pertama Xiaomi iaitu Mi Pad. Tablet ini berukuran 7.9 inchi.




Mari kita lihat spesifikasi gadget ini
  1. 7.9inch display (2048 x 1536 pixels & 326 ppi)
  2. 2GB RAM
  3. Tegra K1 mobile processor 
  4. 192-core super chip with NVIDIA® Kepler ™ architecture
  5. 16GB/64GB (expendable up to 128GB via microSD slot)
  6. 8MP back camera & 5MP front camera
  7. 6700 mAh battery
Macam mana? Hebat tak spesifikasinya? Untuk info lanjut termasuk harganya anda boleh berkunjung ke SINI... Sekian wassalam...



18 May 2014

Jom Ke Kilang Mamee Bersama Nuffnang

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua... Baru2 nie ramai rakan blogger yang post pasal jemputan untuk melawat Kilang Mamee di Melaka pada 31 Mei 2014 ini... Rupanya zumal pun terima email camtu. Thanks Nuffnang kerana menjemput zumal bersama tapi apa kan daya zumal tak dapat turut serta... Maklum la masa tu tengah Sukma kat Perlis jadi zumal ada kerja sikit. Hehe :)

Insha Allah pada masa akan datang zumal akan turut serta event nuffnang. Secara tak langsung boleh zumal kenal2 dengan staff dorang. Zumal sebenarnya pernah minta kerja kat nuffnang. Haha. Sebab apa, sebab zumal memang minat dengan event2 yang ohsem macam yang nuffnang anjur tu. Lagi satu kalau kerja dengan nuffnang confirm tak serabut sebab kita dah minat dengan kerja macam tu... Kalau tengok pada awal zumal berblog banyak event yang zumal kongsikan. Mungkin korang tak perasan sebab masa tu korang tak follow zumal lagi. Haha :)

Jom check keywords kat nuffnang pada hari ini... Ada yang cari pantun hari guru yer. Mesti adik2 yang cari nie kan... Nak buat kad ucapan untuk hari guru kot. Selain tu ada yang minat nak jadi model iklan softlan... Bagus tu adik2 sure glamour kalau dapat grab peluang jadi model iklan softlan tu. Dapat duit banyak tu, selain tu pasti u all glamour tahap retis kot. Model iklan... Lepas muka kuar tv jadi model iklan sure lepas tu dapat offer macam2 lagi untuk jadi model iklan lain pulak. Boleh jadi peluang kerjaya tu. 1 dunia kenal ok. 

Ada juga yang mencari pasal Sukma yer... Masa Sukma start nanti banyak la zumal kongsikan bab Sukma yer. Sebab dah ada kawan yang booking zumal untuk teman tengok Sukma tu. Zumal harap Sukma Perlis akan berjalan lancar.

Apa pun u all cari kat blog ini. Zumal harap u all puas hati dengan apa yang zumal hidangkan untuk tatapan u all. Terima kasih. Wassalam.

LIEBSTER AWARD PART 6


Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia... Jumpa lagi kita dalam Liebster Award. Hari ni rasanya 3 kali zumal post entri Liebster Award... Kali ini adalah kali ke 9 zumal ditag. Kali ini zumal ditag oleh Fiqa NSZ. Untuk tidak membuang masa jom kita ke Q&A di bawah...

1) Lagu apa yang paling korang minat?

2) Kenapa korang minat lagu tu?
Zumal minat lagu tu sebab lirik dia sangat bermakna dan ada feel kat situ...

3) Cerita/ movie/ drama apa yang paling korang suka?
Owh... Selalu zumal tengok semua nampak sama ja... Mungkin drama bersiri Rindu Bertamu Di Abu Dhabi boleh zumal masukan...

4) Kenapa korang suka sangat cerita tu?
Suka sebab ada pengajaran. First, jangan dengar cakap sebelah pihak ja... Second, jangan membezakan kasih sayang kat anak mungkin yang pak cik mak cik tak sayang tu yang akan jaga masa pak cik mak cik dah tak larat nanti. Ingat tu...

5)  Dah kahwin belum? Kalau belum, apa umur yang korang rancang nak berkahwin?
Belum. Tapi anak 6 anak dah (kucing) Bila nak kahwin tu tak tahu la sebab still lonely nie :))

6) Pendapat korang mengenai blog korang?
Blog zumal biasa2 jer...

7) Pendapat korang mengenai blog Fiqa?
Blog Fiqa cantik ler... Jeles zumal tengok... Haha... Zumal suka sebab blog Fiqa tak berat nak loading... 

8) Status pekerjaan korang sekarang?
Zumal kerja sambilan kat JKM Perlis. 
Zumal juga supply kurma, kalau nak berniaga bulan puasa nie cepat2 la order 0125747869
Iklan tu :)

9) Apa impian korang?
Nak hidup bebas hutang...

10) Pernah terserempak dengan hantu tak? Kalau pernah, ceciter sikit. Hehe
Untuk jawapan ni meh rujuk SINI 

11) Pengalaman pahit dan manis yang tak dapat dilupakan sepanjang korang berbloging ?
Manis tu sebab dapat join Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014
Pahit tu masa first time buat GA sorang pun tak join... Haha :)

Ok Fiqa... Zumal dah jawab... Zumal tak tag yer tapi kalau ada yang nak tag tu zumal sedia menerima seadanya. Haha :))
Jom melawat blog Fiqa ada giveaway yang sangat ohsem menanti anda 

Infinite Last Romeo Giveaway by Fiqa Nsz

Infinite Last Romeo Giveaway by Fiqa Nsz
KLIK BANNER untuk menyertai giveaway ini!

Special Thanks to:
Para sponsor giveaway ini iaitu Mr. Cupid, Anis Nadzirah, NARA Kpop Online Shop, Karimah Zulkafali, Aliatul Aiman dan Keyranazleen. Giveaway ini dianjurkan oleh Fiqa Nsz

Jangan lepaskan peluang untuk merebut hadiah menarik yang ditawarkan!
Top Refferal bakal membawa pulang hadiah album Infinite Last Romeo [official original album],
Cabutan bertuah pula mencari seramai sembilan pemenang untuk merebut hadiah seperti MP3 shuffle, Infinite Replica Jersey, Notebook, Infinite Key Holder dan topup!

Giveaway ini berlansung selama sebulan iaitu dari 15 May sehingga 15 Jun 2014.
Jom sertai sekarang sebelum terlambat!

Segmen Blogging + Menang Hadiah!


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
USB Flash Drive/Pendrive 8GB
Jewellery Fashion 1 set
Novel
T-Shirt
Fridge magnet
Keychain

Segmen Blogging + Menang Hadiah! anjuran dan tajaan Yumida

TAMAT: 29 MEI 2014 – Jam 11.59 malam

Jom Belajar Buat Ice Cream Dessert

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia




Nampak sedap tak?
U all teringin tak nak belajar buat ice cream dessert camtu?
Zumal nak kongsi peluang untuk u all belajar buat ice cream dessert bersama Masterchef Dr. Fazley Yaacob 

Untuk Penyertaan 

LIEBSTER AWARD PART 5

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia... Kepada para pengunjung jangan marah yer kerana asyik post entri Liebster Award jer. Nak buat camner kalau dah glam gitu. Haha *ayat perasan dan poyo* Terkedu sebenarnya sebab baru jer post dah dapat tag lagi. Thanks Kemey kerana sudi tag zumal. Nie dah kali ke 8 zumal ditag tau. Ala jawab soalan nie best tau... Jom terus Q&A kat bawah...

1) Masih bekerja atau pelajar 
Zumal dah bekerja... Tapi teringin nak belajar lagi :)

2) Suka hidup single atau couple (ada bf/gf) ?
Mesti la teringin ada couple. Haha. Iklan nie ^_^ 
Sekarang dah tak ada gf cuma ada Garfield jerk...

3) Apa nama akaun facebook dan instagram
Facebook : Ahmad Zu Mal Jr
Instagram : zumal84
Add la zumal yer. Iklan lagi ^_^

4) Sifat seseorang yang tak disukai yang pernah anda hadapi?
Besar diri dan perasan bagus sangat... Haha :))

5) Pernah jumpa hantu?
Kena tanya hantu, kenal tak zumal?  Kalau dia kenal maknanya pernah la kitorang jumpa...
Tahun 2002 masa baru pindah rumah... Suatu pagi ketika baring dalam bilik Zumal perasan ada lembaga hitam (bukan lembaga tabung haji k) masuk ke bilik dan rasa macam tak boleh bergerak ( kena tindih) masa tu zumal sesak nafas dan tak dapat bergerak dan berkata apa2... Tapi zumal usaha juga sebut Allahuakbar. Tetiba dengar pintu dihempas kuat dan zumal berjaya melepaskan diri. Tu la pengalaman ngeri zumal.

6) Pernah kena tipu oleh penipuan yang tak dapat dilupakan ?
Pernah oleh rakan kongsi bisnes lesap RM16K... Memang tak akan lupa...

7) Takut tak dengan ulat sampah or maggots?
Takut tu tidak cuma geli la dengan species macam tu :)

8) Anda suka tinggal di bandar atau kampung?
Teringin nak hidup kat bandar... Suka tempat yang happening :))

9) Anda pernah diminati oleh peminat misteri ?
Entah la... Takde kot...

10) Apa pendapat anda tentang peristiwa MH370 yang senyap begitu saje?
Zumal rasa zumal tak nak buat apa2 spekulasi tentangnya... Zumal harap ianya dapat diselesaikan secepat mungkin :))

11) Suka tak jawab soalan saya? 
Zumal suka jer Kemey dengan. cara tu dapat mengeratkan antara satu sama lain... Betul tak?

Macam selalu zumal tak tag sapa2 yer... Segan la lagi pun kawan2 semua dah ditag ^_^

Jom singgah ke blog Kemey... 

LIEBSTER AWARD PART 4


Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat para pengunjung duniazumal yer. Apa aktiviti anda di hari ahad nie? Terima kasih kepada Anna yang sudi tag zumal kat Liebster Award buat kali ke 7... Bangga kejap. Walaupun dah 7 kali tapi entri pertama Liebster Award zumal dah kumpul 4 tag dalam satu entri... Jadi sebab tu la ini baru part 4... Tak faham pun buat2 faham tau... Ok baca Q&A zumal...

1) Berapa lama anda berblog?
Untuk blog pertama kiranya tahun 2011 la tapi blog tu dah terkubur akibat serangan malware... Blog duniazumal nie bermula hujung tahun 2012 dan mula aktif tahun 2013...

2) Tempat yang anda ingin sangat pergi? Kenapa?
Mekah, sebab tempat utama yang menjadi idaman setiap orang Islam... Zumal nak berdoa kat depan Kaabah...
Kalau tempat lain  idaman zumal ialah Jepun, sebab zumal bangga dengan pencapaian negara mereka dari segi teknologi dan kemodenan...

3) GOLD or SILVER
GOLD kot boleh melabur...

4) Tiga perkataan ringkas mengenai diri anda?
I)Ketawa
II) Senyum
III) Pemalu

5) Minat dengan runningman? Member yang mana satu anda minat?
Tak minat. Zumal pernah tengok tapi tak ada feel pun. Haha. Boleh gitu?

6) Antara Malam dan Siang, yang mana satu? Kenapa?
Malam. Sebab malam boleh rehat dan tak berapa panas...

7)Jika diberi peluang anda menjadi jutawan, apakah yang sekali anda lakukan?
Bayar PTPTN dan loan PUNB sampai habis. Pastu nak settle pasal blacklist... Kemudian yang lebih nak pergi Mekah dengan Tok...

8) Antara kenangan yang paling happening dalam hidup anda?
Dapat join Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 

9) Senaraikan 5 benda yang anda benci?
I) Orang yang duk ulang ajak masuk bisnes dia
II) Penipu
III) Orang yang suka cari pasal
IV) Hipokrik
V) Politik 

10) Senaraikan 5 benda yang anda suka?
I) Milo Ais
II) Teh Ais
III) Ais Krim
IV) Sihat
V) Duit - wah macam mata duitan lak...

11) Komen ikhlas tentang blog ANNA?
Zumal suka dengan puisi2 Anna tu... Menarik dan kadang2 buat terkesan dihati... Moga Anna terus berblog dan terus sukses...

Zumal tak tag sesiapa k... Tak berani tag u all... Haha :))

Jangan lupa singgah ke blog ANNA...

Kepentingan Paya Bakau

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua... Masa form 6 dulu sekolah zumal pernah adakan lawatan ke hutan paya bakau di Kuala Gula, Perak. Lawatan nie diadakan untuk student yang ambil Geografi untuk STPM tahun tu. Dalam tahun 2003 masa zumal upper six. Tujuan utama lawatan diadakan adalah untuk memberikan pengetahuan lebih mendalam terhadap kepentingan paya bakau kepada para student.

Zumal terpanggil untuk menceritakan tentang kepentingan paya bakau kerana tadi terdengar tentang penebangan hutan paya bakau yang berleluasa. Secara kebetulan kejadian tu berlaku di tempat yang pernah pergi tu iaitu di Kuala Gula... 

Kenapa paya bakau penting... Paya bakau ini merupakan zon penampan yang mana ia dapat melindungi daratan daripada ombak, ribut serta tsunami. Dengan itu hakisan pantai dapat dielakkan daripada berlaku. 

Selain tu paya bakau ini adalah ekosistem untuk hidupan akuatik seperti ketam, belacak dan ikan-ikan. Jika paya bakau ini musnah maka pupus la para penghuni kecil ini. Paya bakau merupakan tempat pembiakan haiwan akuatik kerana keadaannya agak terlindung.

Sedar atau tidak hutan paya bakau adalah sumber penting untuk kehidupan manusia. Ianya sesuatu yang amat penting untuk manusia kekal bernafas iaitu oksigen. Kalau tak ada oksigen konfem dah ada kat batu dua...

Selain tu hutan paya bakau nie boleh juga dimanfaatkan sebagai aset eko pelancongan. Kampung2 di sekitar hutan paya bakau ni boleh menjalankan perniagaan homestay atau chalet kerana hutannya menarik untuk dikunjungi...

Macam kat Kuala Gula tu, hutan paya bakaunya menjadi tempat persinggahan burung laut yang berhijrah. Ini pun berguna untuk menarik kedatangan pelancong ke hutan paya bakau. Dulu masa zumal pergi melawat kat Kuala Gula, kat sana ada Santuari Burung Laut. Sekarang tak tahu la masih wujud atau tak.

Kayu bakau ini menjadi tarikan manusia kerana ianya bernilai komersial yang tinggi. Pohon bakau ini sering dijadikan tiang utama untuk pembinaan rumah kerana ia amat kuat. Malah kayu bakau ini tak dimakan anai-anai. Selain tu kayu bakau ini sering dijadikan arang kayu. Harga kayu bakau ini lebih mahal daripada kayu kayan yang lain. 

Begitulah yang dapat zumal gambarkan betapa pentingnya hutan paya bakau. Semoga kita semua memelihara hutan paya bakau. Selamat malam semua.

17 May 2014

SS #2 Aktiviti Sihat

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua. Hari ni zumal nak kongsikan episod Santai Sabtu zumal pada minggu ini. Dengan cuaca panas membahang macam nie ramai yang memilih aktiviti indoor je tapi zumal pilih aktiviti outdoor. Apalah aktiviti outdoor tu yer. Ala cuma membersihkan laman. *hampeh betul zumal nie kan* 

Nampak macam sikit je kan? Biasalah dah last baru amik gambar. Haha *klentong la tu* Walaupun sikit dan laman rumah pun tak besar mana tapi agak penat juga. Bermandi peluh zumal buat kerja tu. Rumput rampai tu segar bugar sangat sampai ada yang tinggi orang. Bukannya lama sangat tak jaga. Bulan lepas pun dah dibersihkan. Nanti sebelum puasa kena bersihkan lagi sebab bulan puasa nanti mesti penatnya extra. Baik buat awal2 kan.

Dah hujung2 kutip rumput2 tu ada juga yang datang nak menolong walaupun hanya tolong tengok. U all nak tau siapa yang datang tolong tengok tu? Meh tengok gambar nie...


Teringin betul Teh nak menolong zumal. Itu pun nasib zumal tak lepaskan 5 ekor anaknya sama. Kalau tidak sampai sekarang kerja tu belum siap. Pasti dorang akan tolong menyibuk sama. Lega kerja2 yang sepatutnya dah siap. Esok nak membasuh baju pulak. Harap2 cuaca baik dan tekanan air tak menekan perasaan zumal besok. 

Dah selesai semua kerja zumal pun berehat sampai layan Kuch Kuch Hota Hai kat tv3. Hai terimbau kenangan lama pulak. Hehe. Ini je titipan pada segmen Santai Sabtu zumal. Terima kasih kepada semua yang sudi singgah membaca bebelan zumal ini. Selamat berhujung minggu yer. Wassalam ^_^

CPUV Nuffnang #2


Assalamualaikum dan Selamat Berhujung Minggu buat anda semua. Dalam tak sedar rupanya Nuffnang ada bagi CPUV pada 7 Mei 2014 yang lalu. Walaupun dah credited tapi zumal tetap bersyukur... Tak banyak pun yang masuk tapi boleh la sikit2 pun. Semakin semangat nak terus berblog. Terima kasih untuk Nuffnang dan terima kasih untuk korang yang sudi support zumal.
Sayang korang :))

Alexa Rank #2

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia... Awal pagi dengan penuh bersemangat zumal check ranking blog duniazumal nie kat Alexa...

Alhamdulillah ranking zumal kini dalam 2510 kat Malaysia. Bestnyer. Harap-harap boleh capai tangga 2000 pulak lepas nie. *perasan*

Apa pun terima kasih kat u all semua yang sudi support blog duniazumal ini. Sayang korang... 
Selamat berhujung minggu :))

16 May 2014

Selamat Hari Guru 2014

Dalam Kenangan: Cikgu Haji Mohd Alim Ismail
Assalamualaikum dan Selamat Hari Guru kepada semua para pendidik di seluruh Malaysia. Pada tahun 2014 ini hari guru disambut dengan tema Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi.

Dalam hidup kita, ibu bapa adalah guru pertama kita. Macam tu juga zumal. Zumal dibesarkan oleh seorang guru yang amat berdisiplin. Guru yang zumal maksudkan adalah Cikgu Haji Mohd Alim Bin Ismail (1930-2010). Beliau pernah berkhidmat di beberapa buah sekolah di negeri Perlis di mana beberapa buah sekolah zaman beliau sudah tidak lagi wujud seperti Sekolah Siam, Sekolah Rendah Lelaki Kangar, Sekolah Rendah Perempuan Kangar yang kini menjadi sejarah. Cikgu yang zumal maksudkan itu juga adalah tok wan zumal. Arwah amat garang. Memang anak cucu dan anak-anak jiran takut dengan arwah. Sebelum bersara sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Jejawi beliau pernah menjadi guru kaunseling dan guru disiplin.

Semasa zumal kecil arwah tok wan akan ajar zumal ABC dan sebutan dan ejaan dalam Bahasa Melayu, silap debut memang kena rotan la jawabnya. Arwah buat kan dinding ruang tamu rumah kami masa tu macam kat bilik darjah tau. Ada carta ABC dan macam-macam lagi. Zumal masa kecil terutama masa tadika ke darjah satu memang menghadapi masalah sikit dalam pembelajaran. Kira-kira darjah dua baru zumal boleh membaca dengan baik. Semua atas inisiatif tok wan mengajar di rumah. Kira-kira arwah tok wan seperti Cikgu Osman Baku yang ditayangkan di TV2 setiap Selasa pada jam 9.30 malam. 

Dalam keluarga, lima orang daripada tujuh orang anak tok wan adalah guru. Suatu masa dulu zumal pun bercita-cita untuk menjadi seorang guru. Sampai sekarang zumal masih idamkan cita-cita itu. Tapi laluan zumal belajar dulu memang terpesong jauh untuk ke arah cita-cita itu. Mungkin suatu masa nanti zumal nak juga mengajar kat depan walaupun bukan sebagai guru. Entah la boleh ke tidak. Terima kasih tok wan kerana telah banyak berjasa kepada zumal. Kehilangan tok wan amat terasa hingga kini mana tidaknya setiap butir perkataan beliau merupakan nasihat. Al Fatihah.
  
Sempena hari guru ini zumal nak tujukan ucapan selamat hari guru teristimewa buat guru-guru zumal yang telah memberi tunjuk ajar kepada zumal sehingga menjadi seorang manusia. Kalau la ada cikgu-cikgu yang mengenali zumal lagi, terutama cikgu Tadika Bunga Raya, Repoh (1989-1990) Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera (1991-1996) Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan (1997-2003) Universiti Utara Malaysia (2004-2008) Terima kasih cikgu, jasa dan pengorbananmu amat dikenang.

15 May 2014

LIEBSTER AWARD PART 3

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia... Pada mulanya zumal jawab Liebster Award nie zumal combine serentak 4 jawapan daripada 4 orang blogger. Tapi untuk kali ini dan untuk part 2 zumal jawab asing2 pula sebab terlebih idea nak jawab.
Kali nie zumal ditag oleh Aimi Syafiqah (terjah disini)

1) Assalamualaikum 
Waalaikumussalam

2) Nama blog apa?
Blog ini namanya dunia zumal 

3) Cerita sikit nama blog tu bersempena apa?
Untuk pengetahuan Aimi dan kawan2 zumal agak pening dalam menentukan nama blog ini masa tengah buat dulu. Akhirnya zumal pilih dunia zumal sebab ada kaitan dengan nama zumal sendiri dan dunia tu merujuk kepada perihal kehidupan zumal cam diari la gitu...

4) Still study? Kalau ya, dekat mana?
Dah tak study dah. Dulu amik degree kat UUM. Tahun 2012 ada bercita-cita nak sambung Master dan dah memang dapat surat tawaran pun tapi disebabkan pensyarah feveret zumal tak jadi penyelia master tu kerana ke Manchester jadi zumal simpan je la surat tawaran tu. 

5) Kalau ada dua pilihan, selalu buat macam mana untuk menentukan?
Zumal pernah buat istikharah untuk pilih kerja, masa tu dah kerja kat area Shah Alam dan jumpa pula kerja kosong kat Klang Jaya.  Perasaan zumal rasa yang kat Klang Jaya tu lebih baik jadi zumal pun kerja la situ... Mungkin sebab buat istikharah la perasaan tu hadir....

6) Do you believe that everyone deserve a second chance?
Zumal percaya selagi kita bernafas tu kita masih ada peluang dan jangan sia2kan.

7) Kalau ya, kenapa? Kalau tak pun, kenapa? (Refer soalan 6)
Selagi Allah belum menarik nyawa kita selagi tu peluang kita masih ada. Jadi kita buatlah apa yang lebih baik. 

8) What is your dream?
My dream? Kalau aku kaya, hari-hari hari raya... Macam yang Awi Rafael dreamkan tu... Zumal teringin jadi blogger sepenuh masa dan usahawan... Tak mau la kerja dengan orang. 

9) Time betul betul down, apa yang anda fikir untuk tak berputus asa?
Zumal fikir masa depan tok dan zumal... 

10) Pernah rasa terlampau kecewa tak dengan seorang insan yang bernama sahabat? Best friend especially.
Pernah. Dua kali. Sekali sorang best friend tak bagitau dia kahwin dan tak jemput kenduri dia. Lepas tu masa nampak dia online tak tegur kita dan tak balas teguran kita...
Kedua. Dia kawan kita lepas tu cakap isteri dia nak offer kita kerja kat tempat isteri dia. Bila dah terima dah nampak tak macam kawan pun, dia bos kita kuli. Kalau isteri dia buat gitu tak apa la sebab kita kerja bawahnya tapi yang so sahabat tu buat kita cam kuli batak dia lak, bagi arahan itu ini macam kita nie terikat sangat sebab terima tawaran isteri dia tu. Sakit hati dan makan hati je la...

11) What do you think of my blog?
Pada pandangan zumal blog Aimi memang terbaik sangat taw. Cantik tersusun dan tak makan masa untuk loading... Sebab tu zumal minta Aimi editkan blog zumal dulu :))

Akhirnya terjawab juga semua... Zumal tak tag sesiapa kat sini yer. Tapi kalau zumal ditag lagi zumal akan jawab sebaik mungkin...

14 May 2014

LIEBSTER AWARD PART 2


Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia... 
Kali nie adalah kali ke 5 Zumal ditag dalam Liebster Award 
Oleh Madihah 
Dah jadi cam fenomena lak Liebster Award nie...
Thanks Madihah kerana tag zumal... Malam nie semangat pula nak jawab... Hehe :))

Jom baca jawapan ikhlas daripada hati nurani zumal...

1) Sejak bila anda kenal dunia blog ni?
Zumal mula kenal blog dalam tahun 2011 masa tu zumal buka cyber cafe kat umah, jiran zumal ajarkan pasal blog. Blog dia review pasal pc dan hanya fokus untuk jana income. Memang hebat la dia dapat ribu riban setiap bulan dengan Google AdSense... Zumal jadi teruja tahap gaban masa tu. Tapi akhirnya berputus ada sebab blog zumal tak lulus Google AdSense. Blog tu pun berkubur camtu jer lepas zumal tutup cc dan berhijrah ke Lembah Klang. Hujung tahun 2012 zumal kembali jadi blogger sebab masa tu tak ada kerja lagi... Dan hingga kini blog tu wujud iaitu blog yang anda sedang baca nie :))

2) Perancangan masa hadapan?
Dalam dunia blog ini zumal rancang untuk jadi blogger sepenuh masa macam Ben Ashaari dan jadi blogger macam Denaihati yang selalu anjur event2 gempak. Zumal memang teringin nak anjur event sendiri dan ajak kawan2 join sama...

3) Pandai masak tak?
Boleh la sikit2. Zumal suka masak yang simple2 jer macam nasi goreng dan spageti. Lagi satu zumal suka try resepi2 baru yang bahannya simple...

4) Guna phone apa ye? Madi nak buat rujukan ni
Zumal guna Lenovo A850. Ini jer yang mampu dengan income zumal. Ok la juga siap boleh berblog guna phone lagi... Kebanyakan entri zumal dipos dengan phone jer :))

5) Siapa idola anda?
Firstly Rasulullah
 Malaysia : Tun Dr. Mahathir 
Blogger: Ben Ashaari

6) Nama manja anda?
Mal (tok wan dengan tok panggil)

7) Berikan nama penuh anda. ^_^
Ahmad Zu Mal Bin Md Rayi
(Ilham dari arwah tok wan dan mantan mufti Perlis)

8) Orang mana ye? Kut2 kampung kita ni dekat, boleh datang masa raya nanti...
Zumal berasal dari Kampung Repoh, Kangar Perlis.
Sekarang menetap di Taman Norma, Kangar Perlis...
Datang la raya nanti boleh rasa rendang zumal :))