Booking.com

2 Apr 2014

Sata Ikan



Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua pengunjung blog zumal. Harap2 ade la :) Pada kebiasaannya setiap Selasa malam zumal akan pergi membeli-belah kat Pasar Tani Malam di taman perumahan zumal. Kebiasaannya Pasar Tani kat Taman Sena Indah diadakan sebelah pagi iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Sejak sebulan yang lalu pasar tani ini turut dibuat pada sebelah malam pula. Lebih kurang macam pasar malam juga.

Selalu zumal akan beli kacang rebus jer. Tapi semalam selera lebih sikit. Zumal tetap beli kacang rebus dan juga mee rebus serta sata ikan.

Kalau korang nak tahu, sata ikan ni adalah favorite zumal la. Asal mula minat makan sata ikan ni sejak pergi ke Kuala Terengganu suatu masa dulu atas urusan bisnes. Kawan zumal ajak singgah di rumah saudaranya, dan masa tu zumal dikenalkan dengan sata ikan nie. Zumal berselera sangat makan.

Balik kat Perlis zumal mencari juga sata ikan. Tapi masa tu belum ada orang jual kat Perlis. Sejak beberapa tahan kebelakangan ni jer ada orang jual sata ikan kat Perlis. Pernah dulu zumal terbeli pulut panggang sebab rupanya seakan-akan sata ikan tu. Patah selera.

Terima kasih kerana sudi membaca bebelan zumal. Sudikanlah KLIK SINI...

11 comments:

  1. Sata Ikan Mmg Sedap .,.
    Kalau kat KEMAMAN Trg mmg femes la sata nie..
    Jom mai teganu makan sata ikan ..

    ReplyDelete
  2. Dah KLIK LIPTON APP tu jugak hehhehe

    ReplyDelete
  3. kalau sata ni susah nak jumpa kat KL t_t Kalau ada pun tak sesedap kedah or kuantan buat

    ReplyDelete
  4. sata ikan sedap!

    kenal time sekolah kat mersing . Tapi tgok gak..ade tempat y xberapa sedap..=)

    ReplyDelete
  5. suka makan sata ikan time bulan puasa. lebih sedap kalu sata tu banyak isi ikan

    ReplyDelete
  6. Saya pun suka juga Zumal.. cuma di kl mmg susah nak dpt.. :)

    ReplyDelete
  7. datang jemput

    http://sayasyiera.blogspot.com/2014/04/syiera-firdauss-april-giveaway.html

    hadiah
    -bawal rose
    -produk herbalife
    -BAP cap
    -topup

    dan banyak lagi!!

    ReplyDelete
  8. Hehe thanks semua sebab sudi singgah :)

    ReplyDelete
  9. saya penah makan masa d terengganu n pahang..sedappp..balik PJ tengok kat pasar malam ada jual..terus beli..tapi rasanya tak sedap macam kat terengganu n pahang tu..

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. Alahai tersilap tekan pulak bro BM. Hari nie basau sangat. Huhu :(

    ReplyDelete