Booking.com
Booking.com

28 Apr 2014

My Monday

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia... Selamat hari Isnin to all. Pagi nie lebih semangat nak pergi kerja kerana telah memotivasikan diri untuk dapatkan not yang banyak. Selain tu hari ni zumal kena bawak tok ke hospital untuk blood test and echo test. Disebabkan siap semua awal, zumal ke ofis lebih kurang pukul 7.30 pagi. Biasanya pukul 8 lebih baru pergi ofis. Hari ni kalut sikit sebab kena balik pulak untuk ambil tok ke hospital. Pergi ofis awal sebab nak minta kebenaran keluar ofis jer.

Alhamdulillah hari ni Mak Lang free dah boleh tolong hantar ke hospital. Orang tak ramai kat hospital. Tapi 1 jam setengah juga menunggu untuk blood test tu. Dari bilik ujian darah tu tok dah nampak lain. Tetiba jadi penat. Jauh juga bagi tok untuk menapak ke Klinik Kardiologi pula. Nak check jantung pula. Masa duk tunggu giliran tu tok dah nak pitam. Sampai nurse bagi glucose untuk tok. Zumal pun pergi beli roti untuk tok makan sikit. Macam biasa sangat sikit tok makan. Hanya secubit roti je yang mampu tok makan. Lepas tu zumal pun pergi minta wheel chair untuk bawak tok sebab dia dah tak mampu berjalan.

Pukul 11 pagi dah pun balik kat rumah. Tok dah tak larat sangat. Cakap pun tak dengar dah. Tok makan juga sikit kuih kasui yang Mak Lang belikan tadi. Penat sangat. Sampai pitam. Jadi hari ni zumal terpaksa la cuti kecemasan pula sebab takut nak tinggal tok sorang kat rumah. Jadi hari nie zumal duk rumah jer la. Terpaksalah cuti. Walaupun tahu nanti gaji yang dapat mesti jadi kurang sangat. Apakan daya. Apapun zumal hanya harapkan tok sihat. Rakan2 tolong doakan tok zumal sihat yer. Sekian coretan zumal buat kali ini. Wassalam.

Jika anda prihatin, klik la mana2 link di bawah. Terima kasih :)


8 comments:

  1. Assalamualaikum zumal. semoga tok awak sihat2 ye. siannya dengar tok awak sampai nak pitam.. rindu pula dekat arwah tok kita. btw pasal CPUV tu, awak kena kencangkan trafik baru CPUV selalu singgah. maksudnya buat entri gempak, biar ramai tertarik nak baca. masa tu la CPUV datang bergolek. sheila dapat sekali sekali je, itu pun depends pada unique visitor dalam satu hari yang datang baca blog. hehehhe ~~~

    ReplyDelete
  2. doakan tuk zumal sihat selalu.. bagus berjasa dengan orang tua.. besar pahalanya...

    ReplyDelete
  3. Sheila: Waalaikumussalam. Terima kasih doakan tok zumal dan tips cpuv tu :)
    Fiza: Terima kasih doakan tok zumal

    ReplyDelete
  4. moga tok zumal sentiasa sihat. masih gagah lg dia tu. alhamdulillah..

    ReplyDelete
  5. smoga tok zumal sihat dalam mentaati Allah.. :)
    dah tolong klik link kat bawah tu.. :)

    ReplyDelete
  6. Harapnya tok awk sihat ye.. tolong klik iklan :)

    ReplyDelete