6 Apr 2014

Manja Sangat

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua. Dua hari nie tak la sunyi sangat kat rumah sebab ada tetamu. Nak cerita sikit pasal sorang nie, bukan tetamu zumal yer tapi orang yang pernah zumal ceritakan dulu yang sentiasa rasa diri dia bos tu. Jumaat lepas, kira2 dekat masa rehat la. Korang pun tahu, orang lelaki masa rehat tu untuk pergi solat Jumaat la kan. Dalam pukul 11.00 pagi dia call dari SP cakap masuk rehat pukul berapa dan zumal cakap la pukul 2.45 petang. Dia cakap tak pe, dia nak pergi jeti Kuala Perlis pukul 1.00 tengah hari minta zumal hantarkan. Lepas tu dia cakap lagi apa pun dia akan tunggu depan rumah zumal. Ayat tu macam arahan jew. Disebabkan 'kawan' zumal pun kalut ler sikit nak order makanan untuk tok dan masa tu keluar ofis terlewat sebab banyak keje. Siap mee goreng yang zumal order tu, zumal terus balik kot 'kawan' tu dah sampai depan rumah. Dah pukul 1.00 tengah hari dia baru sampai, dah ler zumal nie belum sempat siap untuk pergi solat Jumaat. Kami terus la ke jeti. Tak sampai 15 minit tiba la depan jeti dan dia bertolak ke Langkawi. Zumal pun terkejar balik nak pergi solat. Singgah dalam perjalanan je la. Zumal solat kat Masjid Seriab.

'Kawan' tu habis kursus dia hari nie, Ahad. Jadi zumal terpaksa la ambil dia kat jeti sebab kereta dia kat rumah zumal. Dulu pun pernah ambil dia kat jeti, masa tu dia dah sampai cuma zumal terlewat. Dia call tak berhenti tau. Angin la kita drive nie. Hari nie zumal pergi awal dan dah nampak pun feri dah sampai. Kali ni zumal balas la balik. Call dia tak berhenti tanya kat mana. Boleh buat lembab. Dia lembab tak pa. Masa zumal lewat buat muka angin. Zumal pun ada hal juga. Tetamu kat rumah tengah tunggu. Nak balik Penang. Geram betul tunggu dia. Kadang2 tu zumal rasa dia anggap zumal nie cikai sangat kot. Siap nak berupah. Kita kawan. Yang tak sedapnya bila duk terima upah tu kita nie jadi cam betul2 amah dia la, suruh itu ini macam dia tak boleh buat sendiri. Geram nie!!!

Zumal nie kalau pergi mana2 tak pernah suruh orang ambil atau hantar. Malas nak suruh. Kalau orang ajak tu ok la. Nak tahu, kalau dia naik bas dan sampai kat Perlis nie mesti call zumal suruh ambil kat stesen bas. Jimat betul duit. Zumal balik dari KL tak pernah call suruh dia ambil. Teksi banyak kot. Bas henti2 pun ada. Masa zumal tahu dia keja KL dulu pun, zumal sampai sana tak pernah suruh dia jemput tau. Kita takut tersusahkan orang. Kadang2 dia tu demand nak suruh pergi ambil kereta kat rumah dia pastu pergi jemput dia. Maklum la zumal ada motor jew. Rumah dia dah la 10km dari rumah zumal. 2 kali kerja pulak. Pergi ambil kereta patah balik jalan yang sama nak ambil dia. Zumal tak faham otak dia.
Tension

4 comments:

  1. Kalau nak tolong,kenalah ikhlas...kalau macam tak ikhlas jer, baik zumal tak payah tolong, lagi elok kan...dari terus rasa sakit hati, tambah pula saham sebelah kiri tu nanti... :)

    ReplyDelete
  2. Kisah nie bukan pasal ikhlas ke tak tapi jenis dia nie tak pernah fikir hal orang lain. Kadang2 sampai depan rumah zumal ' Wei hang hantar aku pi stesen bas' Tak pernah dia nak amik tahu orang sanggup ke dak. Asyik penting diri jer :)

    ReplyDelete
  3. susah tol ada jenis mcm ni... apa kata lain kali, zumal cakap jela zumal busy kalau zumal betul2 busy. biarlah dia nak terasa, tapi dia kena ingat yang kita pun ada hidup sendiri. zizie pun ada kawan mcm ni. dahlah zizie xde transport. tu pun nasib baik cik abg ada jd driver xbertauliah. kwn zizie tu mnx ambilkan dia kat stesen bas dan masa tu, zizie bkn keluar dgn cik abg je. so, zizie ckp la xkeluar. terus dipaksa2nya. zizie ckp jela dia busy. tak baik kacau. masam muka jugak la kawan tu, tapi dia kena fhm xsemua orang free untuk dia.

    ReplyDelete
  4. A'ah Zizie dia nak kita sentiasa free utk dia kadang2 kerana tak nak bermasam muka terpaksa abaikan urusan lain...

    ReplyDelete