Booking.com
Booking.com

26 Apr 2014

KLIA 2 Mula Dibuka 2 Mei


Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua pembaca blog duniazumal. Pasti semua dah tahu tentang pelbagai spekulasi tentang KLIA2 bukan? Ada yang kata dah retak, tak selamat dan sebagainya. Walau apa pun tanggapan anda, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) telah mengesahkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) selamat dan mematuhi piawaian ditetapkan oleh badan antarabangsa itu dan ia bakal dibuka mengikut jadual iaitu 2 Mei 2014. 



Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin berkata, selain daripada beberapa siasatan bebas yang dibuat tentang aspek keselamatan KLIA2, kerajaan turut meminta ICAO sendiri menjalankan siasatan.

ICAO telah mengesahkan KLIA2 selamat. Laporan itu dibentangkan kepada Jemaah Menteri oleh Datuk Seri Hishammuddin. 

Kelmarin telah berlangsung majlis penyerahan menara kawalan trafik udara daripada Malaysia Airports Holding Bhd kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di KLIA2.

Menara setinggi 141.9 meter dari aras laut itu dibina dalam tempoh 10 bulan dan menelan kos RM55 juta. Menara kawalan ini merupakan menara kawalan tertinggi di dunia. 

Datuk Seri Hishammuddin turut mengesahkan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) bagi KLIA2 telah dikeluarkan dan ujian Kesediaan Perpindahan Operasi Lapangan Terbang (ORAT) yang dimulakan sebelum ini masih lagi berjalan sehingga akhir bulan ini. 

Pada majlis kelmarin turut menyaksikan Datuk Seri Hishammuddin memberi kebenaran mendarat kepada dua pesawat yang mendarat serentak di landasan nombor 2 dan 3 di KLIA2, iaitu kali pertama pendaratan seperti itu dilakukan. Sumber: Sinar Harian 

3 comments:

  1. Semoga ia dpt memudahkan lagi segala urusan penerbangan di negara kita...

    ReplyDelete