Booking.com

3 Apr 2014

Kisah Semalam

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua. Semalam zumal berada sepagi bawa tok ke hospital. Ramai sangat orang terpaksa berdiri tepi kaunter klinik ortopedik... Kalau nak duduk rasa kesian pulak pada yang lebih memerlukan. Kiranya dari 8.30 pagi sampai 12.00 tengah hari zumal bertandang kat hospital tu. Alhamdulillah tulang tok dah ok. Setahun lagi baru datang check semula. Yang tak tahannya sakit kaki nie tak terkira.
Selapas makan tengah hari zumal terus terlena diulit mimpi hingga jam 3.00 petang. Lepas mandi dan solat zumal bersiap untuk pergi bayar segala bil dan beli sampul pos laju untuk pos hadiah2 segmen dan ga blog zumal. Itulah aktiviti sampai ke petang. Senja hari hujan. Jadi nikmati petang yang nyaman tu. Hehe.
Dalam 11.00 malam (lebih kurang la) tetiba anak2 kesayangan zumal nie bergaduh. Fuh bising gila bebudak nie gaduh. Habis musnah sistem keselamatan rumah dorang. Itu satu hal. Satu lagi terpaksa memisahkan mereka buat seketika. Tak la seketika sangat. Pukul 2 pagi pun belum reda. Si Kajol sampai tak boleh didekati oleh sedara mara dia. Satu hal lagi, malam tu juga sistem keselamatan dibaik pulih. Zumal rasa letih sangat. Sakit urat.
Semalam Kajol tidur dalam rumah dengan zumal. Kesian dia ketakutan. Pukul 3.00 pagi baru zumal tertidur kerana keletihan. Disebabkan kisah semalam hari nie zumal kena cuti tanpa rela sebab sakit kepala dan demam selain sakit urat. Tua dah...

8 comments:

  1. kajul mana kucing dik..hihi...
    kesian...gaduh manja je tu dik

    ReplyDelete
  2. kenapa ngan kajol ni??? ala kajol comey.. hehe..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum dan salam singgah sini Zumal...comelnyer Kajol Zumal...

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam, Kajol nie kucing kedua yang nama sama, yang pertama dah tak ada. Nama diberikan oleh tok zumal :)

    ReplyDelete
  5. comel betul meaw ni,muka manje la..=)

    ReplyDelete
  6. Gaduh2 maje jer tu. Saja jer nak kacau zumal...kan dapat lagi sehari bersama. :)

    ReplyDelete