17 Apr 2014

Kaki Kejang


Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia untuk semua pembaca duniazumal. Hari ini zumal tidak bekerja kerana mengalami kekejangan otot betis. Sebenarnya memang perkara seperti ini selalu zumal alami biasanya sewaktu malam ketika tidur. Kekadang apabila zumal melakukan kerja yang luar daripada kebiasaan atau keterlaluan zumal akan mengalami simptom ini dan sakit dada. Suatu masa lalu ketika zumal bekerja disebuah syarikat pemborong selalu juga zumal alami. 

Menurut Dr. Zubaidi Hj Ahmad (seorang doktor berblog) kekejangan otot kerap dihadapi oleh ibu hamil dan atlet. Bagi mereka yang mempunyai pengalaman menghadapi masalah ini pasti mereka mahu mengelak ianya berlaku. Kekejangan otot kaki disebabkan oleh regangan yang keterlaluan atau terseliuh. Apabila kita mengalami kecederaan akibat terseliuh atau regangan itu, otot kita akan cuba membaikidiri dengan mengecut. Kecutan yang tidak terkawal akan menyebabkan kekejangan.

Bila otot kita mengalami dehidrasi, otot kita akan mudah kekejangan akibat kepekatan mineral dalam badan yang tinggi. Sementara bila kita minum terlalu banyak air, kepekatan mineral dalam badan pula mencair dan menyebabkan hyponatremia. Keseimbangan mineral dalam tubuh amat penting terutama bagi sorang atlet (zumal bukanlah atlet tapi contohnya lebih kurang sama dengan apa yang zumal alami  mungkin disebabkan penggunaan tenaga dan otot berlebihan)

Pengumpulan lactic acid yang terlalu banyak dalam otot juga menyebabkan kekejangan. Apabila sesorang itu melakukan riadah / akiviti yang berpanjangan tanpa rehat, pembakaran glucose tanpa oksigen menyebabkan tenaga dihasilkan bersama lactic acid. Otot akan berasa terbakar atau penat, seterusnya menyebabkan kekejangan otot.

Cara terbaik untuk melegakan kekejangan otot betis ialah dengan merenggangkan otot yang terlibat. Ini dapat dilakukan dengan meluruskan kaki dan bengkokkan kaki ke arah badan. Mulanya ia akan berasa sakit, namun ia akan memberi kelegaan kemudian.

Selepas itu boleh mengurut perlahan-lahan menggunakan tapak tangan dan menyapukan otot betis itu dengan minyak panas. Cuba berjalan-jalan dengan memijak hujung tapak kaki.

Jika kesakitan tidak berkurangan, dan bahagian betis itu bertambah bengkak dan sakit bila disentuh, segeralah berjumpa doktor kerana ia mungkin bukan kekejangan otot biasa. Kemungkinan terjadi darah beku di dalam otot dan memerlukan rawatan yang agresif segera.

Antara cara untuk mengurangkan kekejangan ialah dengan minum air secukupnya, terutama apabila badan kita mengalami dehidrasi akibat menjalankan riadah/aktiviti. Bagi aktiviti / riadah kurang daripada 1 jam, meminum air sudah cukup untuk mengelakan kekejangan.

Minumlah beberapa teguk air. Bagi riadah/aktiviti yang lebih lama, minum minuman air yang mengandungi mineral dan glucose. Ini kerana aktiviti/riadah yang lama memerlukan bukan sahaja air tetapi juga mineral dan glucose.

Cara lain ialah pastikan anda bersenam secara konsisten. Dengan cara ini badan akan membina daya tahan terhadap kekejangan. Apabila otot dipaksa untuk melakukan suatu latihan/riadah/aktiviti yang keterlaluan dan belum biasa dilakukan ia akan menyebabkan kekejangan.

Ambil lebih banyak potassium untuk mengurangkan kemungkinan mendapat kekejangan. Antaranya dengan memakan pisang. Namun jika anda mempunyai masalah keseimbangan potassium dalam badan, haruslah bertanyakan dengan doktor.

Bagi zumal pula, hal demikian berlaku kemungkinan kerana keperluan kerja zumal yang memerlukan badan yang lasak atau stamina yang lebih. Mesti hairan, cakap kerja dengan JKM tapi kenapa perlu lasak, bidang tugas zumal banyak melibatkan angkat-mengangkat barang kerana zumal ini membantu tugas pegawai stor di ofis. Lagi satu zumal turut membantu kerja mengedarkan surat (ala surat je pun). JKM Perlis ni ada 3 bangunan berasingan dan ada yang 1 tingkat, 2 tingkat dan 3 tingkat. Ofis zumal tak ade lif tau. Kekadang bukan surat jer tapi alat tulis pun kena angkat. Sebab alat tulis tu disimpan dalam stor yang zumal jaga. Kalau pen takpe la tapi kertas A4 yang sekotak ada 10 bundle tu, beratnya u all try la sendiri. Sanggup tak. Zumal sanggup je sebab dah tugas. Apa pun inilah sumber rezeki zumal. Zumal bersyukur sangat. Terima kasih kerana sudi membaca. Kredit untuk drzubaidi.com

8 comments:

  1. menangis rasa kalau kena kejang kaki ni

    ReplyDelete
  2. zizie selalu kejang kaki masa tengah tidur especially rasa sejuk ssgt.. orang kata salah satu punca sebab darah rendah... yelah. zizie pun dah bertahun tak aktifkan diri.. huhu..

    ReplyDelete
  3. Biasa jugak kena ..Time kena tu kankalau org buat gelak raser nak terajang jer kan ?? nhuhuhuhu sakit sesgt sampai kdg2 kuar airmata huhu

    ReplyDelete
  4. jarang kene kejang kaki tp selalu kene kebas2 atau ade org panggil semut2 kat jari jemari

    ReplyDelete
  5. pernah rs kejang ms tdo. panik time tu. rs nak nangis je

    ReplyDelete
  6. Dulu saya pun selalu kena kejang otot.. lepas tu saya ambil keputusan utk berurut.. 1st time urut tu mmg sakit betul. Lepas 3 kali urut kurang skit sakit & alhamdulillah.. lama dah saya tak kena kejang...
    Skrng, sekali sekala mmg saya urut badan utk elakkan kejang2 berlaku...

    ReplyDelete
  7. sakit kalau kaki kejang nie.. dulu2 selalu jugak rasa kaki kejang.. sekarang alhamdullillah dah ok..

    ReplyDelete