Booking.com

26 Apr 2014

Harapan Rakyat Terhadap BRIM 2015

http://bantuanrakyat1malaysia.com/

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia buat semua. Seperti yang kita ketahui, tahun 2015 nanti GST akan mula dipraktikkan di Malaysia terhadap barangan tertentu. Bagi rakyat yang tergolong dalam golongan berpendatan rendah pastinya akan mula risau tentang kehadiran GST nanti. Perkara ini tidaklah berat sebelah kerana kerajaan juga prihatin dengan nasib rakyat dengan memberi pelbagai bentuk bantuan dan kemudahan kepada golongan rakyat berpendapatan rendah misalnya dengan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BR1M. 

Pada tahun 2013 seramai 6.8 juta rakyat Malaysia telah menerima manfaat BR1M dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.9 billion dan pada tahun  ini kerajaan memperuntukkan kira-kira RM4.6 billion untuk 7.9 juta penerima. Seperti yang kita ketahui dalam Bajet 2014 yang Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah mengumumkan BR1M ini akan dinaikkan sehingga RM1200 untuk isi rumah berpendapatan bawah RM3000 dan RM600 untuk individu bujang berpendapatan bawah RM2000 dalam tempoh 5 tahun ini. 

Bagi penerima BR1M dah tentu mereka mengharapkan suatu yang lebih baik pada BR1M 2015 nanti. Zumal amat menyokong kaedah pemberian BR1M 3.0 yang dikreditkan terus ke akaun bank penerima kerana para penerima BR1M bukan semua yang sihat kerana ada diantara mereka adalah OKU dan warga emas yang ada dikalangan mereka sangat uzur. Pada masa pemberian BR1M tahun lepas zumal rasa sayu sangat bila melihat ramai yang terpaksa beratur panjang untuk mendaftar. Bagi yang ada wakil tak apa la juga tapi bagaimana pula yang tiada wakil, kan... Semoga pada tahun hadapan dikekalkan cara pemberian seperti ini.

Sebagai rakyat Malaysia, zumal rasa terpanggil untuk memberikan sedikit cadangan untuk pihak kerajaan bagi membantu rakyat. Pertama yang zumal rasa perlu adalah kad khas untuk para penerima BR1M ini jika pihak kerajaan ingin meneruskan skim bantuan ini pada masa akan datang. Fungsi kad ini adalah sebagai pengenalan khas di mana para pemegang kad ini boleh mendapatkan kadar potongan khas atau harga istimewa untuk membeli barangan keperluan dan petrol sebagai contoh. Dengan adanya kaedah ini pihak kerajaan boleh terus membantu golongan ini dari semasa ke semasa. Selain itu, kaedah ini dapat mengurangkan beban golongan tersebut apabila GST dilancar pada April 2015.

Disamping itu, zumal juga ingin mencadangkan BR1M 4.0 nanti diberikan dua kali setahun atau 6 bulan sekali. Cadangan zumal bukan untuk menambah peruntukkan BR1M ini tapi mungkin jumlah yang sama tahun ini tetapi dibahagikan kepada dua bahagian. Misalnya RM325 pada awal tahun dan bakinya diberikan 6 bulan kemudian. Dengan itu golongan penerima ini tidaklah terbazir atau terbabas penggunaan wang bantuan mereka.

Sebagai tambah baik, zumal cadangkan juga sebahagian jumlah bantuan BR1M 2015 (jika jumlah bantuan dinaikkan) boleh dicarum dalam KWSP penerima atau wujudkan akaun KWSP untuk penerimanya dengan caruman RM10 setiap bulan. Ini dapat membantu penerima BR1M untuk menyimpan bagi kegunaan hari tua mereka.

Terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana prihatin terhadap rakyat. Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan sememangnya benar. Bagi penerima BR1M, gunakan bantuan yang diberi itu pada jalan yang betul. Apa pun zumal harapkan Malaysia akan terus maju jaya seiring peredaran zaman dan pemikiran rakyat juga ke arah minda kelas pertama. Wasallam...


1 comment:

  1. Semoga Malaysia terus makmur & sejahtera... aamiin.

    ReplyDelete