Booking.com

20 Apr 2014

Aktiviti Bebudak

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua yang setia hadir ke blog duniazumal ini. Seperti yang dijanjikan kepada dorang (kucing sebenarnya) hari nie zumal nak lepaskan dorang bermain. Sebab cheeto kata 'bermain hak kami' (dalam bahasa dia la) 
Cheeto
Bila dah lepas tu macam lipas kudung dorang berlari keluar dari rumah agam dorang tu. Yang paling semangat nak keluar tu kajol la. Tak kenal lagi? Tapi bukan retis Bollywood la. Cuma my cute little kitten jer.
Kajol
Mesti korang hairan kenapa zumal kurung bebudak nie. Sebabnya ialah kerana dorang nie teramat la nakal. Jaga anak orang lagi mudah tau. Haha. Tak percaya? Cer tengok apa 3 ekor yang paling kecik nie lakukan.
Kabu : pendiam tapi...
Tengok la kipas yang tak rosak tu pun kabu nak servis. Bukan kabu je, cheeto dan kajol pun sama.

Tengok betapa rajinnya bebudak tu. Bukan naik kipas je, habis bersepah rumah. Hehe. Lepas tu zumal la kena kemas balik. Dorang punya happy dilepaskan, berlari ke sana ke mari macam buat merentas desa jer. Pening pala nie tengok. Apa pun zumal dengan tok memang happy bermain dengan bebudak tu. Bagi 3 ekor lagi yang besar tu, lain pula halnya.

Abam Long dorang Beah 
Bagi yang besar seperti Beah, Pok dan Teh(mak dorang) masuk acara lain pula. Tengok gambar tu beah tengah jalankan risikan. Almaklum la teringin bekerja dengan CIA tapi CIA reject sebab... Tau sebab apa? Sebab dia kucing la. Dia bukan duk menjejaki MH370 tapi duk mencari mana tok dia... Hehe.
Yeay Jumpa Tok 
Itu la muka paling hensem pada beah tu.
Yang ni cik kak dorang namanya Pok
Mak dorang pulak jari pemerhati jer setelah penat menjalankan misi.
Teh ibu kepada si 5 ekor tu
Dah berlari sakan, dia hanya mampu jadi pemerhati selepas beberapa round berkejaran. Bukan Teh je yang penat, tuan dia lagi penat. Maklum la zumal kena tengok gerak geri mereka kot melakukan perkara yang tidak diingini. Faham2 jer la. Tak faham tak pe la. Lagi satu takut juga dorang hilang macam MH370 tu. Yang comel2 tu mesti orang berkenan. Takut dikidnap. Orang kata pengalaman mengajar kita. Dulu pernah ada yang kena kidnap dah. 

Walaupun agak penat hari ni, tapi zumal rasa happy jer bila tengok telatah bebudak nakal tu. Tok pun tak rasa sunyi sangat. Nampaknya sok dah Isnin, jadi kenalah bersiap untuk kerja pula. Zumal ni asyik citer pasal kucing je kan. Nak tengok pasal benda lain, KLIK SINI














8 comments:

  1. jelos la tgk org bela kucing.. saya nak bela jugak.. tp banyak sgt kekangan..

    ReplyDelete
  2. nakal nye hahahahhah!
    budak2 main hari minggu.. sonok je depa,si mak comel wo patut anak2 comel.

    ReplyDelete
  3. arghh napa comel sgt ni, hihihi geram ja.
    abg zumal jaga elok2 nnti kena kidnap kangg susah hati nnti:p

    ReplyDelete
  4. Comehnye kucing2 tu.. Nama pun comeh sgt... Klu byk2 mcm... Gi brcuti, mcmne ea? Sape nk kasi makan?

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.. amboiii habis bersepah rumah dibuatnya. sabar jelah. nasib baik comel. hihi singgah menabung nissan sini~~~

    ReplyDelete
  6. Mak aiii rajhin bebenooo kucing tu duk servis kipas rosak hehehhe

    ReplyDelete
  7. Hafiza: Bela kucing nie kalau biar dia bebas lebih mudah sebenarnya. Tapi kalau nak bela kurung cam zumal memadai sekor jer :)
    Umie: A'ah mak dia comel dan manja tau
    Ninaa: Abg zumal jaga dan servis terbaik tau :)
    Hidayah: Dulu masa kucing zumal ada sekor ja zumal bawak jer pergi jalan2 atau hantar dorang kat tempat penginapan yg special tapi kalau banyak ekor kaya la tauke tempat tu sebab dia caj RM8 sekor sehari. Bayangkanlah kita cuti bukan sehari.
    Sheila: W'salam. Memang nakal sangat. Thanks :)
    Akif: Memang rajin tu yang tuan depa sayang :)

    ReplyDelete
  8. Comelnya kucing2 tu.. geram pulak tngok kucing bnyak.. :D

    ReplyDelete