22 Apr 2014

Adakah Ianya Terbaik

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat kalian semua. Terbaik. Satu tanggapan yang berbeza daripada pelbagai sudut pandangan. Itulah yang dapat zumal kongsikan. Disebabkan tak dapat tidur, zumal menyorot kembali entri2 zumal yang lalu. Tak sangka entri pasal kematian di konsert fmfa tu mendapat lebih 7500 view. Pada zumal ia hanya perkongsian berita. Pada ketika itu hanya berita tentang MH370 yang hangat dan zumal rasa perkara yang zumal kongsikan tu pun penting juga tapi kurang liputan awal media. Mungkin sebab zumal post awal agaknya. Itulah yang zumal katakan penerimaannya berbeza daripada pandangan orang. Pada zumal ianya biasa2 saja tapi pada pembaca ianya mungkin penting, menarik atau sebagainya. Ini bermakna isu semasa lebih popular daripada bebelan zumal. Thanks untuk semua yang sudi memberi sokongan.

2 comments:

  1. betul tu...lain orang lain pendapat dan apa yang nak dibacanya...harap zumal teruskan usaha berblogging...^_^

    ReplyDelete
  2. Jangan sesekali memandang remeh pada setiap entri yg diterbitkan. Pasti ada yang berguna pada pembaca kerana penilaian dan keperluan mereka berbeza2.
    Apa yang penting kita berikan yang terbaik pada setiap entri...
    Semoga terus bersemangat dan berjaya!

    ReplyDelete