Booking.com
Booking.com

13 Mar 2014

Satelit China Mengesan MH370

Satelit China temui 'kawasan disyaki' MH370 berada 

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia, misteri MH370 digemparkan dengan penemuan oleh satelit China semalam. Sebentar tadi zumal ikuti sidang media di TV3 dan terus searching untuk dapatkan info yang lebih lanjut. Berikut adalah info yang zumal dapat daripada Sinar Harian.

Satelit China yang mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada Sabtu menemui “kawasan disyaki pesawat terhempas”, lapor CNN memetik agensi kerajaan China. Ia dilihat sebagai satu lagi petunjuk baharu dalam misi mencari dan menyelamat yang memasuki hari keenam, hari ini. Jabatan Sains, Teknologi dan Industri untuk Kementerian Pertahanan China mengumumkan penemuan itu termasuk imej yang dikatakan "tiga objek disyaki terapung dan saiz mereka." Objek ditemui statelit tidak kecil: 13 x 18 meter (43 x 59 kaki), 14 x 19 meter (46 x 62 kaki) dan 24 x 22 meter (79 kaki x 72 kaki). Sebagai rujukan, lebar sayap Boeing 777-200 yang hilang adalah kira-kira 61 meter (200 kaki) dan panjang keseluruhannya adalah kira-kira 64 meter (210 kaki). Imej-imej diambil pada 9 Mac, sehari selepas pesawat hilang, tetapi tidak didedahkan sehingga awal pagi ini. Agensi China memberikan koordinat longitud timur 105,63, 6.7 latitud utara, yang akan meletakkannya di perairan timur laut di mana ia berlepas dari Kuala Lumpur, Malaysia, dan selatan Vietnam, berhampiran Laut China Selatan bertemu Teluk Thailand. Sumber


Walau apa pun, kita mengharapkan keajaiban berlaku dan semuanya masih selamat. Jom kita terus berdoa agar selamat segalanya. Insha Allah. #PrayForMH370

4 comments:

  1. Aamiin.. mudah2an dipermudahkan lagi segala usaha pencarian ini Ya Allah... aamiin..

    ReplyDelete
  2. amiin... smoga mereka semua selamat..

    ReplyDelete