Booking.com
Booking.com

22 Mar 2014

Perlis Negeriku

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua... Semalam kawan rapat zumal Faizul bertanyakan tentang ladang anggur Perlis, zumal sendiri pun tak tahu. Akhirnya pak cik Google tunjukan lokasi Ladang Anggur Perlis itu.

Ladang Anggur Perlis


Tepat pukul 11.00 pagi Faizul pun sampai kat rumah nak jemput zumal ke Ladang Anggur Perlis yang terletak di Sungai Batu Pahat kira-kira 10 minit je dari rumah zumal. Sesampai je disana, baru zumal tahu lokasi tu terletak betul-betul dihadapan kuari batu PENS Holding yang suatu masa dulu pernah buat rombongan untuk kelas Geografi sekolah ke situ.

Bila masuk ke kawasan Ladang Anggur Perlis tu, sayang sekali kami datang salah waktu kerana masa tu anggur dah dipetik jadi tak ada la anggurnya. Jadi kami pun tak jadi meneruskan penerokaan di kawasan Ladang Anggur Perlis itu. Bulan depan baru ada anggurnya. Tapi kalau anda nak melawat Ladang Anggur Perlis ini, anda dikenakan tiket RM3.00 untuk dewasa. Untuk kanak-kanak zumal tak sure la.

Rimba Herba Perlis


Dari Ladang Anggur Perlis tu, kami pun bertolak ke Rimba Herba Perlis. Tak jauh pun dari taman anggur tu. Fuh betapa panasnya cuaca hari nie. Mengikut kata akak yang jaga kaunter tu cuaca panas menyebabkan pokok-pokok herba yang ada menjadi kering. Malah air di kolam takungan kat situ pun kering. Apa boleh buat tak kena time la katakan. Tapi dah sampai pun, jadi kami pun terus meneroka rimba kecil itu. Bila melangkah masuk je terasa juga dinginnya. Moga terubat kekecewaan Faizul tu. Kami pun meneroka rimba tersebut, pelbagai jenis tumbuhan herba yang dapat kami lihat selain banyak juga rama-rama yang amat cute berterbangan di situ. Tamat la pengembaraan kami. Untuk tatapan anda semua, zumal kongsikan beberapa gambar yang tak berapa cantik ni yer.

Selfie di ladang anggur



Gambar kenangan di Rimba Herba Perlis

Pelan lokasi Rimba Herba Perlis

Sempat berwefie di Rimba Herba Perlis


Antara herba terdapat di sini








2 comments:

  1. Menarik... lama juga saya tak ke Perlis Zumal.. in shaa Allah, nnti sampai juga lagi... :)

    ReplyDelete