Booking.com
Booking.com

4 Mar 2014

Pekena Nasi Beriani


Assalamualaikum dan Selamat Tengah Hari untuk semua. Tengah hari ini apa menu anda? Hari ni walaupun tak sihat tapi zumal gagahkan juga untuk pergi beli nasi beriani disebabkan tok zumal teringin nak makan nasi beriani. Zumal sangat suka makan nasi beriani kat Repoh Beriani House. Kenapa? Sebab ianya amat berbaloi untuk wang anda. Dengan rasanya yang enak dan kuantiti lauknya yang banyak memang tak rugi la nak beli. Lagi satu kerana nama restoran ni ada sentimental valuenya pada zumal. Repoh tu kampung asal zumal jadi dapatla imbau kenangan lalu tau. Zumal beli bungkus je. Makan kat rumah dengan tok. Kepada rakan2 yang nak datang Perlis, harus cuba makan kat sini. Ada nasi beriani daging, ayam dan kambing. Menu lain pun ada. Jom menjamu selera. 



No comments:

Post a Comment