Booking.com

29 Mar 2014

Hujung Minggu Yang Panas

Sampai Ternganga Mulut
Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua. Selamat berhujung minggu yer. Hari ni cuaca kat Perlis amat panas. Bagi diri zumal tak pe juga. Paling kesian kat 6 ekor kucing zumal yang cute miut tu.
Mak kucing pun tak tahan 
Tengok saja pada gambar dorang sampai terbuka mulut kepanasan. Kesian sangat. Kalau zumal letak ais dalam air dorang mesti dorang akan cari aisnya daripada air tu sendiri. Dorang jilat2 ais tiub tu sampai cair. Kadang2 zumal spray air kat kucing2 zumal tu tapi dorang takut maybe ingat zumal marah dorang. 

Tak bermaya 
Sekarang semua dah terbongkang tidur. Hari pun dah mendung, harap hujan turun. Kalau la zumal tak de di rumah masa macam ni tak tahu la apa yang jadi pada dorang tu. Hari nie dorang kurang makan, cuma banyak minum air jer. Harapan zumal moga dorang sihat. Suka sangat tengok dorang aktif berlari dan memanjat sana sini. 

Hujung minggu zumal macam ni la. Bersama kucing2 kesayangan. Maybe kucing2 tu pun menantikan saat2 gini. Hehe. Apa aktiviti u all pula?

<<KLIK SINI UNTUK LAGI ENTRI MENARIK>>

6 comments:

  1. comelnya kucing! kesian depa panas :( cuaca tak menentu sekarang ni. pagi panas, petang hujan

    ReplyDelete
  2. Mmg cuaca tngh panaslah.. mana2 pun panas...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum dan salam singgah sini Zumal....kesiannya kucing2 tu kepanasan...kat tempat Diana baru jer lepas hujan..

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam Diana, kat Perlis hujan tapi belum sampai kat tempat zumal

    ReplyDelete