Booking.com
Booking.com

20 Mar 2014

Cuti Sakit

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua. Hari ni zumal tak keja. Maklum la kesihatan tak berapa mengizinkan. Awal pagi tadi berasa sejuk ja dada ni. Nak bergerak pun tak boleh apa tah lagi nak bangun. Disebabkan tu zumal hanya berehat saja di rumah. Alhamdulillah pada tengah hari dah beransur ok dan boleh menyiapkan diri untuk pergi membeli makanan.

Pada jam 3.00 petang, zumal pergi ke Klinik Kesihatan Kangar kerana sakit yang terasa pagi tadi kembali lagi. Syukur sangat sebab hari ni keadaan klinik agak lengang dan tak perlu la tunggu berjam-jam. Seperti diduga lepas diperiksa oleh misi zumal diminta untuk pergi periksa jantung (ECG). Alhamdulillah jantung ok. Lepas tu baru jumpa doktor. Doktor cakap semua normal mungkin gastrik ja. Tapi kata beliau kalau berulang lagi simptom yang sama, cepat2 dapatkan rawatan.

Lepas ambil ubat zumal pun balik je rumah. Tak sihat jadi tak leh la pergi merewang merata. Nanti sakit lain pula. Maklum la cuaca pun teramat panas. Hari ni dapat la MC, besok kena keja balik. Moga esok sihat la... Wassalam...

4 comments:

  1. Assalamualaikum Zumal...semoga cepat sembuh yer...

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam... Terima kasih yer Diana

    ReplyDelete
  3. Hopefully en zumal dh sihat sekarang :)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Zizie, Zumal rasa kemajuan teknologi tak dapat kesan pun penyakit Zumal nie. Hehe :)

    ReplyDelete