Booking.com
Booking.com

16 Mar 2014

Bintang Kuning Gergasi Ditemui

Assalamualaikum dan Selamat Berhujung Minggu... Hari nie zumal bawa berita dari Paris tau. Ahli astronomi menemui bintang kuning gergasi di dalam galaksi Bima Sakti dan didakwa berukuran 1300 kali ganda lebih besar daripada matahari. (Tak dapat bayangkan betapa besarnya bintang tu)
Menurut saintis di Observatoire de la Cote d' Azur di Nice, bintang HR 5171 A yang disenaraikan sebagai 10 bintang gergasi itu juga adalah sejuta kali ganda lebih terang daripada matahari.
"Walaupun terletak hampir 12,000 tahun cahaya dari bumi, objek tersebut masih dapat dilihat dengan mata kasar. Kedudukan bintang berkembar itu sangat dapat dan ia seakan menyentuh seluruh sistem serta menyerupai seperti kacang gergasi," kata Olivier Chesneau kepada AFP.
Kumpulan saintis tersebut menganggarkan HR 5171 A adalah 50% lebih besar dari bintang merah gergasi Betelgeuse.
Difahamkan penemuan bintang itu dibuat menggunakan Very Large Telescope Interferometer (VLTI) di Balai Pencerap Eropah Selatan di Paranal di Chile.

3 comments:

  1. Kalau dah ukurannya 1300 kali ganda lebih besar daripada matahari..Besar manalah agaknyerr tu ya ZuMal....

    ReplyDelete
  2. Subhanallah...besar sungguh bintang tu ye...

    ReplyDelete