Booking.com

20 Mar 2014

Australia Temui Objek Ada Kaitan MH370

Imej Satelit Australia

Tony Abbot

Pesawat P-3 Orion

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia... Perdana Menteri Australia, Tony Abbot telah adakan sidang media pagi tadi menyatakan Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) telah menjumpai dua objek yang mungkin berkait dapat dengan pesawat MH370 iaitu kira-kira 2500km dari barat daya Perth di Lautan Hindi. Salah satu objek itu berukuran 24 meter panjang.

Datuk Seri Hishamuddin mengakui bahawa Perdana Menteri telah menerima panggilan daripada Perdana Menteri Australia, Tony Abbot bagi memaklumkan perkara tersebut.
Bagaimanapun pegawai Australia masih belum menentukan sama ada objek-objek itu memang ada kaitan atau tidak.

Menurut laporan AFP, Pesawat P-3 Orion milik Australia telah di hantar ke kawasan di mana objek itu kelihatan.

Maklumat lanjut tentang perkara ini boleh diikuti dalam laporan dan sidang media dari semasa ke semasa di RTM.

6 comments:

  1. betul ke ni..sahih ke ni...harap adalah berita gembira tentang pesawat Mh370 tu..

    ReplyDelete
  2. Laporan berkaitan pukul 3.00pm di TV1 RTM

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Zumal...semoga dipermudahkan segala usaha mencari pesawat Mas MH370..

    ReplyDelete
  4. In shaa Allah... semoga dipermudahkan segala usaha semuanya... aamiin..

    ReplyDelete