Booking.com

1 Mar 2014

Aktiviti Hujung Minggu Zumal

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung duniazumal ini. Hari nie rasa rajin sikit dan bermula la projek kecil2 buat sangkar. Bukan zumal jumpa telur dinosaur tau. Ni sangkar untuk kucing2 zumal yang cute miut nie. Lagi pun hujung minggu depan zumal nak gi KL. Kalau nak tinggal depa kat tempat penginapan RM8.00 sekor untuk sehari. Memang muflis la zumal macam tu. Dah la kucing zumal tu ada 6 ekor. Besaq la belanja. Nak tinggal dalam sangkar yang beli tu kesian gak sebab kecik nanti depa tak selesa. Jadi disebabkan ada rangka besi yang tersadai kat depan rumah tu lebih baik zumal guna semula dan jadikan sangkar kucing. Wahai kucing ku terima la hadiah dari ku yang tak seberapa nie. Sangkar asal depa tu boleh bela haiwan lain pulak. Nak bela apa pulak yer... Jadi zoo la nanti yer :)
Bahan2
Ini arwah tok wan buat untuk tanam pokok kerak nasi
Macam tau je nak bagi kat dia
Sabar menanti 
Dah siap :)

12 comments:

  1. wah, dah ada rumah dah kucing2 kiut-miut zumal ya..

    ReplyDelete
  2. Setengah hari juga nak siapkan tadi. Habis jari jemari zumal jadi kasar :)

    ReplyDelete
  3. tidor lena mlm nie ye zumal..:)

    ReplyDelete
  4. Depa jadi cam kera dpt rumah baru tu

    ReplyDelete
  5. Abang Zumal buad sangkar besar untuk kucing abang dan untuk siapa yang hendak tinggal kucing mereka seketika ka? Dari segi kefahaman abang punya ulasa begitu la kut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kucing abg pun ada 6 ekor la... Duk satu sangkar senang nak tengok

      Delete
  6. Owh begitu. Abang pergi Kuala Lumpur bila? Balik Perlis bila? Atas sebab apa abang pergi? Harap abang Zumal membalas komen ini.

    ReplyDelete
  7. Abg pergi majlis Sepetang Bersama Blogger. Lepas tu menyinggah la rumah saudara mara. Isnin baru abg balik Perlis.

    ReplyDelete