Booking.com

27 Feb 2014

Menambah Pendapatan Dengan Join Event

membina jaringan
Sumber: sbb.my
 Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, apa khabar semua? Moga sihat hendaknya. Hari ni dah 27 Februari 2014, bermakna tinggal 9 hari lagi para blogger akan berhimpun beramai-ramai dalam Majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014 di Saloma Bistro Kuala Lumpur. Tadi zumal ada baca entri dalam laman web SBB2014, bertajuk 'Bagaimana menambah pendapatan dengan majlis SBB2014?' Zumal nie kalau bab2 menambah pendapatan nie memang minat sangat la almaklum la 'mata duitan' jugak zumal nie. Dalam pembacaan zumal, apa yang zumal dapati ianya merupakan tips untuk kita menghadiri event2 besar seperti SBB2014. Pada zumal tips yang diberikan amat berguna bagi orang yang newbie macam zumal nie. Kadang-kadang kita hanya bersemangat nak join tapi tidak buat sebarang persediaan apatah lagi baru kali pertama nak join. Sememangnya kita terkontang-kanting je nanti jika tak bersedia. Tapi bagaimana pula hendak menambah pendapatan? Jawapannya jika kita seorang peniaga online kita boleh promote blogshop kita kat para tetamu SBB2014 nie, dah tentu ada bakal customer anda di sana. Jadi buatlah persediaan seperti bisnes kad atau pamplet tentang bisnes kita tu. Di sana nanti ramai tetamu takkan sorang pun tak berminat kat perniagaan kita tu. Kalau bukan peniaga online pun sudah pasti anda juga ada memasang iklan2 yang boleh memberikan anda peluang untuk menjana income, walaupun bukan secara langsung tapi mungkin secara pasif. Jadi buatlah persediaan selengkapnya untuk menghadiri SBB2014 atau sebarang event yang bakal anda hadiri nanti. Bagi zumal, sertai sebarang event adalah satu 'pelaburan'. Kenapa zumal katakannya 'pelaburan'? Jika sesaja anda takkan pergi ke KL kalau anda tiada motif. Perbelanjaan yang anda keluarkan tu adalah pelaburan. Jika kita dah melabur pasti kita mahu mendapat pulangannya. Walaupun anda bukan mengharapkan wang semata-mata manfaatnya anda akan dapat kawan baru. Itupun pulangan kepada anda sebagai blogger. Moga celoteh zumal pepagi nie memberi manfaat untuk semua. Wassalam. 


p/s zumal bersedia dengan bisnes kad, blog baru, bisnes baru :)



7 comments:

  1. salam ziarah dr zam.. pertama kali ke mari :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih zam kerana sudi singgah blog zumal :)

    ReplyDelete
  3. gi sbb gak ya!

    Nanti kalu jumpa sis tegur2 lah ya..sis ni pemalu orgnya sikit..:)

    ReplyDelete
  4. Dapat jumpa rakan blogger secara bersemuka lebih mengeratkan hubungan kan....

    ReplyDelete
  5. Sis Hanny, zumal pun pemalu juga :)
    Bro Hazman, betul tu sebab bukan selalu nak ada event camni :)

    ReplyDelete
  6. Maaf ya, saya ingin mencadangkan supaya untuk nampak lebih kemas dan mudah dibaca ceritanya dalam entri, kita boleh buat pemerengganan ataupun langkau sebaris.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih kerana memberi cadangan yang baik utk zumal :)

    ReplyDelete