Booking.com
Booking.com

15 Feb 2014

Memori Lalu

Assalamualaikum dan Salam Blogger buat semua... Kadang-kadang bila bangun pagi teringat masa sekolah dulu. Tiap2 pagi tokwan kejut zumal. Rasa rindu pada zaman tu. Masih teringat suara tokwan. 'Mal, bangkit la dah lewat nie' Zumal pasti bangun dengan gelabah. Sebenarnya menang awal lagi tapi tokwan selalu cakap macam tu. Rindu kat tokwan. Selepas zumal disiapkan oleh tokwan, tokwan pun hantar zumal ke sekolah dengan basikalnya. Betapa besarnya pengorbanan tokwan untuk zumal. Pemergiannya amat zumal terasa. Walaupun tokwan garang tapi tetap ada gurau senda tokwan untuk zumal. Kalau tokwan keluar ke bandar, mesti ada sesuatu yang tokwan belikan untuk zumal. Sama ada komik doraemon, tora ataupun ding dang (entah betul ke tak spellnya ). Memang manis kenangan lalu tapi apakan daya kerana ia tak mungkin dapat diputarkan kembali. Tinggal la secebis kenangan di dalam kotak fikiran ini. Tapi alangkah ruginya kerana tak banyak yang zumal ingat...
Masa zumal umur 11 bulan
Dalam bas masa rombongan sekolah

No comments:

Post a Comment