Booking.com
Booking.com

19 Feb 2014

Gempar Penemuan Fosil Dinosour di Pahang

 
gambaran artis-spinosaurus
rangka spinosaurus
gambaran artis-spinosaurus
PETALING JAYA: Tinggalan fosil dinosour karnivor 'makan ikan' telah ditemui di Malaysia dan Universiti Malaya dijangka bersedia untuk mendedahkan buktinya pada Selasa. Ditemui di kawasan pedalaman luar bandar di Pahang, tinggalan fosil dinosaur 'spinosauridae' yang dipercayai dari era lewat Mesozoic ini berkemungkinan besar dari tempoh zaman Cretaceous iaitu antara 65 juta dan 145.5 juta tahun lalu. Dipercayai ini menjadi kali pertama fosil dinosaur ditemui di Malaysia. Fosil dinosaur ini telah dikenal pasti oleh pasukan yang diketuai oleh Profesor Madya Dr Masatoshi Sone dari jabatan geologi universiti itu dengan kerjasama pakar paleontologi reptilia Profesor Ren Hirayama dari Universiti Waseda di Tokyo. 'Spinosauridae' adalah sebuah keluarga tertentu dinosaur karnivor yang mempunyai ciri-ciri tengkorak memanjang seperti buaya dengan gigi berbentuk kon sama ada sangat kecil atau tanpa gerigi. Satu lagi fosil 'spinosauridae' telah ditemui di Australia pada tahun 2011, di mana sebelum ini spesies ini dipercayai hanya wujud di hemisfera utara. Ahli-ahli sains telah menemui leher vertebrata berusia 125 juta tahun yang sama dengan Baryonx di Victoria, Australia. Dr Masatoshi akan menghadiri sidang akhbar pada Selasa , bersama-sama dengan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Naib Canselor UM Profesor Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin dan Dekan Fakulti Sains Profesor Datuk Dr Mohd Sofian Azirun. Sumber


8 comments:

  1. tak boleh bayangkan klu mereka nie ada lagi pada zaman sekarang..

    ReplyDelete
  2. Kalau ada tak tahu la zumal nak nyorok katne

    ReplyDelete
  3. tanda bumi kita nie dah terlalu tua dan banyak menyimpan sejarah :)

    ReplyDelete
  4. tua dah bumi kita ni... dinosaur.. ooo.. dinosaur.. lepas ni buat citer lost world versi malaysia lak.. heheh..

    ReplyDelete
  5. kekdg terpikir..... camne dorg tau tulang yg disambung tu betul dan akan hasilkan dinosaur rupa mcm tu?

    ReplyDelete
  6. Betul juga, bukannya ada sesiapa yang pernah tengok pun...

    ReplyDelete