Booking.com

26 Feb 2014

41 Muflis Setiap Hari

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, hari ni zumal terbaca dalam akhbar harian metro online tentang eksekutif muda bankrap. Anda tahu tak, secara puratanya seramai 41 orang individu diisytiharkan bankrap pada setiap hari. Ini adalah statistik daripada Jabatan Insolvensi. Banyaknya... Zumal pun sebenarnya ada masalah hutang macam tu. Sampai sekarang masih belum settle. Zumal harap tidaklah tersenarai sebagai golongan bankrap tu. Semua ini kerana sikap sendiri juga. Ada je duit dalam tangan mesti nak belanja dan dah tak fikir kesannya masa akan datang. Di kesempatan ini zumal nasihatkan kepada anda semua semoga berhati-hatilah dalam menguruskan kewangan. Jangan membazir dan jangan terlalu boros. Semua tu akan mengundang masa depan yang malap. Bukan sahaja kepada kita bahkan turut melibatkan sebuah keluarga. Kepada yang ada kad kredit terutamanya, fikir dulu sebelum guna. Fikir tu biarlah ke hadapan yer. Meh baca rencana khas kat metro ni untuk renungan bersama. Terima kasih kerana sudi membaca di blog zumal. Eh ade ker? Hehe :)
Perlu Khidmat Nasihat?

No comments:

Post a Comment