Booking.com

20 Jan 2014

Macam mana yer?

yang pasti ini bukan zumal
Assalamualaikum semua, dah lame zumal tak memaintainkan post entri kat blog ni. Paling kerap pun entri giveaway je kan? Harap para follower zumal tak ler bosan dengan keadaan ini. Zumal sebenarnya masih alami masalah kesihatan seperti sebelum nie. Tapi Alhamdulillah, taklah seteruk tahun lepas. Cuma selsema jer sukar hilang akibat fenomena cuaca yang sejuk dan dingin kat Perlis nie, kat sini dikenali sebagai 'angin timur' sejuk hingga menusuk ke tulang. Zumal memang tak tahan sejuk. Dulu penah keje kat tempat yang memerlukan zumal masuk ke cool room setiap hari, bila tiga kali masuk jer terus demam. Dahsyat tak? Macam awal tahun lepas ikut program ofis ke Cameron Highland, orang lain hepi jer tapi zumal nie terketar2 demam. Aduhai...

Zumal sebenarnya jeles kat blogger2 lain yang tak kering idea nak berblog. Zumal nie kekadang timbul kekadang tenggelam. Tapi tak yah risau zumal tak tertenggelam or karam terus. Insha Allah if ade hayat di kandung badan zumal akan terus berblog. Blog ni lah hobi, dan blog ini juga sumber income untuk zumal. Zumal teringin juga nak jadikan income blog sebagai sumber utama tapi belum sampai ke tahap tu lagi. Maybe tu juga menyebabkan zumal kurang fokus kat blog nie.

Oh yer, kepada yang telah follow zumal tu, silalah tinggalkan jejak anda kekadang sukar nak jejak kat nama tu jer. Sekurang-kurangnya tinggal jejak anda kat chat box tau. Insha Allah ada kesempatan zumal akan berblogwalking ke semua rakan yang sering berkunjung ke sini. Insha Allah.

Ok lah. Sampai disini jer bebelan zumal. Ade job sikit kena buat. Salam Blogger. Wassalam.

No comments:

Post a Comment