Booking.com

22 Jan 2014

Kencing : Pembunuh, Penyembuh dan...

Assalamualaikum semua, sori sebab guna tajuk yang pelik hari nie. Mesti nak tahu apa yang pembunuh dan apa yang penyembuh dan apa pula dannya. Hehe. Semalam terbaca dalam akhbar yang kencing lembu pengubat kanser. Difahamkan bahawa penganut agama Hindu di Agra India mengamalkan meminum kencing lembu dara setiap pagi kerana lembu di anggap sebagai haiwan suci bahkan kencing lembu mampu merawat kanser, diabetes dan juga sakit perut. 

Oklah, kencing yang membunuh nie seperti yang diketahui ramai iaitu kencing tikus ataupun Leptospirosis. Di Malaysia juga ramai yang menjadi mangsa dan banyak telah meragut nyawa. Kencing tikus nie banyak meragut nyawa para pengunjung pusat rekreasi seperti air terjun, sungai atau kawasan berair. Kes ini disebabkan oleh kekotoran di pusat rekreasi berkenaan yang membawa kepada kehadiran tikus yang menyebabkan berlakunya pencemaran air di kawasan tersebut. Sekarang nie nak berkelah pun kena berjaga-jaga sebab berkemungkinan mengundang padah buat kita.

Kencing orang... Bukan penyakit tapi perbuatan mendajalkan orang atau lebih tepat lagi kes melibatkan penipuan. Adoi kena 'kencing' lagi...

Sekian, bebelan hari nie. Salam Blogger.

No comments:

Post a Comment