Booking.com

31 Dec 2014

Segmen Zaman Persekolahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Sebagai penutup 2014 zumal tergerak hati nak join segmen yang sangat ohsem anjuran Cik Balqis nie. Bukannya zumal nak bersaing untuk rebut hadiah tapi zumal teringin bercerita tentang zumal masa sekolah dulu. Tengok gambar kat bawah nie korang rasa zumal yang mana satu?


Camne korang tahu yang mana zumal? Confirm silap teka nanti. Biar zumal bercerita yer. Ciri-ciri zumal masa sekolah dulu terletak kat insan bernombor 19 tu. Zumal bukan la budak pandai atau rajin baca buku tapi zumal nie amat skema. Dari darjah 1 sampai form 6 zumal akan pilih kerusi depan meja cikgu tau.

Masa sekolah dulu zumal sentiasa kena buli dengan rakan-rakan zumal. Selain tu muka zumal la paling tak menonjol dikalangan rakan-rakan. Tapi cikgu mungkin senang ingat sebab zumal la yang selalu usung buku ke bilik guru. Selalu tolong cikgu la katakan. 

Lagi satu zumal nie tak macam kawan-kawan yang selalu tinggal buku di dalam laci meja tu. Tetiap hari usung buku teks banyak-banyak pergi dan balik sekolah. Beg zumal la yang paling besar kat kelas zumal tu. Lagi pun tok wan zumal guru besar pencen, cikgu semua kenal dia. Tok wan pulak jenis suka periksa jadual zumal jadi memang zumal akan sentiasa ikut jadualnya. Al maklum la zumal sememangnya diajar skema dari kecil. Balik rumah bukan dalam waktu ditetapkan pun siap la nanti... Nak tau pasai apa? Confirm kena rotan ok. Jadi zumal sentiasa jaga jadual zumal setiap hari. 

Kat dalam kelas tu, setiap kali cikgu keluar kelas, zumal akan padam papan hitam tu. Memang zumal la yang selalu buat walaupun ada jadual tugas dalam kelas zumal tu. Selain tu zumal juga la yang sapu sampah tetiap pagi. Skema sangat. Teringat masa tu memang tergelak sorang-sorang. Lagi pun kalau zumal tak buat pun kawan-kawan akan suruh zumal buat gak. Skema. Selalu kena buli.

Teringat masa form 1 dulu, kat kelas zumal tu ada sorang kaki buli dalam kelas tu. Memang zumal selalu kena buli dengan dia. Zumal tak pernah pula beritahu cikgu sebab zumal takut ugutan dia. Tapi bila ada orang lain yang jadi mangsa dia baru la perkara tu sampai ke pengetahuan cikgu zumal. Alhamdulillah lepas tu budak kaki buli  dah kena tukar sekolah. Syukur sangat dia dah tak ada. Masa tu baru form 1 zumal belum sesuaikan diri dengan kawan-kawan baru. Bila dah lebih sebulan baru dapat BFF tau. Tapi setelah besar nie, semua dah hilang contact tau. Sedih gak bila kenangkan masa sekolah, kawan-kawan lama tu tak tau ke mana.

Kalau masa PJ (pendidikan jasmani) pula, kawan-kawan zumal selalu main bola tapi zumal selalu jadi penjaga gol jer. Dorang suka lari-lari kat padang, tinggal zumal sorang tunggu bola. Kalau kena lari pula zumal nie sentiasa kat belakang atau nombor dua dari belakang jew. 

Tentang zumal yang perlu korang tau, masa sekolah dulu kawan-kawan zumal banyak yang laki jew. Zumal nie segan dan pemalu orangnya untuk berkawan dengan orang perempuan tau. Masa kat universiti pun ia masih macam tu tapi bila zumal masuk alam kerja baru la berkawan dengan orang perempuan tau. Jadi kalau kawan sekolah tu perempuan tegur zumal sekarang memang zumal blur tau. Susah nak ingat, sebab tak rapat dengan dorang. Dorang memang la kenal zumal kan sebab satu kelas. Kesian tak? Hehe...

Macam mana kisah zumal? Menarik tak? Moga Cikgu Balqis bagi markah penuh yer... Kalau ada yang join cepat-cepat yer hari nie last day. Selamat tahun baru 2015 semua ^-^

29 Dec 2014

CPUV NUFFNANG #48 MAGGI ROYALE


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Walaupun dah terhanyut banjir tapi Nuffnang still sayang kite ok. Alhamdulillah zumal ada CPUV baru iaitu Maggi Royale. Terima kasih yer Mr. Nuffnang yang awesome nie. Zumal pernah makan Maggi Royale Korean memang sedap. Berapi tau.

Terima kasih buat semua yang terus setia menyokong kewujudan blog zumal ini. Maybe besok zumal akan balas segala kunjungan korang yer. Thanks tau. Zumal nie hanya guna pc ofis jew sekarang jadi tak dapat la online memalam cam selalu... Ok korang thanks yer...

Postcards Giveaway From Czech & Germany


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Lama betul zumal tenggelam tak timbul-timbul bersama arus. Hari nie Perlis dah free dari banjir jadi dapat la zumal buka blog sekejap dan tetiba terlihat ada seseorang tag zumal untuk Postcards Giveaway From Czech & Germany iaitu Nadyya...

Dengan itu zumal sahut cabaran ini untuk sertai Postcards Giveaway From Czech & Germany anjuran bersama otai blogger kita iaitu Siti Aisya Ibrahim dan Hanis Amanina 

Syarat joinnyer senang jew, kena tag 3 orang... Haha...

Jom tengok siapa yang kena




Kepada yang kena tag join yer...

All the best ^-^

22 Dec 2014

CPUV NUFFNANG #47 WORLDFOODS CAMPAIGN


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah 18 November hari tu zumal terima lagi CPUV dari  Nuffnang yang baik hati. Kali nie CPUV yang datang adalah Worldfoods Campaign. Kalau korang nak tau entri nie zumal taip Jumaat lepas tapi petang tu tetiba letrik kat ofis terputus dan terpaksa la zumal sambung hari nie. Terima kasih bebanyak untuk pihak Nuffnang yang sentiasa bermurah hati. Macam biasa setiap Isnin zumal tengok akaun Nuffnang. Menakjubkan selepas cash out hari tu akaun Nuffnang makin laju jew earningnya. Terima kasih buat semua suka berkunjung ke blog zumal nie. Nanti zumal free, zumal balas kunjungan korang yer. Musim cuti sekolah nie banyak orang bercuti jadi banyak ler kerja sikit sebab kena backup kerja kawan-kawan yang bercuti tu...

19 Dec 2014

BERKATNYA RM1

Sumber : BNM
Assalamualaikum dan salam Jumaat buat semua. Hari nie zumal nak ceritakan kisah zumal suatu ketika dulu. Masa tu macam sekarang zumal sorang-sorang jew (tak termasuk kucing) kat Perlis nie. Tok ada kat Bagan Serai lagi. Zumal nak kongsi pasal berkatnya RM1 yang ada.

Kisahnya pada masa tu zumal belum dapat apa-apa income tapi oleh kerana tok nak ke Perak, jadi zumal bekalkan la duit yang ada dalam poket untuk tok. Zumal masa tu tinggal RM60 jew. Dengan RM60 tu zumal beli 2 pek megi dan makanan kucing dan pasir kucing. Tinggal la baki RM11. Kebetulan pada hujung minggu itu ada jemputan pula kenduri seorang kawan, tak pergi macam tak ok. Jadi zumal isi la minyak RM5 sebab kenduri tu jauh. Terpaksa la. Kebetulan pula kredit phone pulak dah kong jadi zumal isi RM5 jadi tinggal la RM1. Syukur la perjalanan pergi balik kenduri tu minyak cukup dan terlebih lagi. Paling baik motor pun tak meragam nak pancit bagai. Kalau tak memang naya la...

Minggu kedua berbekal la RM1 tu. Zumal hanya makan megi yang ada sehari 1 paket. Alhamdulillah kenyang gak. Masa kat tempat kerja setiap hari ada rakan-rakan buat makan. Jadi setiap hari tu zumal tak berbelanja. RM1 tu masih kekal. 

Masuk minggu ketiga pula seperti biasa RM1 tu masih tak digunakan lagi. Zumal simpan jew. Setiap hari ade jew makanan free disamping jemputan kenduri pada masa tu cuti macam sekarang nie. Zumal bersyukur sangat dan betapa berkatnya RM1 tu. Sampai la zumal dapat gaji RM1 tu tetap masih tak terguna.

Giveaway By Eny Abdullah – Komen Banyak-Banyak, Share Banyak-Banyak

Blog Eny Abdullah.

Cara nak sertai Click JOIN GIVEAWAY.....

1. Follow Cooking & Photography Blog Eny Abdullah - http://enyyusnizar.blogspot.com/ 
3. Follow Instagram Eny Abdullah - 




Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua... Zumal nak ucap terima kasih buat Eny Abdullah yang telah menjemput zumal join GA anjuran beliau. Kepada korang yang belum join tu jemput la join ok... All the best yer...

17 Dec 2014

CPUV NUFFNANG #46 MUSEE PLATINUM TOKYO

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Hari nie zumal teringat nak buka akaun Nuffnang. Alhamdulillah rupanya ada lagi rezeki CPUV yang datang. Kali nie CPUV dari Musee Platinum Tokyo yang pernah hadir kat blog zumal pada bulan Oktober lalu kat SINI.

Hujung tahun nie memang banyak CPUV yang hadir dan masih berstatus 'ON GOING'. Zumal rasa syukur sangat-sangat. Terima kasih kepada pihak Nuffnang yang bermurah hati memberikan CPUV yang meriah ini. Terima kasih juga kepada korang semua yang sudi jengah ke blog zumal ini. Zumal mohon maaf jika kurang aktif sekarang nie akibat masalah phone zumal.

Hari nie zumal buat kali pertama cash out Nuffnang. Tengok akaun tinggal 0.00 sayu jer rasanya. Moga pasni masuk banyak lagi. Amin...

15 Dec 2014

ANTARA MIMPI DAN REALITI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sejak phone problem nie zumal tak dapat nak sentiasa update blog nie. Phone nie kekadang ok pulak kekadang charge tak nak masuk bahkan berkurang pula baterinya. Nak hantar baiki kena la tunggu gaji hujung minggu depan. Lama lagi tu sedangkan banyak bakal nak diguna kerana pelbagai perkara perlu dibayar hujung tahun nie disamping peti sejuk yang sudah tak dapat dibaiki lagi. Peti sejuk nie benda wajib kena ada. Nak simpan stok makanan. Parah juga kalau makan luar selalu. Lagi satu bisnes berkaitan makanan pun kena tangguh dulu.

Hari nie zumal ingat nak kongsi berkaitan mimpi zumal pada minggu lepas iaitu sebelum zumal terjaga tidur pagi Khamis yang lalu. Hari Rabu zumal bercuti kerana masalah kesihatan. Hari nie pun zumal tak sihat tapi tak nak la manja sangat pada diri nie. Lagi pun kalau tak datang takde la gaji. Hehe...

Dalam mimpi tu yang boleh zumal cerita dunia tiba-tiba bergelap dan pabila kembali cerah mentari telah berubah kedudukannya seperti tanda-tanda besar kiamat bakal berlaku. Zumal pada ketika tu berasa sungguh takut yang sangat luar biasa. Zumal sekeluarga tak putus-putus berdoa dan memohon dilindungi Allah. Tiba-tiba setelah dengar azan subuh, zumal bingkas bangun dari tidur. Mimpi itu zumal rasakan seperti realiti. Air mata mengalir betul-betul. Syukur ianya hanya mimpi, dan zumal masih ada masa perbaiki diri.

Walaupun ianya mimpi, zumal rasa ianya bagaikan membawa peringatan buat zumal. Zumal hanya ingin berkongsi moga ia dapat dimanfaat bersama. Terima kasih kerana meluangkan masa korang untuk membaca. Moga kita sentiasa berada dalam lindungan Allah. Amin...


Sumber: Google

JANA PENDAPATAN MELALUI BLOG


Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia dan Salam 1 Dunia buat semua. Hujung minggu begini mungkin korang sedang beristirehat bersama keluarga kan? Bagus la begitu gunakan kesempatan ini untuk mengeratkan hubungan antara ahli keluarga. Jangan pentingkan kerja semata yer.

Hari ini zumal ingin kongsikan 1 peluang untuk korang semua. Korang pernah dengar tentang Advertorial ?  Advertorial adalah gabungan advertising dan editorial. Ia adalah kombinasi pengiklanan dalam bentuk editorial. Kebanyakan advertorial di internet adalah melalui laman blog, di mana pemilik atau penulis blog akan menulis review untuk produk, perkhidmatan, laman web atau apa sahaja yang diminta oleh pengiklan.

Sebagai balasan pengiklan akan membayar sejumlah wang sebagai upah menulis ulasan tentang mereka. Blogger yang berjaya, mereka menjana ribuan ringgit setiap bulan dengan hanya menulis ulasan untuk pengiklan di laman blog mereka sendiri.

Kini Advertorial.my mewujudkan platform yang menghimpunkan blogger dan pengiklan. Korang hanya perlu ada blog, sertai advertorial.my dan jana pendapatan dengan menawarkan khidmat menulis review. Semua contoh review yang zumal pernah buat, korang boleh lihat DI SINI.

Caranya amat mudah,

1.Daftar akaun 'Publisher' dengan advertorial.my
2.Submit blog korang untuk penyenaraian.
3.Advertorial.my carikan pengiklan berpotensi
4.Terima tempahan dan tulis review.

Untuk bermula, aktifkan akaun 'Publisher' korang kat sini.

12 Dec 2014

CPUV NUFFNANG 42-45

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sempena hari Jumaat yang mulia, En. Nuff datang lagi membawa CPUV terbaru iaitu Rakuten September Super S... , Marigold UHT Milk (PC), Education NZ dan Maybank #ILove. Alhamdulillah, zumal rasa bersyukur sesangat kerana dapat banyak CPUV sejak kebelakangan ini. Terima kasih kepada pihak Nuffnang dan tak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sudi menyokong zumal. 

Kepada korang semua, selamat berhujung minggu yer. Kalau ada peluang zumal akan membalas kunjungan korang. Doakan moga phone zumal sihat pada hujung minggu ini. Kalau tidak, Isnin la kita bersua kembali. Bye bye... Sayang semua...

11 Dec 2014

UBAT UNTUK BLOG

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Dah lunch ke belum, zumal skip lunch sebab dah sarapan menu yang berat hari ini. Makan nasi lemak. Moga dapat stabilkan berat atau lebih baik turunkan berat badan nie. Alhamdulillah sejak tak berapa sihat nie, badan rasa ringan sikit. Dosa dah terhapus kot. Gurau jew. Berat badan jew turun. 

Berbalik kepada tajuk yang pelik lagi menghairankan tu, zumal ada nak kongsi kepada korang yang senasib dengan zumal. Nasib ape? Nasib menimpa blog yang tetiba timbul word verification tu. Untuk makluman semua, walaupun korang dah tick no kat 'show word verification' tu, word verification tetap timbul dari persembunyiannya. Jadi zumal sarankan korang tukar 'comment location' dari popup window kepada embedded. Insha Allah blog korang akan lega sakitnya. 

Semoga dengan perkongsian ini korang dapat selesaikan masalah word verification yang tidak diundang tu daripada muncul. Selamat mencuba yer. Padan muka ko word verification. Haha...

BILA BLOG JADI GILA


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sejak semalam zumal confuse dengan blog zumal setelah Lya cakap blog zumal ada word verification. Zumal pun terkejut gak sebenarnya. Bila masa zumal ubah settingnya? Bila tengok memang setting tak berubah pun still macam dulu gak. Tapi bila zumal try komen sendiri kat entri zumal memang ada word verification tu. Zumal dah naik pening tunggu tak pitam aje lagi. Ape dah jadi dengan blog zumal nie. Kena bencana alam atau kena serangan makhluk halus? Ada sesiapa boleh tolong zumal? 

10 Dec 2014

DAPAT HADIAH LAGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Zumal tak bekerja pula hari ini. Semua kerana kesilapan mengambil minuman ais semalam. Zumal jadi sesak nafas dan kembali selsema. Alhamdulillah petang nie zumal dah kembali pulih.

Hari ini zumal terima hadiah lagi tau. Pada bulan Oktober lalu zumal ada sertai Blogger Area Mega Giveaway dan Alhamdulillah zumal telah menjadi salah seorang pemenang giveaway tersebut yang disponsor oleh Husein Rider. Terima kasih kepada bro Husein Rider kerana menaja hadiah ini. Nak mengenali beliau, jom la terjah blog beliau DI SINI.


Tahun 2014 nie zumal rasa paling banyak zumal dapat hadiah dan paling serius zumal berblog. Tak sia-sia berblog nie. Di samping dapat kawan baru, dapat hadiah dan dapat extra income. Betul tak?

9 Dec 2014

TINGGAL SORANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Zumal sekarang keseorangan sejak Sabtu lalu setelah tok diculik oleh anak saudaranya ke Perak. Kononnya tinggal dengan zumal tak selesa sebab banyak kucing, banyak tikus (yang nie zumal tak pernah nampak tapi dia yang nampak) dan tak bersih. Memang la dalam stor tak bersih, lagi pun tok tak tinggal dalam stor. Bilik tok bilik utama k. Rumah kitorang nie besar (bagi zumal la) untuk jaga setiap inci supaya tak naik sarang labah-labah. Macam nak ikat jew puan misi pencen dan anaknya encik doktor tu supaya korang tunggu tepi motor zumal. Nak tau nape? Labah-labah kaki panjang tu rajin buat sarang, tak sampai 5 jam parking motor pasti dah jadi port baik 4-5 ekor labah-labah buat sarang. Zumal memang tak rajin macam u all cuci sawang hari-hari maklum la tak sihat. Tapi sebelum tok balik hospital memang dah bersih tahap 3 star la (nak letak 5 star macam riak jew). Kalau tak bersih confirm la kitorang dah kena leptosiorosis tu.

Boboy pun macam zumal gak tak ada geng sebab Boboy rapat dengan Net jew. Sebab dorang sebaya dan adik-beradik. Kesian jugak Boboy dah tak aktif. Zumal pulak tak ada tok terlebih aktif buat itu ini. Kerja pun balik lewat macam la dorang tau zumal tinggal sorang nak bagi kerja menimbun. Kerja hari ni tak sempat habis pun. Esok lak sambung. Tapi bab makan, bila duk sorang zumal makan yang simple jew. Maggi. Kalau dengan tok kena bagi menu berkhasiat. Last makan puas-puas dengan tok kitorang makan Domino's sebabnya sebelum masuk hospital tok cakap teringin makan pizza. Zumal nak buat sendiri kurang bahan. Jadi beli aje la. Zumal rasa tok tengah rindu zumal dan kucing-kucingnya. Tok mesti call tetiap hari. Tadi siap cakap dengan Boboy tau. Boboy hairan dengar suara tok tapi tok tak ada. Tercari-cari dia. Semalam zumal cerita pasal kejadian malang yang menimpa Net, tok sedih sampai nangis-nangis. Zumal pun masih teringat kat Net. Sedih sangat. Ok la korang, cukup la zumal mengumpat yer. Sok zumal berblogwalking guna pc ofis yer. Tata titi tutu...

CPUV NUFFNANG #41 MARIGOLD UH

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua. Semalam blog nie kosong jew kan? Hari nie baru sempat nak post sesuatu. Korang pernah dengar tentang Marigold? Zumal memang guna produk Marigold terutamanya susu cair dan susu pekatnya. Tamabahan lagi kalau di musim perayaan. Sebab utamanya kerana susu dalam tin Marigold nie bervitamin tau. Sebab tu zumal gunakan susu Marigold. Paling penting ianya halal.
Sumber: Marigold Malaysia
Selain tu zumal suka produk susu kotak uhtnya. Rasanya memang sedap tau. Sejak zaman sekolah lagi. Selain tu korang jangan lupa bahawa susu kultur Vitagen tu adalah keluaran Marigold. Vitagen memang sentiasa zumal simpan stok. Tok suka sangat minum Vitagen nie. Marigold nie memang banyak rantaian produk berasaskan minumannya seperti susu, yogurt, jus dan lalin-lain. Marigold nie memang terbaik la nak citer kat korang. Macam nak bodek Marigold pulak. Hehe...
Sumber: Marigold Malaysia



Marigold UH merupakan CPUV terbaru di blog zumal. Terima kasih kepada Nuffnang kerana memberikan CPUV terbaru ini. Untuk Marigold terima kasih juga kerana memilih blog zumal. Terima kasih juga kepada korang yang selalu berkunjung ke blog zumal ini. Sayang semua...

7 Dec 2014

NET DAH PERGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Baru saja tadi zumal dukung dia. Dan baru saja zumal hidangkan makanan. Dia makan sambil zumal usap-usap dia. Tetiba belum sempat zumal nak solat maghrib dengar orang bagi salam. Rupanya Net kena langgar. Kenapa Net keluar. Selalu dia main di kawasan rumah masa gelap. Selalu dia takut bunyi kereta. Rasa macam nak gugur jantung nie. Net la paling manja. Selalu duduk sebelah zumal dan tidur pun kat kaki zumal. Tapi malam nie semua tu dah tak akan berlaku lagi. Net dah pergi tinggalkan zumal. Kenapa kau yang pergi sayang.



#gambar yang zumal kongsikan nie baru saja diambil petang tadi.

SETELAH KAU TIADA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Dah lama kita tak keudara yer. Rindu sangat pada semua. Tapi apa kan daya sejak phone zumal buat hal zumal terpaksa lupakan seketika blog ini. Sejak beralih ke peranti lebih kecil memang amat sukar untuk zumal post entri seperti selalu. Nak berblogwalking pun sukar. Hanya blog-blog tertentu sahaja dapat zumal tinggalkan komen. Pada korang semua, zumal minta maaf sangat-sangat. Macam mana pun zumal tetap berkunjung ke blog korang tapi bagi blog tertentu zumal tak dapat tinggalkan komen mungkin formatnya diluar capaian phone zumal. Insha Allah bulan depan zumal settlekan masalah ini. Apa pun terima kasih kepda semua yang terus berkunjung ke blog zumal ini. Zumal amat hargainya. Kepada En. Nuff terima kasih juga kerana terus berikan zumal CPC dan CPUV. Thanks all. Muuuaaaaaaaaaaaah. Sayang korang...

3 Dec 2014

HADIAH DARI JM

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari nie hari yang sangat baik. Sebabnya tok zumal dah pun keluar wad jam 2.00 petang tadi. Lagi satu, semalam ada terima nota dari Pos Laju suruh ambil barang. Zumal tak sabar tunggu hari nie untuk pergi ambil bungkusan kat Pos Laju.


Zumal tak jangka apa yang dipos untuk zumal tu. Keluar jew dari Pos Laju terus jew buka bungkusan. Ada bau Korea la. Rupanya ole-ole dari Jari Manis yang dibeli kat Korea semasa beliau pergi travel hari tu. Hadiah nie sebagai penghargaan JM kepada para pengomen tegar blog beliau. Sebelum nie zumal ada terima postcard dari JM yang diterbangkan terus dari Korea.

Terima kasih yer JM. Zumal suka sangat ole-ole dari JM nie. Korang dah kenal ke sis JM kita nie? Apa kata korang berkunjung ke blog JM. Pelbagai info tentang travel dari seluruh dunia ada di blog beliau. Kalau korang rajin komen untung-untung dapat ole-ole dari overseas. Apa lagi jom terjah DI SINI.





2 Dec 2014

NET DAN BOBOY

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Petang nie hujan tersangat lebat menyukarkan pergerakan zumal untuk ke hospital menemani tok. Jadi zumal gunakan masa untuk update blog kesayangan nie.
Sabtu lepas zumal belek akhbar BH semasa di hospital. Tertarik pula dengan artikel Kucing Selebriti. Baru zumal tahu kucing pun boleh jadi selebriti. Paling zumal suka tengok gambar Maru. Cute sangat. Maru nie adalah kucing baka Scottish Fold dari Jepun.
Kalau korang nak tau video Maru di YouTube ditonton lebih 200 juta kali. Siap dapat tawaran jadi model tau. Bayangkanlah betapa glamernya dia. Adakah Net dan Boboy pun boleh seglamer Maru?

CPUV NUFFNANG 39 & 40

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sedar atau tak kita dah ada di bulan terakhir untuk tahun 2014. Pelbagai dugaan dan cabaran kita telah lalui. Juga pelbagai kisah menarik, tragis dan sebagainya telah meninggalkan kita.

Alhamdulillah kita masih mampu berdiri. Syukur juga kerana En. Nuff tak  lupakan kita. Kali ini zumal terima lagi dua CPUV baru. Terima kasih kepada pihak Nuffnang yang pemurah.
CPUV terbaru yang zumal terima adalah Old Town White Coffee dan Lactacyd: Malay Millennium. Kepada semua yang berkunjung ke blog zumal harap sudi la terjah ke iklan-iklan tersebut. Terima kasih bebanyak kerana sokong zumal. Terima kasih sekali lagi kepada En. Nuff kerana beri zumal side income, dan juga untuk tawaran kempen blockbuster tapi zumal tak sempat buat... Hehe. Tata titi tutu...

30 Nov 2014

NAMPAK SIHAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari nie hari ketiga tok zumal kat wad. Tok dah nampak sihat dah. Zumal ingat dah boleh keluar tup tup hari nie kena tambah darah pulak.

Berada kat hospital nie zumal dapat lihat pelbagai jenis orang sakit. Paling sedih bila yang masih muda pun dah terlantar di wad. Kesian sangat. Kesihatan nie amat penting, benda paling berharga untuk dijaga. 

Selain tu zumal dapat juga belajar pelbagai petua dan nasihat dari seorang akak yang datang untuk ziarah ibu kawan dia yang sakit. Dia datang dari Penang semata-mata untuk lihat ibu kawan dia. Zumal respect akak tu walaupun kawan berlainan kaum dia datang melawat bahkan jaga ibu kawan dia macam ibu sendiri.

Dia peramah dan suka berbual dengan zumal. Ada dia kongsikan kisah anak dia dan macam mana dia jaga anak. Dia juga ada petua macam mana nak tahu ada kencing manis dan juga petua nak sihat. Kalau korang nak tau umur akak tu dah 56 tapi macam akak-akak jew gayanya. Memang berbaloi kalau ikut tips dia confirm kekal muda gitu. Ok la nanti zumal kongsi tipsnya. Tata titi tutu...

29 Nov 2014

BERKAMPUNG DI HTF

Assalamualaikum dan salam Sabtu buat semua. Pepagi buta tadi zumal nak cerita tok zumal masuk wad kan... Alhamdulillah pagi nie keadaan tok dah kembali stabil. Tekanan darah tok pun dah normal berkat usaha kakitangan HTF bertungkus-lumus menjaga tok. Syukur sangat.

Pagi nie tok dah tak batuk. Rasanya boleh cepat balik rumah la. Tapi pasal suspect tibi atau kanser tu masih belum tahu infirmasinya. Moga dijauhkanlah. Kalau betul, kesian kat tok terpaksa hadapinya dalam keadaan lemah macam sekarang.

Boleh dikatakan setiap tahun tok mesti termasuk kat wad. Ini kali pertama la untuk 2014. Tok zumal nie ada pelbagai penyakit. Semua nie lepas arwah tok wan tinggalkan kami. Kalau dulu tok ceria saja cuma problem mata. Moga keceriaan tok kembali seperti dulu. 

Suasana kat hospital nie tak macam tahun lepas, sesak. Disebabkan pembinaan bangunan baru. Masa tahun lepas masuk wad pun tak tenang sebab duk dengar macam2 bunyi kat tapak pembinaan yang bersebelahan wad. Selain tu ada gak gangguan dari makhluk2 yang suka mengusik. Semalam zumal tak bermasalah pun berada di sini. Pesakit pun tak la ramai sangat, tempat parking pun tak sesak. Kalau dulu, motor pun belum tentu ada parking. Syukur keadaan lebih selesa. Tak jumpa misi garang kali nie. Hehe...


Kini di HTF kafeteria pun selesa dan makin luas dari dulu. Makanan pun bermacam-macam pilihan. Boleh buat bertambah sakit kalau tak jaga makan. Kat Perlis hanya ada satu jer hospital tapi Alhamdulillah la semuanya lengkap. Khabarnya dalam perancangan bina satu lagi kat Padang Besar. Moga semakin mudah rakyat mendapat manfaat. Ok la merapu pepagi pehal kan... Thanks untuk semua kakitangan HTF yang tolong tok zumal. Jasamu dikenang...

KINI DI HOSPITAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Seperti yang korang tahu tok zumal sering tidak sihat. Tapi dalam pukul 7.40 malam tadi tok batuk-batuk hingga mengeluarkan darah. Pada mulanya hanya cecair tapi bila dah lama keluar ketulan merah dan cecair yang agak pekat. Zumal pun dah rasa kurang senang dan makin risau.

Jam 8.30 malam zumal hubungi Mak Lang untuk bawa tok ke hospital. Dalam jam 9.00 malam zumal dah berada di hospital. Selepas mendaftar, tok terus di bawa ke wad kecemasan Hospital Tuanku Fauziah. Agak cepat masa daftar tapi masa untuk menanti tok diperiksa tu agak lama juga kerana terlalu ramai pesakit di bahagian kecemasan.

Masa di wad kecemasan tok asyik batuk berdarah. Naik takut gak zumal rasa. BP tok juga amat tinggi. Setelah diperiksa, doktor nyatakan tok kurang darah. Lepas tu tok dibawa pula untuk di x-ray. Keputusannya doktor suspect tok ada kanser atau pun tibi. Untuk mengesahkan lagi tok terpaksa dimasukkan ke wad. Disamping tu tok juga perlu ditambah darah.
Malam nie Mak Lang temankan tok di wad. Zumal ada di luar wad sahaja kerana kat dalam tak ada orang lelaki. Di kesempatan itu zumal menaip entri ini. Nampaknya program yang dijadualkan pada bulan 12 nanti zumal terpaksa batalkan. Zumal kena jaga tok. Itu lebih penting. Ok la selamat tidur semua... Tata titi tutu...

28 Nov 2014

SEIMBANG

Assalamualaikum dan salam Jumaat buat semua. Melihat pada tajuk mesti korang fikir pasal makanan seimbang or ape2 berkaitan seimbang ye tak? Sebenarnya zumal tengah konfius pasal keseimbangan blog zumal nie. Zumal tak tukar ape2 yang ada tapi bila dilihat semula sidebar blog zumal berbanding entri blog nie rasa macam tak seimbang. Korang sendiri sure nampak entri zumal bukannya panjang sangat pun tapi sidebar dah menjalar jauh ke bawah tu. Sidebar terlebih panjang. Rasa macam tak sesuai. Tapi bab nak edit blog nie memang la bukan kepakaran zumal. Jadi zumal rasa perlu taip entri panjang-panjang la untuk seimbangkan blog ini ye tak...

Bab nak taip entri panjang-panjang tu pun nampak macam bermasalah tau sebabnya zumal tengah kekeringan idea sejak akhir-akhir ini. Zumal pun tak tahu kenapa dan ke mana semua idea zumal tu. Hanyut bersama banjir agaknya. Ataupun idea zumal tu dah dibasahi hujan.

Kekadang zumal terfikir juga nak menambah sesuatu untuk diisi di dalam blog ini. Cer teka? Tak pe tak perlu teka la. Zumal pecahkan rahsia yer, zumal nak teringin nak buat novel bersiri pulak. Dulu masa sekolah memang ada zumal karang novel kat dalam laptop zumal tapi akibat masalah kewangan zumal jual dah laptop tu bersama beberapa novel karangan zumal yang zumal tak ingat nak save dulu dalam pendrive zumal. Rasa macam rugi sangat. Apa pun nantikan kemunculan zumal bersama novel bersiri pula yer. Selamat berhujung minggu yer. Wassalam...

27 Nov 2014

GIVEAWAY BLOGWALKING NUFFNANGGER


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Baru-baru nie zumal telah ditag oleh Timm kat sini
Sesiapa yang nak tingkatkan earning boleh la join bersama 
mereka yang ditag ini

26 Nov 2014

MAKIN MENJAUH

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah banjir di Perlis telah pulih. Syukur sangat-sangat. Berkaitan banjir ini juga semalam zumal dan rakan-rakan mengemas semula tempat penyediaan makanan mangsa banjir. Kebetulan masa tengah kemas tu hujan pula turun. Dan akibatnya zumal demam selsema hari ini. Al maklum la zumal kan sensitif.

Sejak zumal makin tenggelam timbul dalam arus banjir dunia blogging nie. Ranking Alexa zumal semakin menjauh. Sedih betul rasanya. Bulan depan kena banyak usaha untuk naikkan semula ranking nie. Takut juga zumal nanti customer pun lari menjauh. Harap tidak begitu.

Walaupun begitu zumal tetap syukur kerana zumal masih dapat income lain melalui En. Nuff yang baik hati. Tengah bodek. Apa pun zumal harap ada job advertorial untuk bulan depan. Sebabnya job tu boleh buat makan kenyang gak. Hehe...

Terima kasih kepada semua rakan-rakan blogger yang sudi menyokong zumal. Zumal harapkan korang terus sokong. Hehe... Semalam zumal dah mula bayar hutang blogwalking. Harap hari nie misi zumal capai KPI. Selamat menikmati hidangan tengah hari yer. Tata titi tutu...

25 Nov 2014

CPUV NUFFNANG #36 - 38

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari nie baru zumal sempat buka akaun Nuffnang zumal. Alhamdulillah, zumal rasa syukur sangat-sangat kerana En. Nuff nie sayang gak kat zumal kerana ada tiga lagi CPUV menjelma di blog zumal nie. Sungguh tak sangka kerana zumal sendiri makin tenggelam timbul dalam arus dunia maya ini tetap dapat CPUV. Terima kasih yer En. Nuff.

Pada 24 November yang lalu, En. Nuff telah berikan 3 CPUV baru untuk blog zumal iaitu Altel Digital Campaign, Mah Sing Avenue Street dan Mi Sedaap Cup Noodle. Mah Sing Avenue Street nie tampil buat kali kedua kat blog zumal nie. Mah Sing ini adalah syarikat pemaju terkemuka di negara kita. Design setiap projeknya amat menepati citarasa urban dan berbaloi untuk dimiliki sebagai pelaburan ataupun untuk meluaskan perniagaan. 

Pernah dengar tentang Altel? Altel ni salah satu syarikat telekomunikasi terbaru kat Malaysia. Zumal pun ada guna nombor Altel. Pada zumal nombor Altel nie amat bagus kerana liputannya telah meluas ke serata tempat dan yang penting plan datanya juga menarik. Laju gak internetnya. Kalau korang nak tahu, klik la pada iklan altelnativ.my.


Siapa penggemar mi segera? Sekarang ada promo untuk Mi Sedaap. Zumal sendiri pernah makan Mi Sedaap Cup Noodle, rasanya memang sedap. Nak tahu lebih lanjut korang klik aje pada iklan Mi Sedaap tu yer.

Terima kasih buat semua yang sudi datang ke blog zumal. Nantikan kunjungan balas zumal yer. Jom kita lunch dulu. Wassalam...


BILA BANJIR TIBA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Dah lama zumal membiarkan blog ini sepi. Al maklum la phone zumal demam. Semalam kalau ikut perancangan memang nak update tapi sesuatu yang lebih penting perlu diutamakan. JKM tak dapat dipisahkan dengan bencana. Bila ada bencana habis semua skop kerja berubah kepada pengurusan bencana. 

Semalam zumal dan rakan-rakan sekerja bergelumang dengan barang-barang dalam stor. Selain tu ada yang ditugaskan menyediakan makanan untuk mangsa banjir di samping ada yang bertugas di pusat-pusat pemindahan yang dibuka. Ada lebih kurang 15 pusat pemindahan dibuka di kawasan dilanda banjir. Menjelang petang ada pusat pemindahan ditutup kerana banjir kembali surut.

Dalam menguruskan bencana beberapa hari ini, JKM turut dibantu oleh ATM, Malaysian Relief Agency dan beberapa NGO lain serta para sukarelawan. Semasa zumal menaip entri ini masih terdapat mangsa-mangsa di pusat pemindahan dan bantuan terus disalurkan buat mereka. Semoga mereka tabah dalam menempuhi dugaan melanda. Zumal harap keadaan pulih seperti sedia kala.


Buat rakan-rakan yang sudi berkunjung ke blog zumal Insha Allah settle segala kesibukan nie zumal akan membalas kunjungan korang yer. Wassalam...

20 Nov 2014

CPUV NUFFNANG 34 & 35

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Minggu ini hampir terlupa untuk zumal melihat akaun Nuffnang. Tapi bila login jew zumal dapat mengukir senyuman kerana melihat ada juga penambahan earning. Alhamdulillah. Selain tu zumal tengok ada penambahan CPUV terbaru untuk blog zumal. Zumal rasa syukur sesangat walaupun sejak akhir-akhir ini zumal tak dapat maintain entri dengan baik untuk blog ini. Terima kasih kepada En. Nuff kerana memberikan CPUV INTI 2015 Cycle 1 Degree dan Clinique Sonic System kepada blog zumal ini. Terima kasih jua kepada rakan-rakan blogger dan pengunjung setia blog zumal yang rajin terjah blog zumal ini... Sayang korang semua ^-^

KOSONG

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar yer korang? Alhamdulillah kita masih diberi nafas oleh Nya. Minggu ini zumal kurang sihat dan kurang semangat, terasa kosong aje. Maklum la keadaan cuaca tak menentu buat keadaan zumal yang serba sensitif nie turut tak menentu jadinya... Walaupun keadaan demam tapi minggu nie Insha Allah zumal bertugas penuh seminggu tapi blog... Blog ini terpaksa dianaktirikan sebab minggu zumal menggantikan PA di ofis jadi banyak tugas di ofis nie. Lagi pun zumal online hanya di ofis jew. Kat rumah dah tak boleh sebab zumal tak langgan data lagi disebabkan zumal rasa rugi sangat langgan data sebab internetnya macam siput. Kalau langgan, tapi tak dapat guna rasa sangat membazir di situ kan... Sekarang nie zumal ternanti-nanti menunggu bulan Disember. Nak tahu kenapa? Nanti zumal update lagi. Hehe ^-^

17 Nov 2014

Segmen Pencarian Bloglist November by Faris Yahani

Klik Sini

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua. Buat apa tu? Kalau korang tengah free tu jom la kita memeriahkan blog sahabat kita (Klik Banner) Zumal telah ditag oleh saudara Haziq. Terima kasih buat saudara Haziq kerana bertambah lagi kenalan blogger zumal hari nie. Untuk melengkapkan syarat penyertaan zumal tag beberapa rakan blogger di sini. Yang tak kena tag pun marilah turut serta. Wassalam...









HILANG SEKETIKA



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sehari menyepi, ada yang cari zumal kat sini tak? *perasan pulak* Sejak masalah air hari tu keadaan zumal pun agak moody disamping terasa migrain turut menyinggah di kepala zumal ini. Sampai sekarang masalah belum pun settle. Air masih tekanan rendah walaupun bekalannya telah tiba di paip setiap rumah. *bahagia untuk mereka yang pakai pump jew* 

Hari nie zumal kembali bertugas walaupun selalunya setiap Isnin ada penyakit M yang turut sama hadir. Tapi kalau tak dapat mandi pagi memang M tu datang mengajak terus membuai mimpi tapi Alhamdulillah pagi nie tekanan air agak memuaskan. Jumaat lepas sampai demam dibuatnya sebab tak jumpa air. Sebelum tu ada hujan, bila nak tadah air hujan pula tak datang. Aduh...

Lagi satu perkara yang buat zumal hilang kerana problem internet yang semakin laju seperti siput dan sepah bulan. Korang kenal ke sepah bulan tu? Kalau korang kenal, ha camtu la tahap kelajuan data phone zumal yang menyukarkan nak loading apa saja aplikasi. Bukannya sekadar data phone, wifi kat ofis pun laju sesangat. Nak loading dashboard blog pun tak kesampaian. 

Zumal nak tanya korang yang pakai 4G LTE laju tak? Kalau sama jew zumal batalkan jew niat nak tukar phone 4G. Kepada rakan-rakan, nanti zumal tebus hutang berblogwalking yer. Bye bye...