Booking.com

17 Dec 2013

Tinggal Kenangan

Kajol Tinggal Kenangan
Kajol suka buat muka camni
Manja
Kajol bermain atas kerusi roda tok
Kadang-kadang garang
Main atas kerusi roda



Assalamualaikum semua, pagi nie hari zumal bermula dengan episod sedih dengan pemergian kucing kesayangan zumal yang bernama Kajol. Kajol menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 5.30 pagi tadi. Semalam zumal dapat rasakan kelainan bila Kajol tak nak makan, Kajol cuma minum air dan tidur sepanjang hari. Setiap malam Kajol tidur dengan tok zumal. Tok memang sayang sangat Kajol. Tadi masa zumal nak datang kerja, tok masih menangis. Semalaman tok jaga Kajol kerana berasa Kajol amat berlainan dari biasa. Rupanya itulah saat-saat akhir Kajol bersama kami.

Zumal masih teringat Kajol akan datang dan duduk di tepi kaki zumal kalau zumal sedang menonton tv minta untuk dinaikkan ke atas kerusi. Dia sakit sejak lepas Aidilfitri lalu. Sebab tu dia semakin manja. Semasa Kajol sihat dulu dia selalu naik ke atas kerusi untuk minta makanan. Lepas makan Kajol akan bermain atau tidur disebelah zumal ataupun atas ribaan tok. Kami terlalu sayangkan Kajol. Sebenarnya dulu kami ada kucing bernama Jenny yang rupanya saling tak tumpah dengan Kajol. Memang hampir 100% sama. Cuma Jenny hidup hampir 12 tahun dan Kajol baru berumur 1 tahun lebih. Pernah zumal kongsikan dulu kehadiran Kajol dalam keluarga kami. Kajol ini pemberian Akak Rani rakan sekerja zumal. Sedih sangat dengan kehilangan ini bagaikan kehilangan kedua kucing yang seiras.

Sekian sahaja perkongsian zumal. Harapan dapat berjumpa Kajol lagi. Wasalam...

 

4 comments:

  1. hidup hanya sementara .. kucing kite pun banyak dah dah pergi meninggalkan kite .. :((( tapi , anak dia masih ada .. so , ianya berterusan begitu .. memang sedih bila mengenangkan pemergian kucing ni .. tapi nak buat macam mana lagi kan? pasrah aje laa ..

    kuatkan semangat .. nanti ada la pengganti Kajol tu .. Insyaallah !

    ReplyDelete
  2. Terkejut baca td..kajol tu kucing zumal rupanya.turut simpati smoga ada pengganti

    ReplyDelete
  3. Tok zumal yang amat terasa dengan pemergian kajol

    ReplyDelete