Booking.com

27 Dec 2013

The Wedding Breaker Bakal Muncul Dalam Slot Akasia TV3

http://curium-cr.com/my-5481226
Playboy Itu Suami Aku dah pun ke penghujungnya Khamis lalu. Minggu depan bermulalah giliran drama baru yang juga adaptasi dari novel. Drama ini adalah adaptasi daripada novel The Wedding Breaker tapi dramanya akan guna judul Ariana Rose.  Hero drama ini adalah Keith Foo yang berlakon sebagai Hadri dalam Love You Mr. Arrogant tu. Kat bawah zumal sharekan sinopsis drama ini. Thanks to blog admya.

Sinopsis:

Ia mengisahkan Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita setuju untuk berlakon sebagai gadis yang pernah menjadi girlfriend Tengku Adam Kamil. Tengku Juwita sebenarnya tidak mahu berkahwin dengan Tengku Adam Kamil, lalu dia mencadangkan agar Ariana berlakon sebagai wedding breaker. Perkahwinan tersebut dibatalkan dan maruah keluarga Tengku Adam Kamil telah tercalar. Berang dengan keadaan itu, Tengku Adam mengupah spy untuk menyiasat siapa Ariana Rose.Tengku Kamil cuba mengetahui siapa dalangnya,namun Ariana tegar untuk tidak memberitahu. Tengku Kamil akhirnya meragut kesucian Ariana dan disebabkan itu, Ariana memberitahu kisah sebenar. Sejak itu, Ariana membenci Tengku Kamil. Untuk melupakan sejarah hitam itu.Ariana mula melakukan kerja-kerja amal.Tanpa disangka, Tengku Adam adalah penyumbang besar dana kebajikan di mana tempat Ariana bekerja. Tengku Adam mula jatuh cinta pada Ariana namun tidak pada Ariana. Malah dia semakin membenci Tengku Adam.

Ariana Rose dipinang oleh keluarga Tengku Adam tanpa pengetahuan Tengku Adam dan Ariana menerima lamaran tersebut .Disebabkan kecewa lamarannya ditolak Ariana, Tengku Adam pergi menunaikan umrah. Bila pulang, dia mendapati, yang dia akan berkahwin dengan Ariana-gadis yang dicintai. Ariana juga tidak tahu siapa bakal suaminya hinggalah pada hari penikahan.Ariana terkejut tapi dia menerima suaminya dengan perasaan terbuka apatah lagi melihatkan suaminya telah banyak berubah.

Pelakon Utama:
Keith Foo - Tengku Kamil
Nur Fathia- Ariana Rose
Tasha Shilla- Tengku Juwita
Hisyam Hamid- Harith
Nabila Huda- Liyana
Arja Lee- Ramzul
Syatilla Melzin- Sophie
Mustapha Kamal - Tan Sri Tengku Muhriz
Liza Abdullah- Puan Sri Lisdania
Datin Ziela Jalil- Datin Asra
Datuk Jalaludin Hassan- Datuk Wan Jusoh


Adakah anda seorang yang prihatin terhadap ekosistem penyu kita? Setiap klik disini tanda sokongan anda 

2 comments: