Booking.com

31 Dec 2013

PM Umum 11 Langkah Berjimat

Assalamualaikum, semalam PM kita telah umumkan 11 langkah jimat oleh pihak kerajaan sempena tahun 2014. Semua itu akan berkuatkuasa esok. Di samping itu PM juga menyatakan beberapa langkah lain akan menyusul nanti. Kita pun sebagai rakyat perlulah berjimat cermat juga.
Langkah berkenaan ialah:
  • Pengurangan 10 peratus elaun keraian menteri dan timbalan menteri serta lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) ke atas.
  • Pengurangan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan.
  • Pengurangan RM50 hingga RM100 atau 30 peratus kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas)
  • Pembekuan permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan.
  • Mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek fizikal kerajaan termasuk menjalankan kajian kesesuaian, manakala cadangan pelantikan perlu dikemukakan kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan KSN untuk kelulusan.
  • Pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara dan pemberian cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan membabitkan anggota pentadbiran serta penjawat awam.
  • Pindaan kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa. Ia termasuk penggunaan kelas ekonomi sektor domestik bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah.
  • Mengurangkan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.
  • Pengurangan penggunaan kain pemidang bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau acara rasmi kerajaan.
  • Mengoptimum penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis.
  • Mengguna pakai pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimumkan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan di institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar serta bengkel.

3 comments:

  1. semoga apa yg dirancangkan kerajaan betul2 dilaksanakan... btw, happy new year Zumal! :)

    ReplyDelete
  2. bagus la.. kalau ada langkah2 ni..

    ReplyDelete