Booking.com

13 Oct 2013

Korban Seorang Ayah


Assalamualaikum semua
Zumal nak berkongsi cerita tentang kehidupan seorang ayah. Cikgu Mohd Alim bin Ismail mempunyai 7 orang anak, 3 orang lelaki dan 4 orang perempuan. Suatu masa dulu, gaji seorang guru hanyalah sekitar RM45.00 sahaja. Untuk membesarkan anak-anak pada zaman sebelum merdeka itu beliau menjalankan pelbagai pekerjaan disamping sebagai seorang pendidik. Membakar diri untuk menerangi orang lain. Itulah guru sebenar. Beliau mahir dalam pertukangan kayu dan membina rumah. Apabila cuti, itulah pekerjaannya. Semasa hari persekolahan beliau membekalkan kuih karas ke beberapa kantin sekolah di negeri Perlis. Selain itu beliau juga menghantar biskut ke sekolah-sekolah sekitar Perlis dalam program RMT. Itulah kerja sampingan beliau selain mengajar untuk menampung perbelanjaan keluarganya yang besar. Kawan-kawan jangan ingat beliau hantar barang tu dengan van atau lori tau, hanya menggunakan basikal. Bayangkanlah berbasikal masa itu di jalan-jalan tanah merah jer. Betapa azabnya. Kesungguhan beliau menampakkan hasil kerana kebanyakkan anaknya berjaya. 6 orang daripada mereka berjaya ke menara gading, zaman tu tak ade ptptn tau. Itulah hasil dari titik peluh dan pengorbanan beliau. Setelah anak-anaknya berjaya beliau membesarkan seorang cucu semasa akhir perkhidmatannya sebagai seorang guru. Masa tu tahun 80an, dah ada pelbagai kemudahan. Gajinya cukuplah untuk menampung perbelanjaan beliau bersama isteri dan cucunya.  Sekitar tahun 1988 beliau kehilangan isteri. Betapa sedihnya beliau dengan keadaan kesihatannya sendiri yang memerlukan jagaan rapi. Tinggallah beliau bersama cucunya.  Masa beliau mengajar, cucunya ditinggalkan di rumah kenalannya. Sampailah beliau bertemu jodoh kedua dan cucunya kini dijaga oleh isteri barunya. Tiap hari beliau menghantar cucunya ke sekolah dengan basikal hampir 3km dari rumah. Mereka bertiga amat bahagia sekali walaupun keadaan hidupnya tidaklah sesenang mana. Begitulah pengorbanan seorang ayah. Beliaulah tok wan zumal yang amat zumal sayang. Beliau telah menemui Ilahi pada tanggal 25 Muharam 1432 bersamaan 31 Disember 2010. Tuan Haji Mohd Alim bin Ismail dalam kenangan. Al Fatihah.


#zumal nie cucu yang dimaksudkan dalam kisah di atas. Zumal agak terkilan kerana tak sempat capai apa yang tokwan harapkan semasa hayatnya.

No comments:

Post a Comment