Booking.com

7 Oct 2013

Campaign: Awareness So That Malaysian Will Inspect Their Car Regularly

Assalamualaikum kepada semua
Pagi ni Zumal ingin menyahut seruan UMP Auto Inspector.
UMP Auto Inspector ni dah Zumal kenalkan dalam blog ini semalam. Mereka sedang mengadakan satu kempen 'Awareness So That Malaysian Will Inspect Their Car Regularly'
so kepada semua silalah alert apabila anda ada kenderaan bermotor. Tambahan nak cuti raya nie kita nak buat perjalanan yang jauh kan?

Kesilapan yang remeh boleh mengundang kecelakaan, oleh itu kempen ini mengajak kita supaya membuat pemeriksaan yang kerap terhadap kenderaan kita dan ia mungkin dapat menyelamatkan nyawa kita, keluarga serta pengguna jalan raya yang lain. Apa yang perlu kita periksa? Sebelum memulakan perjalanan kita sepatutnya buat macam kita nak test driving kat sekolah memandu dulu. Ingat tak? Yer, kita periksa lampu isyarat, wiper, hon, side mirror, kedudukan seat supaya lebih selesa selain tu kita perlu tengok keadaan tayar, anginnya dan bunga tayar kita tu. Disamping tu periksalah air dan minyak enjin,minyak brek dan keadaan brek sama sebab sedikit sebanyak dapat membantu kita mengesan sebarang masalah sebelum memulakan perjalanan. Sila semak checklist nie. Oleh itu, sesamalah kita peka terhadap kenderaan kita. Semasa memandu tu kenalah berhati-hati, ingatlah orang tersayang.

Selain tu Zumal ingin kongsikan sikit, jika kita ada anak kecil(tak kisahlah besar pun) pastikan mereka dijaga oleh suami/isteri anda bila anda hendak mulakan perjalanan sebab banyak berlaku kemalangan terhadap anak-anak sejak akhir-akhir ini. Apa pun kita sentiasa perlu alert ok. #Zumal nie siap periksa bawah kereta jika nak drive sebab takut terlanggar kucing.

Sekian saja perkonsian Zumal. Mari bersama-sama kita follow dan sertai 'Campaign Awareness So That Malaysian Will Inspect Their Car Regularly' Wassalam. 

2 comments: