Booking.com

19 Oct 2013

Cuti-Cuti Blogger 1 Malaysia

Assalamualaikum semua...
Bertemu lagi kita dalam entri terbaru zumal. Mesti anda konfius tengok tajuk tu yer. Pagi Jumaat tadi zumal ada tertengok satu segmen dalam program Selamat Pagi 1 Malaysia kat TV1. Apa yang menarik? Cuti-Cuti 1 Malaysia bersama Media. Minat tak? Zumal bukan nak ajak anda join event tu tapi zumal cadang nak buat event sendiri. Sure Gempak. Zumal tak la nak taja event tu tapi cuma nak setkan aturcara event je.  Disamping tu digalakkan peserta buat entri menarik tentang percutian tu bagi mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2014. Lagi satu zumal akan taja hadiah cabutan bertuah. Macam mana, minat tak? Kongsi idea anda kat komen yer. Sekian aje buat kali nie. Jumpa di lain entri. Wassalam.
#untuk support event sila klik iklan 1 , iklan 2 dan iklan 3 untuk zumal kumpul dana k.
Sila tunggu habis loading tau. Thanks for your support...

18 Oct 2013

Liga Lawak Superstar

Stesen TV nombor satu Malaysia, TV3 kini muncul dengan program realiti terbaru, Liga Lawak Superstar yang telah mula bersiaran pada 6 Oktober 2013. Program ini memperlihatkan kewibawaan barisan selebriti terkenal tanah air dalam mempamerkan kreativiti mereka dalam sketsa komedi.

Rancangan ini menampilkan 16 pelakon dari drama-drama di TV3 seperti Zalif Sidek, Qazeem Nor, Idzham Ismail, Sheera Iskandar, Riezman Khuzaimi, Aidil Aziz, Shafiq Kyle, Akim Ahmad, Anad Ridzuan, Hairi, Aman Nassim, Mikael Andre, Sherry Ibrahim, Kamal Adli, Iqram Dinzly dan Nad Zainal.

Setiap kumpulan diberi seorang komedian yang terdiri daripada Azlee Senario, Aziz M.Osman, Ilya, Hamdan, Sathiya, Bell Ngasri, Ropie dan Farouk Hussein untuk memberi panduan, tunjuk ajar serta strategi kepada ahli pasukan masing-masing untuk berjaya.

Afdlin Shauki dan Adibah Noor akan digandingkan sebagai pengacara manakala Ida Nerina, Vanidah Imran dan Adlin Aman Ramlie dipilih untuk menjadi juri bagi musim ini.

Menariknya, Liga Lawak Superstar membawa kelainan apabila lapan kumpulan berbeza akan berentap sesama sendiri dalam permainan-permainan yang menguji kemahiran melakukan improvisasi melalui tugasan-tugasan yang diberi.

Sebelum menjejakkan kaki ke pentas Liga Lawak Superstar, peserta harus menyertai Liga Lawak Superstar 101 selama dua hari di Perkampungan Latihan dan Rekreasi Hulu Langat, Selangor. Menerusi latihan yang disediakan, mereka didedahkan dengan pelbagai teknik permainan yang terdapat dalam saingan program ini.

Mampukah Liga Lawak Superstar 101 ini memberi keserasian dan persediaan rapi kepada peserta dan mengasah bakat kreativiti mereka dalam mempamerkan persembahan hebat?

Jangan lupa saksikan rakaman aktiviti selebriti-selebriti di Liga Lawak Superstar 101 ini setiap hari Ahad jam 9.00 malam di TV3. Info lanjut sila klik pada pautan ini http://bit.ly/1gQyX2G

17 Oct 2013

Penduduk Gempar Ular Tedung dan Sawa Berlawan

KULIM - Seorang lelaki tidak menyangka bunyi ganjil yang datang dari sebuah longkang di tepi rumahnya di Taman Kenari di sini malam semalam berpunca daripada dua ekor ular yang sedang berlawan. Azmi Abdul Rahim, 45, berkata dia agak terperanjat apabila melihat seekor ular tedung selar sedang dibelit seekor anak ular sawa apabila dia menyuluh ke arah bunyi ganjil yang didengarinya. "Saya minta jiran-jiran memanggil pihak Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Kulim membantu menangkap kedua—dua haiwan itu kerana kehadiran haiwan berkenaan amat berbahaya," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya, di sini hari ini. Azmi berkata, beliau mendengar bunyi ganjil itu kira-kira 10.50 malam ketika membantu membuat persiapan kenduri kahwin anak jirannya. Sepasukan tiga anggota JPAM yang tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian berjaya kedua-dua ular tersebut. Ketua skuad JPAM, Saifulizan Aziz, 34, berkata, ini pengalaman pertamanya menyaksikan ular berlainan spesies berlawan. Biasanya kami jumpa ular yang berkelahi daripada jenis sama, katanya. Menurutnya anak ular sawa sepanjang 2.5 meter dan ular tedung selar sepanjang tiga meter itu akan dirujuk ke tempat bersesuaian atau Zoo Ular di Perlis.  - Bernama

Chuping Valley Bakal Lonjak Ekonomi Perlis

KANGAR, 17 Okt (Bernama) -- Chuping Valley yang bakal dibangunkan di kawasan ladang tebu Chuping dekat sini, bakal melonjak ekonomi Perlis berikutan minat ditunjukkan oleh bakal pelabur dari dalam dan luar negara, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Koridor, Kawasan Pertumbuhan Baru dan Bandar Baru Perlis, Sabry Ahmad. Beliau berkata mulai tahun depan, kawasan Chuping Valley, seluas lebih 1,200 hektar di ladang tebu itu akan berubah wajah sedikit demi sedikit menjadi pusat industri, perdagangan, pendidikan, pelancongan dan kawasan perumahan. Bercakap kepada pemberita selepas mewakili Menteri Besar Perlis merasmikan program bual bicara Perlis Maju 2015 di Kompleks Tok Arau dekat sini hari ini, beliau berkata, sebanyak RM5 bilion akan dilaburkan di kawasan itu bermula tahun depan. "Kami menjangkakan nilai pelaburan akan meningkat berganda selepas beberapa tahun kerana kedudukan Chuping Valley yang strategik," katanya. Beliau berkata, antara pelaburan awal di kawasan pinggir sempadan itu ialah pelaksanaan pelabuhan darat dikenali sebagai Perlis Inland Port membabitkan kawasan seluas kira-kira 200 hektar. Sabry berkata projek bernilai RM1.5 bilion itu akan merupakan satu-satunya pelaburan darat yang pertama dan terbesar di negara ini yang secara tidak langsung akan mewujudkan infrastruktur perhubungan tambahan termasuk landasan kereta api dan jalan ke kawasan Chuping Valley. Beberapa pelabur luar negara termasuk dari Timur Tengah juga menunjukkan minat untuk melabur di sektor pelancongan termasuk membina resort bertaraf lima bintang, padang golf 18 lubang dan taman tema di kawasan seluas kira-kira 200 hektar membabitkan nilai pelaburan sebanyak RM2.5 bilion, katanya. Selain itu, pelabur Afrika Selatan pula menunjukkan minat untuk membina terminal grocopter atau helikopter kecil membabitkan kawasan seluas 100 hektar membabitkan nilai pelaburan kira-kira RM505 juta. Sabry berkata pelabur Amerika Syarikat pula berminat untuk mewujudkan industri pembuatan kereta elektrik dan solar membabitkan pelaburan awal sebanyak RM2.5 bilion di kawasan seluas 100 hektar. Katanya, sebuah syarikat tempatan pula menunjukkan minat untuk membangunkan industri solar membabitkan kawasan seluas lebih 60 hektar bagi menghasilkan 50 megawatt tenaga membabitkan nilai pelaburan RM300 juta. Beliau berkata, dua institusi pengajian tinggi juga bakal diwujudkan di Chuping Valley dan perbincangan lanjut sedang dilakukan antara kerajaan negeri dan institusi pengajian itu. Sementara itu, kira-kira 500 pemimpin masyarakat, wakil jabatan dan agensi serta sektor swasta menghadiri program bual bicara itu yang turut melibatkan pameran jabatan dan agensi yang terbabit dengan pelaksanaan Perlis Maju 2015. -- BERNAMA

16 Oct 2013

Blog Giveaway!aku.bukan.nobita

Assalamualaikum... Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim zumal join GA nie...  Thanks Kinah kerana tag zumal kat GA nie. Moga insan yang zumal tag nie turut serta bersama.
 KH
Kepada semua, marilah join ramai-ramai k. Wassalam.









14 Oct 2013

Birthday Giveaway by Blog Rabiatul Rahim


Bismillahirahmanirrahim
Dengan ini zumal join GA dari Blog Rabiatul Rahim
Zumal ucapkan Selamat Hari Jadi untuk Rabiatul
Moga panjang umur, dimurahkan rezeki.
Insha Allah...

Wassalam


MINI GIVE AWAY BY T-SHIRT MUDAH TERENGGANU PART 3


Assalamualaikum semua...
Tadi semasa blogwalking kat blog jiran2 zumal, terpandang GA nie
Zumal juga ingin menyokong T-Shirt Mudah Terengganu dalam sokongan mereka terhadap perjuangan Ikhwanul Muslimin di Mesir...
We Support Morsi
We Support Morsi
We Support Morsi

Wassalam...

Yeay Dapat Hadiah!!!


Assalamualaikum semua...
Pagi nie zumal check senarai pemenang untuk Segmen Saya Blogger  yang dianjurkan oleh blog Mastura Aziz. Tanpa diduga zumal pun tersenarai sebagai pemenang topup yang ditaja oleh A&D Kraf.
Alhamdulillah dan terima kasih tak terhingga kepada Mastura Aziz dan A&D Kraf. Tak sia-sia zumal join. First time zumal dapat hadiah tau. Happy sesangat. 
Yeay Dapat Hadiah!!!
Yeay Esok Raya!!!



13 Oct 2013

Korban Seorang Ayah


Assalamualaikum semua
Zumal nak berkongsi cerita tentang kehidupan seorang ayah. Cikgu Mohd Alim bin Ismail mempunyai 7 orang anak, 3 orang lelaki dan 4 orang perempuan. Suatu masa dulu, gaji seorang guru hanyalah sekitar RM45.00 sahaja. Untuk membesarkan anak-anak pada zaman sebelum merdeka itu beliau menjalankan pelbagai pekerjaan disamping sebagai seorang pendidik. Membakar diri untuk menerangi orang lain. Itulah guru sebenar. Beliau mahir dalam pertukangan kayu dan membina rumah. Apabila cuti, itulah pekerjaannya. Semasa hari persekolahan beliau membekalkan kuih karas ke beberapa kantin sekolah di negeri Perlis. Selain itu beliau juga menghantar biskut ke sekolah-sekolah sekitar Perlis dalam program RMT. Itulah kerja sampingan beliau selain mengajar untuk menampung perbelanjaan keluarganya yang besar. Kawan-kawan jangan ingat beliau hantar barang tu dengan van atau lori tau, hanya menggunakan basikal. Bayangkanlah berbasikal masa itu di jalan-jalan tanah merah jer. Betapa azabnya. Kesungguhan beliau menampakkan hasil kerana kebanyakkan anaknya berjaya. 6 orang daripada mereka berjaya ke menara gading, zaman tu tak ade ptptn tau. Itulah hasil dari titik peluh dan pengorbanan beliau. Setelah anak-anaknya berjaya beliau membesarkan seorang cucu semasa akhir perkhidmatannya sebagai seorang guru. Masa tu tahun 80an, dah ada pelbagai kemudahan. Gajinya cukuplah untuk menampung perbelanjaan beliau bersama isteri dan cucunya.  Sekitar tahun 1988 beliau kehilangan isteri. Betapa sedihnya beliau dengan keadaan kesihatannya sendiri yang memerlukan jagaan rapi. Tinggallah beliau bersama cucunya.  Masa beliau mengajar, cucunya ditinggalkan di rumah kenalannya. Sampailah beliau bertemu jodoh kedua dan cucunya kini dijaga oleh isteri barunya. Tiap hari beliau menghantar cucunya ke sekolah dengan basikal hampir 3km dari rumah. Mereka bertiga amat bahagia sekali walaupun keadaan hidupnya tidaklah sesenang mana. Begitulah pengorbanan seorang ayah. Beliaulah tok wan zumal yang amat zumal sayang. Beliau telah menemui Ilahi pada tanggal 25 Muharam 1432 bersamaan 31 Disember 2010. Tuan Haji Mohd Alim bin Ismail dalam kenangan. Al Fatihah.


#zumal nie cucu yang dimaksudkan dalam kisah di atas. Zumal agak terkilan kerana tak sempat capai apa yang tokwan harapkan semasa hayatnya.

Risau


Assalamualaikum semua
Zumal dah mula rasa risau. Mana tidaknya, tok zumal nie tetiba jer tak sihat. Tadi selepas makan dia dah macam tak sedarkan diri, macam nak pitam. Pengalaman yang lepas, tok dikejarkan ke hospital kerana keadaan macam nie la jugak. Risau sangat. Maklum la, bukan ada sesiapa kat rumah nie hanya kami berdua jer. Zumal harap tok kembali sihat. Mohon kawan2 turut sama doakan untuk kesihatan tok zumal yer.

12 Oct 2013

SHINKENGER


Salam semua
Entah ape-ape la entri zumal malam nie yer. Shinkenger. Apakah Shinkenger tu? Shinkenger nie adalah adiwira samurai dari negara Jepun macam Power Rangers tu. Haha. Macam budak-budak jer zumal nie yer. Dari kebosanan zumal pun isilah jadual zumal dengan menonton citer tu. Lucu jugak diorang tu. Bagi adik-adik yang minat boleh la tunggu episod Shinkenger pada setiap hari Sabtu pukul 6 petang kat TV2. Para pelakonnya terdiri daripada  Tori Matsuzaka, Hiroki Aiba, Rin Takanashi, Shogo Suzuki, Suzuka Morita, Keisuke Sohma dan Mitsuru Karahashi. Apa pun zumal memang minat rancangan aksi-aksi macam nie. Selamat menonton. Wasalam...

Manfaat Syiling

tabung zumal


Selamat Hujung Minggu
Kekadang kita nie ada juga masa sesak. Sesak ape? Bukan sesak nafas tapi kekeringan poket. Pernah rasa camtu? Zumal ni susah sangat menyimpan tau. Sememangnya tiada simpanan. Biasalah cukup time dapat la gaji. Tapi, kita sebenarnya perlu menyimpan sebab kekadang ada masanya kita akan hadapi masalah apabila sesuatu yang tak dijangka berlaku. Misalnya kereta rosak, kad atm hilang, berlaku bencana boleh menyebabkan kita memerlukan peruntukan kewangan lebih dari kebiasaan. Lagi pun harga barang semakin meningkat. Tips zumal, simpan segala duit syiling yang berbaki dalam setiap kali kita membeli-belah tu, simpan dalam banyak tempat di rumah kita (banyakkan tabung kita), simpan duit dalam unit amanah sebab cara ni susah kita withdraw daripada kita simpan dalam akaun bank biasa, simpan kat individu yang kita percaya, dan beli sesuatu yang nilainya meningkat dari semasa ke semasa macam emas dan rumah. Selamat menabung.

Biarkan Ia Berbicara

semasa di putra palace semalam

Assalamualaikum semua
Selamat bercuti, hujung minggu nie pasti ramai yang cuti panjang hingga ke Hari Raya Aidiladha. Kepada yang nak memulakan perjalanan jauh, berhati-hatilah memandu. Nanti kongsikanlah suasana perayaan anda di blog masing-masing yer. Zumal tak kemana-mana raya nie.

8 Oct 2013

Hujan

Assalamualaikum semua...
Dari hujung bulan lepas sampai sekarang cuaca kat Perlis nie tak stabil. Tengok langit cerah tetapi tetiba hujan turun. Asyik hujan jer. Zumal nie tak tahan sejuk. Pergi Cameron Highlands pun zumal demam. Sekarang ni duk rasa tak selesa sangat-sangat. Tak apela sekadar hujan. Nak Banjir lagi ker?  Moga tidak berlaku bencana banjir besar macam pada tahun 2010 dan 2011 dahulu. Serik. Habis barang-barang rosak. Lagi satu penat bila nak menyuci rumah nanti. Kanak-kanak jer yang seronok banjir nie. Tapi seronok tu sekejap jer, malang tak berbau. Minta kawan-kawan doakan yer moga tak banjir.

Love You Mr. Arrogant

Assalamualaikum semua...
Sebelum ni zumal ingatkan cerita slot Akasia yang terbaru nie sama je dengan kisah Nur Jannah yang sebelum ni. Maklum la sebelum ni zumal baca sinopsis bahawa cerita ni mengisahkan Zaara yang terpaksa berkahwin dengan Irham tu sama seperti kisah dalam siri Nur Jannah sebelum ini tapi semua tu rupanya berbeza sama sekali. Maklum la zumal tak baca novel. Sekarang sejak start tengok dah mula mengikuti kisah ni berterusan. Seronok juga kisah ni. Pelakon kisah Love You Mr.Arrogant ni Azlee Khairi sebagai Zafriel Irham dan Zara Zya sebagai Zaara Amirah, Hanez Suraya, Keith Foo dan ramai lagi.Nak tahu serba sedikit tentang kisah ini sila baca sinopsisnya disini. Kepada yang belum tengok pukul 7.00 malam nanti sesama kita menonton di TV3 yer. 


# Mood: Zumal sesaje melepaskan gian nak menaip :)

7 Oct 2013

Campaign: Awareness So That Malaysian Will Inspect Their Car Regularly

Assalamualaikum kepada semua
Pagi ni Zumal ingin menyahut seruan UMP Auto Inspector.
UMP Auto Inspector ni dah Zumal kenalkan dalam blog ini semalam. Mereka sedang mengadakan satu kempen 'Awareness So That Malaysian Will Inspect Their Car Regularly'
so kepada semua silalah alert apabila anda ada kenderaan bermotor. Tambahan nak cuti raya nie kita nak buat perjalanan yang jauh kan?

Kesilapan yang remeh boleh mengundang kecelakaan, oleh itu kempen ini mengajak kita supaya membuat pemeriksaan yang kerap terhadap kenderaan kita dan ia mungkin dapat menyelamatkan nyawa kita, keluarga serta pengguna jalan raya yang lain. Apa yang perlu kita periksa? Sebelum memulakan perjalanan kita sepatutnya buat macam kita nak test driving kat sekolah memandu dulu. Ingat tak? Yer, kita periksa lampu isyarat, wiper, hon, side mirror, kedudukan seat supaya lebih selesa selain tu kita perlu tengok keadaan tayar, anginnya dan bunga tayar kita tu. Disamping tu periksalah air dan minyak enjin,minyak brek dan keadaan brek sama sebab sedikit sebanyak dapat membantu kita mengesan sebarang masalah sebelum memulakan perjalanan. Sila semak checklist nie. Oleh itu, sesamalah kita peka terhadap kenderaan kita. Semasa memandu tu kenalah berhati-hati, ingatlah orang tersayang.

Selain tu Zumal ingin kongsikan sikit, jika kita ada anak kecil(tak kisahlah besar pun) pastikan mereka dijaga oleh suami/isteri anda bila anda hendak mulakan perjalanan sebab banyak berlaku kemalangan terhadap anak-anak sejak akhir-akhir ini. Apa pun kita sentiasa perlu alert ok. #Zumal nie siap periksa bawah kereta jika nak drive sebab takut terlanggar kucing.

Sekian saja perkonsian Zumal. Mari bersama-sama kita follow dan sertai 'Campaign Awareness So That Malaysian Will Inspect Their Car Regularly' Wassalam. 

6 Oct 2013

Kempen Kesedaran #fit2drive


Assalamualaikum semua...
Tengah hari ni Zumal cuma nak share kempen ini sebab rakyat Malaysia terlalu mengambil mudah pada perkara-perkara yang penting sebegini. Bersama kita jayakan kempen kesedaran pemeriksaan kenderaan sebelum memulakan perjalanan #fit2drive oleh 5 anak muda yang menggelarkan diri mereka UMP Auto Inspector dari Universiti Malaysia Pahang bagi memastikan semua lebih selamat ketika berada di jalan raya. Jom support kempen ini bagi memastikan kita lebih prihatin kepada diri kita, keluarga dan masyarakat.


Duo Giveaway By Amilia

-Tekan Banner-
Saya Join Giveaway Ini
Giveaway Ini Anjuran 2 Budak UPSR Lia & Amirah Dan Disponsor Oleh Lilly Lolly , Sofyy Lavender , Adam Faiz , Mama , Koleksi Cinta Raff , Aimi Wardina , Tasha Aqisha , Fans Of Blogger , Izzah Aliya , DK Blog & Falova Outlet
 
 
 
 

3 Oct 2013

MINION - MINI GIVEAWAY CONTEST by DUNIA ZUMAL

Dari 3 Oktober - 3 November 2013

Assalamualaikum semua dan Salam 1 Malaysia...
Hari ini sukacita zumal melancarkan 'Minion-Mini Giveaway Contest' sempena 
Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba 15 Oktober ini. Walaupun masih ada GA zumal yang masih berlangsung tapi GA terbaru ini sebagai sampingan bagi memeriahkan blog zumal jer. Zumal harap rakan-rakan blogger dapat turut serta dan support GA pada kali ini disamping dapat mengeratkan ukhwah sesama blogger. Insha Allah...

Terma & Syarat GA ini
  1. Follow blog ini
  2. Like kat sini
  3. Like kat sini
  4. Like kat sini
  5. Klik sini
  6. Klik sini
  7. Buatkan entri bertajuk 'Minion-Mini Giveaway Contest by Dunia Zumal
  8. Copy banner zumal yang tak comel tu tempek kat entri anda yer
  9. Link entri anda ke entri GA ini
  10. Komen di bawah entri ini 'saya join' beserta link ke entri anda
  11. GA ini berlansung dari 3 Oktober hingga 3 November 2013
  12. Pemenang GA akan dipilih secara undian
  13. Pemenang akan diumumkan melalui blog Dunia Zumal dalam entri khas pada 5 November 2013 nanti
  14. Syarat lain, anda mestilah blogger berwarganegara Malaysia
  15. Tiada had umur untuk contest ini.


Hadiah-hadiah

1. Minion USB Drive 8G (untuk 2 orang pemenang)
2. Topup RM 5.00 x 3 orang pemenang

Sekian Selamat Mencuba ya :)
#Blog4Life

2 Oct 2013

'Giveaway 'Convocation' Sunsweetz ~OCTOBER 2013'



Assalamualaikum

Awal pagi nie zumal berblogwalking dan secara tak sengaja terjumpa GA nie
Tanpa fikir banyak zumal terus join.
Almaklum la niat di hati zumal nak tambah kenalan.
Sebelum lupa zumal nak ucapkan tahniah to Miss Sunsweetz untuk Majlis Konvo nanti
Thanks so much kerana wujudkan GA yang awesome gini

Anda minat?
Klik banner kat atas tu ye
#Blog4Life