7 Sep 2013

Menu Eksotik


Assalamualaikum semua...
Hujung minggu nie aku fulltime kat rumah tak macam minggu lepas kena join Perarakan Kemerdekaan. Disebabkan aku ada di rumah sepanjang hari maka bermulalah idea merapu aku untuk santapan tengah hari tadi. Hari nie aku buat menu pecal edisi merapu. Nak tahu apa aku letak? Pepagi tadi aku ke pasar tani mega Taman Sena Indah, Kangar untuk cari bahan-bahan untuk resepi merapu aku. Mula-mula aku beli sayur kangkung 1 ikat, kacang buncis, tauhu, tempe dan telur ayam. Ada beberapa bahan yang memang ade kat frezer aku macam bebola sotong, kuah kacang agromas.

Asalnya aku nak buat pecal nie sebagai sarapan tapi dik kerana hujan di awal pagi jadilah makan tengah hari. Lagi pun setiap satu bahan kena rebus yang ambil masa agak lama juga sebab ada beberapa iklan dalam operasi menyiapkan menu pecal aku nie. Setelah siap aku pun menikmatinya dengan lahap sekali. Hahaha. Apapun resepi aku berjaya sehingga ke mangkuku terakhir. Tengok gambar Pecal Merapu Duniazumal nie.

No comments:

Post a Comment