Booking.com
Booking.com

15 Sep 2013

Majlis Raja Sehari Shauqi dan Nurmiati

Assalamualaikum semua, selamat berhujung minggu dan Selamat Hari Malaysia. Hujung minggu ni cuti agak panjang sempena Hari Malaysia ke 50 tanggal 16 September 2013. Semalam zumal ada di Jitra sempena Majlis Raja Sehari  sepupu zumal iaitu Shauqi anak kepada Pak Long dengan teman hidupnya Nurmiati dari Tawau, Sabah.
Berkenaan majlis semalam, dapatlah kami sanak-saudara berjumpa. Bukan senang nak jumpa sebab semua jauh-jauh. Zumal sorang je yang kekal di bumi Perlis. Syukurlah dengan berkat keamanan Malaysia kita dapat kita berkumpul dan meraikan majlis bersama.
Semalam zumal dapat mengambil beberapa shoot bersempena majlis. Dapatlah zumal kongsikan di sini. Tema pakaian purple, manakala pelamin mereka ada adaptasi konsep dari Jepun. Maklumlah akak Shauqi belajar di Jepun. Apapun semua berjalan lancar. Alhamdulillah. Kepada yang terlekat dalam shoot zumal ni mohon maaf yer. Maklumlah ada gambar candid, ada yang dirancang.
Selamat Pengantin Baru Shauqi dan Nurmiati. Tahniah kepada Pak Long dan Mak long yang dah dapat menantu. Sekian, setakat ni aje perkongsian zumal. Wasalam...
Pak Long dan Mak Long menyambut para tetamu yang hadir
Pak Long dan Mama berbual dengan mantan YB, Cikgu Selamat
Sibuk menyambut tetamu
Pengantin tengah santap. :)
Sibuk Cik Noor ambil gambar yer
Tunggu pengantin depan pelamin
Pak Andak berbual dengan sanak-saudara
Cantik
Sanak-saudara berkumpul sambil menanti rombongan pengantin tiba
Bukan senang dapat bergambar dengan Mak Cik
Ceria
Pelamin Shauqi dan Nurmiati
Rombongan pengantin telah pun sampai
Cantik menawan Raja Sehari
Senyuman manis Raja Sehari
Bergambar kenangan
Pak Cik dan Mak Cik bergambar kenangan bersama pengantin

No comments:

Post a Comment