Booking.com

24 Sep 2013

Kerjaya Pilihan : Pengurusan Acara

Assalamualaikum semua...

Suatu masa dahulu zumal pernah bercita-cita untuk menjalankan perniagaan dalam bidang pengurusan acara (event management). Zumal nampak peluang yang besar dalam bidang nie sejak awal tahun 2009. Zumal pernah mendaftar syarikat untuk projek ini tapi apa daya tak dapat projek besar masa tu, akhirnya gulung tikar. Bagaimanapun zumal masih tetap inginkan kerjaya dalam bidang ini. 

Perkongsian kali ini zumal nak fokuskan untuk menarik minat anda dalam bidang ini. Kenapa? Kerana peluang yang ada cukup besar dan setiap masa orang perlukan jika anda ada modal dan team yang baik. Team? Ya, anda perlukan team dalam kerjaya ni. Dulu zumal tak ada team yang stabil jadi terpaksa lupakan saja niat tu. 

Mungkin anda tidak terfikir apakah projek yang boleh anda uruskan jika anda menceburi bidang ini? Majlis perkahwinan. Setiap masa akan ada orang yang naik pelamin, itulah peluang anda. Mungkin selama ini kita hanya fikir perlukan katering, butik pengantin, deejay, dan sebagainya tu je. Sebenarnya segala proses berkaitan majlis perkahwinan ni boleh diuruskan oleh satu syarikat je. Pengurusan acara ni merangkumi semuanya dari segi katering, pelamin, khemah, hantaran, kad jemputan, dan pelbagai lagi diuruskan di bawah satu bumbung. Ia lebih memudahkan pelanggan. Itu skala besar, sebenarnya majlis hari jadi pun salah satu projek yang boleh diuruskan. Sampai bila pun tetap ada orang yang perlukan pengurusan acara ni. Itulah peluang kerjaya ini.

Kita lihat pula karnival seperti Jom Heboh, Matta Fair, PC Fair, karnival memancing, pesta konvo dan lain-lain ini juga adalah acara yang diuruskan oleh pengurus acara. Selain itu anda juga boleh wujudkan pertandingan atau pesta jualan. Hadiah-hadiah tidak semestinya kita sediakan tetapi kita boleh mencari penaja untuk taja hadiah-hadiah ini dengan balasan kepada mereka anda berikan tapak khas untuk mereka buka booth pameran mereka. Tengoklah betapa besarnya peluang yang ada. Sebab itulah zumal suka bidang ini. 

Sekian saja perkongsian zumal untuk entri kerjaya pilihan. 
Majlis Perkahwinan

Jom Heboh

3 comments:

  1. saya berminat untuk bekerja dalam bidang ini..saya fresh graduate dan bersedia untuk belajar perkara baru..

    ReplyDelete
  2. Semoga berjaya mendapat kerjaya idaman

    ReplyDelete
  3. terima kasih,hasil perkongsian pengalaman tuan sangat membantu dalam memberi pendedahan awal kepada saya mengenai kerjaya pengurusan acara ni. Saya harap, tuan sudi berkongsi lebih banyak mengenai bidang ni. ^_^

    ReplyDelete