Booking.com

22 Sep 2013

Aku Pelarian Di Bumi Sendiri

Assalamualaikum semua...
Zumal rasa tidak salah untuk berkongsi perasaan ini dengan anda. Bukan untuk membawa anda ke dalam dunia zumal yang serba serabut dengan pelbagai masalah ini tetapi sekadar untuk berkongsi apa yang dirasa. Orang kata diluah mati mak, ditelan mati bapak. Betul ke tidak? Tapi maksudnya lebih kurang begitulah. Nak melarikan diri dari perasaan tersepit diantara beberapa individu yang rapat dengan kita agak sukar. Kekadang zumal rasa dari kecil lagi keputusan apa-apa pun bukan lahir dari diri sendiri tetapi dari mereka yang kononnya terlalu memahami diri kita. Betul tak? Dalam hati zumal, hanya zumal yang tahu. Tersepit. Akhirnya terjebak jua. Mereka tak sepatutnya begitu, mereka hanya buat untuk kepentingan diri mereka sendiri tanpa memikirkan kesan yang zumal bakal hadapi sendiri. Zalim. Itulah mereka yang sebenarnya. Bila pertikai atau tidak mahu ikut kata mereka, mereka anggap kita cipta alasan. Memang alasan. Zumal fikir tentang hari esok, bukan hanya hari ini. Memang zumal perlu alasan sebab itulah yang dapat membebaskan diri zumal. Mereka tetap tak faham atau sengaja tak faham semua itu. Apa saja keputusan hari ini akan memberi impak masa depan zumal. Kalau sukses tak apa, kalau tidak bagaimana pula? Zumal akan tanggung sendiri semua tu nanti bukanya mereka. Betulkan? Tolonglah jangan jadi jurucakap zumal biar zumal buat keputusan sendiri dari hati zumal sendiri.

Hanya bermonolog. Zumal tak menuding pada sesiapa. Sesiapa itu akan faham sendiri andai membaca semua ini. Wasalam.

No comments:

Post a Comment